Thursday 13 November 2014

Edisi Throwback: Nur Safiyya Iman

Kita roll je la ye..


















#Notakaki : Nur Safiyya Iman, mama love u... a lot

Little Disor in the House - Tema Birthday Party Danial yang ke3

Nota: Disor adalah Dinosaur... menurut Danial.. (tiada dalam kamus. Harap maklum)

Salam...

Kenapa Dinosaur?? saya pun tak faham kenapa Danial suka sangat binatang yang dah pupus tu. Setakat ni dia ada 1 beg penuh dengan patung dinosaur kecik2.  Mungkin bagi dia dinosaur tu satu ikon yang hebat kot.  Sampai kan kalau boleh baju pun nak ada gambar dinosaur.  Sebab tu la saya kena sorok ada satu tshirt dia tu... lepas basuh je nak pakai sampai naik lusuh dah.  hmmm laa Danial.

Apa agaknya yang Danial fikir tu.. Mungkin banding kan kek diorang kot sape lagi besar.  (itu adalah Amira cousin Danial)
Owh yaa.. lupa nak cakap.  Acara ni saya bagi adik saya yang handle 100%.  Dengan bersemangat waja, dia uruskan semua.  Haaa lega.. kalau tak pening macam Birthday danial yang ke 2 tahun dulu... Malam sebelum kejadian, kami laki bini dan adik tido pukul 3 pagi untuk setup semua ni.. Nak buat awal, tak boleh sebab budak2 tak tido lagi .  So kena la start lewat malam.  Nak lekat2 la, tiup belon, gantung belon, Cari kain alas meja la dan gantung banner.  Ini antara hasil nyaa..

Susah tau nak gantung belon tu... asik meletop je.  walaupun hasilnya berat sebelah, tapi cantik gak laa.. natural beauty.. huhu

Atok pesan, nnt kesan double sided tape tu jgn bior je.. gulpppp... dah la gam tu.

Ni la mejanya.. subuh2 pegi beli paku payung nak buat skirting. kain mahal tu.. (kain cotton yang tak jadi baju kurung)

Susun2 label n apa2 yang patut

Yummehhh

Double yummeh

Kek Disor... Danial cakap acu buat kek.. 
Dan ini la orang dibelakang tabir yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis... Acu d' warrior

Acu
Penampilan istimewa...

Opah Disor... kui kui kui kui

#Notakaki : Tahun depan xmo buat party dah.. penat.. nak pi berjalan pulak.. yeayyy

Aqiqah untuk Safiyya

Salam,

Pada 25 October 2014 bersamaan 1 Muharram 1436H yang lalu selesai sudah majlis aqiqah untuk Safiyya.  Alhamdulillah.  Memang majlis ni saya rancang untuk buat awal sementara saya masih cuti bersalin.  Nanti tak payah pening nak plan cuti bila dah start keje.  Kebetulan tarikh tu dekat sangat dengan birthday abang dia Danial 26 October so majlis Aqiqah Safiyya Iman + Birthday Party Aariz Danial berjalan serentak.  

Entri ni saya cerita bab aqiqah dulu...

Untuk Aqiqah kali ni kami suami isteri sepakat nak buat kat Taiping (my hometown) sebab Danial dulu dah buat kat SP.  So kasi chance kat Atok and Opah organize lak.  Lagipun kami lama dah tak buat kenduri.  Segala urusan kenduri kendara saya serah kat abah n mama.  Dari cari kambing, cari caterer, edar kad sampai la order nasi lemak untuk pagi kenduri tu dan termasukla door gift untuk para tetamu.  

Ni la ropa kambing yang dipilih oleh abah a.k.a Atok....
Membuat akikah untuk anak yang baru lahir ni sebenarnya sunat yang dituntut.  Ia adalah sebagai tanda syukur kita kepada Allah kerana dikurniakan cahaya mata.  Selain tu seperti yang mama saya cakap, anak yang kita dah buat akikah ni tak mudah jatuh sakit.... Wallahualam... Apapun sakit demam yang jadi kat anak tu kita kena redha la dengan ketentuanNya... Akikah ni juga seeloknya di buat sebelum anak akil baligh. Kalau dah tua bangka, baik buat korban je.. dah liat pun.. huhu... Sebabnya ada jugak orang yang masa dia kawin tu la mak bapak dia buatkan akikah untuk dia..

