Thursday 28 June 2012

Ramadan makin hampir

Sekali lagi Ramadan hampir tiba... Masuk kali ini, sudah 2 kali saya menyambut Ramadan sebagai isteri orang.  Macam tahun lepas tidak la mencabar sangat sebabnya kami suami isteri kan PJJ ~ Perkahwinan Jarak Jauh. Suami kat Penang, saya kat KL... sayu je hati waktu tu..  Tetapi sekarang ni tidak lagi kerana kami sudah pun bersama di bawah satu bumbung sejak January 2012... Sudah tentu cabaran nya jauh berbeza malah lebih manis kerana Ramadan kali ini saya mengendong anak kecil yang baru 8 bulan... 
Bermula dari hari ini, kita ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum mula nya berpuasa.  Dalam masa yang sama saya sudahpun terbayang bertapa super duper bznya saya menyiapkan juadah untuk berbuka n bersahur... Tapi takde beza pun kerana mmg saya dah terbiasa masak dirumah untuk makan malam.. ada la jgk main beli je kat luar... Nasib baik suami jenis tak kisah... huhu.  sebenarnya bukan soal masak memasak yang jadi persoalan yang bermain dalam fikiran tetapi soal susu badan untuk Danial.  Risau pulak kalau susu tak cukup untuk dia... dah la saya ni bukan yagn jenis buat stok macam ibu2 yang lain.  Production hari ini adalah untuk bekalan hari esok.. teruk kan..  Tapi Alhamdulillah cukup je untuk Danial hari2.. 
Saya pun tercari2 artikel tentang penyusuan pada bulan puasa.  Kesimpulan yang saya dapat, puasa bukan halangan dalam menyusukan anak... Cuma kita kena la jaga pemakanan n jangan lupa minum air byk2.. nnt next entri saya akan kongsi sedikit tentang penyusuan di bulan Ramadan yang mulia ini... 

Psst: Jgn lupa amik supplement... Insya Allah ia membantu..  

Gambar ni sebenarnya nak cerita tentang bekalan Danial ke rumah pengasuh... tapi terselit ESP pulak..

Friday 22 June 2012

Tanggungjawab itu indah

Dulu masa belum berkahwin, saya tak pernah menyangka yang saya mampu menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu @ mama @ mak @ umi or apa je la yang korang panggil insan yang melahirkan kita ke dunia ni... Saya sendiri berkahwin lambat... kalau dah umur nak masuk 30tahun baru kawin tu kira lambat ler ye tak. Mujur masa tu mama saya tak penah berleter o menekan saya suruh berkahwin.  dia relax je... saya lagi relax.. haha.. bila tengok kawan2 mmg rasa jeles jgk. Mana taknye kawan2 sebaya dah 2 @ 3 anak dah. tapi saya masih solo.  
Berbalik pada topik asal.  Bila tengok kawan2 menguruskan anak, contohnye bila ajak berjumpa diorang terpaksa bawak anak.. n masa tu saya rasa mcm tak terbayang dek akal kalau saya berada dalam situasi itu.. bersembang sambil mengawasi anak.. kalau ada yang aktif sikit dah riuh rendah kat situ.  huhu. itu baru satu, bila diorang cerita kalau anak2 bawah 2 tahun ni toksah mimpi la nak dapat tido lena. itu belum anak sakit lagi... saya yang bujang (ketika itu) hanya menelan air liur... GULP!!!
TETAPI... bila dah ada anak ni, rupanye saya boleh je buat / hadapi semua tu.. Moralnye bila kita buat dengan rasa penuh tanggungjawab n kasih sayang, semua akan jadi mudah.. alah bisa tegal biasa...Insya Allah. 
apa pun situasinya, kita kena la jaga diri kita dulu baru boleh kita jaga anak n laki kita tu.  maksudnya kat sini, jgn la seksa diri buat keje tanpa berehat... keje rumah takkan abis.. kalau tak larat sangat, kerah je suami. (dengan cara yang elok tau). Mesti dia akan tolong.. suami ni bukan malas, cuma dia tak tau nak tolong mcm mana n dia fikir kita ok je buat keje sorang2 kat dapur.. tertonggeng tonggeng tebalik balik... 
Tentang anak pulak, pengalaman je mampu mengajar kita.. Anak orang lain tak sama mcam anak kita. kalau orang lain guna kaedah ABC dalam menguruskan anak, kita mungkin sesuai guna DEF utk anak kita. Teringat adek saya cakap "tak sangka ye kamu yang tido mati ni boleh senang terjaga bila anak kamu tebagun tengah malam" hehe lucu pulak kata2 dia tu. Memang pun susah nak gerak saya ni... liat betul. tapi sejak dah beranak ni, senang je terjaga kalau anak terbangun malam... akhir kata, good luck la pada semua yang baru menjadi ibu.  Sama2 la kita menjaga amanah yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.. :)

Selingan: baru je order jamu kat mamamia online shop.  Kan saya kata tadi, sayangi diri sendiri baru boleh sayang orang lain... dan ini salah satu caranya...