Masa kenduri tu, saya 'paksa' Safiyya pakai baju kurung... haha paksa la pulak.. Mula2 tu nak beli gown kembang2 tu. Tapi rasa mcm dia kecik lagi dan rugi je beli yang ropol2 tu.  Sebab yang cantik2 tu harganya boleh tahan jugak.  Jadi saya pun last minute beli baju kurung baby secara online dari manjakuhappy .  Sib baik la ada color dan size yang diinginkan.  

Safiyya's 1st baju kurung...
Untuk Danial pulak baju melayu color oren... Baju ni maktok (pengasuh) dia hadiahkan masa raya hari tu... Sebab kan baju dia color oren la maka tema untuk kami hari tu adalah oren. 

Gambar ni je yang dapat masa hari tu.. Bukan main susah nak amik gambar skangni... dia pulak nak jadi photographer. (Safiyya muka ngantuk)

#Notakaki : Bila dah buat kenduri ni, saya rasa lega sangat.  Sebab bila makin tangguh, nnt duit pun makin lari.. So bila dah ada budget sikit tu, baiklaa buat cepat2. 

Wednesday 12 November 2014

November: Double keseronokan. yeahh

Salam...

Bulan November datang lagi. Kenapa saya suka bulan November? Ini kerana saya dilahirkan dalam bulan November iaitu 30 November dan Wedding Anniversary saya pun bulan ni jugak iaitu 12 November.  (Harap2 husband  baca la ye entri ni. so takde la alasan lupa tarikh anniversary lagi.)

Bila tarikh birthday semakin dekat ni, takde apa yang nak terlalu diseronokkan.  Kalau budak2 tu oklah sbb tiap2 tahun tunggu mak bapak buat birthday party or paling kurang pun bagi hadiah or makan besar. Tapi bila dah meningkat umur ni, yang paling utama ialah saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan ini bersama orang2 tersayang. Lagi la sekarang ni dah ada orang baru. Semakin meriah dan busy sekali. :)

2014: genap la 4 tahun saya bergelar isteri dan selama 4 tahun ni pelbagai dugaan dan cabaran dah pun kami tempuhi.  4 tahun ni macam lama tapi untuk betul2 mengenali pasangan bukan satu tempoh masa yang cukup.  Sebab tu la alam perkahwinan ni tak seindah yang kita jangka kalau tiada tolak ansur.  Masing2 nak tegakkan ego, nak menang setiap perbalahan, nak anggap diri semua betul dan macam2 lagi la... Dulu sebelum kahwin, semua yang kita tengok adalah yang baik2 je.  Tapi bila dah sebumbung, langit tak selalu cerah.  So bertabah la duhai hati... hehe. 

Apapun, dengan semangat 'hip hip horreey' saya ucapkan selamat ulangtahun ke-4 kepada suami saya yang sangat la saya sayang dan tak lupa Selamat Hari Jadi yang ke 3x tahun kepada diri sendiri... eh eh ada lebih kurang 20 hari lagi... awal benor wish nyer.


Tuesday 11 November 2014

Meh kita buat stok susu badan banyak2

Salam...

Seperti biasa, dari mula mengandung saya dah pasang niat nak bagi susu badan kat baby smpi umur dia 2 tahun.  Macam Danial dulu sampai 2 tahun lebih jugak la dia menyusu. Tapi dah start campur ngan formula milk la masa dia 9bulan. Itu pun sebab susu dah makin cair dan saya makin tak sempat nak perah.  Untuk Safiyya ni, saya niat sebolehnya xmo campur dengan susu lain smpi umur dia setahun.  So perancangan perlu dibuat supaya saya tak jenuh nak mengumpul susu.  Cuti berpantang 3 bulan ni saya tak bazirkan macam tu je.  Sejak dah balik ke rumah bila habis pantang 44 hari, saya dah mula menyimpan stok.  Saya cuba la dalam sehari tu paling kurang pun sekali mesti kena pump.  

Bagi menjayakan usaha saya tu, saya mengamalkan shaklee. Amik 2 benda je iaitu Alfafa dan ESP. Hari2 tak miss la makan alfafa tu. Tapi ESP saya ada selang2 jugak sebabnya soya kan sifatnya sejuk.  Lagipun baru habis berpantang dan tak elok makan benda2 sejuk. Selain tu saya minum akar herbanika NR, phytonatal NR, Aura White, susu anmum dan kismis... kadang2 kacang badam.. Lagi satu perangai, kopi o tak tinggal... (addicted- haihhh) Haa lagi satu, jamu apa ntah... ni untuk masalah perkumuhan saya yang tak menentu ini. huhu

Ok laa... nnt saya update lagi cerita perah susu ni.  kita share2 pengalaman kat sini.

Peti ais ku kecik... 

#myapplepie