sumber: mamamia online shop

Monday 18 June 2012

Kanser Serviks

Sumber: Alam Hamil
Tengok tajuk pun dah sesak dada ni... hmmm.  Suka atau tak suka, orang perempuan mmg kena ambil berat tentang kesihatan mereka.  Ada orang yang mmg tak tahu langsung or paling teruk mmg tak nak ambil tahu.. ish ish... Buat pengetahuan semua selain kanser payu dara, kanser serviks or pangkal rahim merupakan antara pembunuh wanita masa kini... Takut kan. 
Ceritanya, baru2 ni dekat office ada talk tentang penyakit ni. dan saya mmg tak lepaskan peluang untuk hadirkan diri.  Bukan selalu dapat dengar ceramah2 tentang kesihatan ni dan lagi la ia berkait rapat dengan orang perempuan..  Menurut doktor yang bagi talk tu, wanita asia merupakan antara yang paling ramai meninggal akibat kanser serviks ni. Kenapa ye? adakah kerana cara hidup or kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ni.  :( Hmm tak payah kata kat orang, saya sendiri takut nak jumpa doktor kalau tak sakit. (so bad...) bukan ke pencegahan awal tu lebih baik dari mengubati. Macam doktor tu cakap lagi, ada yang tak tahu serviks tu kat mana... n bila tanya dia kata seluruh rahim dia... Serviks tu letaknya di pintu rahim kita ye dimana fungsi nya memegang baby yang ada dalam rahim ibu ketika mengandung... Selain itu, info yang paling berguna yang saya dapat ialah selain pap smear, kita orang perempuan ni boleh dapatkan vaksin sebanyak 3 dose sebagai langkah pencegahan.  alaaa macam budak2 sekolah kena cucuk HPV masa tingkatan 1 tu... sbb kita bukan lagi budak sekolah, bayaran akan dikenakan.  untuk maklumat lanjut, sila tanya doktor anda ye.  Saya sendiri dalam perancangan utk dapatkan suntikan ni... :)

Jangan lupa lakukan pap smear jgk ye... Berkenaan vaksin tersebut, anda semua boleh hubungi National Cancer Malaysia yang terletak kat Kg Baru tu...

Nak kan lagi info sila ke sini

Note: Hanya berkongsi info danpengalaman dan saya bukan la seorang pakar.  sebarang kesilapan harap maaf. :)


Thursday 14 June 2012

Wajah Keibuan = Pandai jaga anak

Adalah menjadi kebiasaan bagi semua orang mengiakan bahawa wanita yang berwajah keibuan adalah seorang yang suka pada kanak2, n bila ada anak, dia jadi ibu yang penyayang, pandai mendidik anak, kira terror la serba serbi dalam penjagaan anak nih.  Mungkin betul sebab bukan semua orang suka or tahan dengan kerenah budak2 ni. boleh sekejap je la layan lepas tu bagi balik kat mak bapak dia... (macam layan anak buah la).  Bila dah benda ni jadi kebiasaan, wanita2 yang tak berapa berwajah keibuan macam saya ni mesti  akan rasa tertanya "Adakah itu bermakna saya bukan la ibu yang baik nnt?" jawapannya SALAH.  Mula2 tu terpedaya jgk dengan fenomena ni and rasa agak rendah diri tapi bila terdengar ada sorang ustaz ni cakap (tak pasti la ustaz mana) "Takde sebab dia tidak boleh jadi ibu yang baik dan sayang pada anak nya sepenuh hati sekiranya dia tiada langsung wajah keibuan.  Ini kerana, perasaan or sifat keibuan ni akan wujud dengan sendirinya sebaik sahaja dia melahirkan anaknya."  Haa dengar tu... sesungguhnya, saya sayang anak saya walaupun orang kata saya ni muka sombong... haha...


Tuesday 12 June 2012

Malam ini kita kerja keras

Rumah agak bersepah sekarang nih.  apa la nak jadi kat kitorang. Kalau la saya ni ada power, saya akan kemas rumah dari malam sampi pagi esok pun takpe tanpa rasa penat... huhu... itu kalau ada laa.. Memang cabaran bagi ibu yang bekerja ni dalam membahagikan masa untuk lakukan semua keje rumah dengan sempurna.  Penat tu mmg toksah cerita la.. Tapi segalanya dibuat dengan rasa tanggungjawab n kasih sayang kat family.. bila fikir mcm ni baru enjoy buat keje rumah.. sejujurnya saya seronok memasak sendiri di rumah daripada menyuruh suami membeli nasi goreng kat kedai.  tak kisah la sedap ke tak sedap tapi mmg saya seronok memasak.  ok berbalik pada cerita keje keras ni, rupanya Danial dah terkencing atas lantai kat bilik tido kami.  masa tu papa dia baru lepas mandikan dan nak siap2 kan danial skali... boleh pulak tinggalkan danial dalam keadaan tanpa seurat benang... hahaha tak kuasa you... sbbnya nak amik diapers n baju kat bilik sebelah.. yang jadi mangsa, saya ni laa sbb hampir terjatuh sbb terpijak air kencing tu... nampaknye kena mop la satu rumah sbb saya dah sebarkan najis tu satu rumah... ish ish ish
Masa mengandungkan danial.. (8bulan camtu...)
Sekian :)