Thursday 21 January 2016

Danial: Mama.... nak bawak bekal pegi sekolah boleh tak??

Salam...

Cer tengok tajuk entry hari ni... 

Tu la ayat Danial sejak minggu lepas.  

Sejak dia dah start sekolah ni, saya tak penah bekalkan breakfast utk dia... 

Sebabnya kat sekolah kan dah ada sediakan makanan.

Bukan lepas tangan ke apa 

Lagipun sebelum ke sekolah saya akan pastikan dia minum susu dahulu dan makan sikit sebagai alas perut.  

Cuma kan bagus kalau dia merasa benda yang sama seperti kawan2 yang lain

Kalau sekolah bagi bihun goreng, maka bihun goreng la semua... 

Ni karang kalau bagi bekal, berapa banyak saya perlu sediakan supaya kawan2 yang lain dapat merasa... 

Mereka kan baru 4-5 tahun... tak sampai hati pulak biar Danial seorang makan yang berbeza dengan yang lain. 



OK TAK ALASAN SAYA...

hehe... eh takde laa... ni bukan alasan yang dibuat2 tapi mmg itu lah yang saya rasa... dia pegi sekolah pun saya hanya bekalkan air masak... 

berbeza masa tinggal dengan pengasuh dulu, budak2 berapa orang je.  

boleh la saya sediakan lebih supaya yang lain2 pun merasa jgk... ni kalau satu sekolah, dah macam orang katering dah saya ni.

Tapi permintaan danial tu buat saya serba salah...

Mungkin ada budak lain pun bawak bekal dan menyebabkan Danial pun nak bawak bekal

Bila dah 2-3 hari saya abaikan permintaan dia, Danial  mula bawak bekas kosong pegi sekolah... 

Masa saya nak keluarkan baju kotor, saya jumpa bekas tu..

hmmm ni dah main psycology dah ni.  

Jadi bermula semalam dan hari ni, saya pun bergegas pagi2 dan cuba curi2 masa utk buat simple breakfast dan letak dalam bekas makanan dia

Roti dengan sausej pun dia happy sangat... 

dan hari ni pasta pulak...


Notakaki: xde gambar utk bekal brekfast dia tu... sebab nak berbento tapi tak berbakat... nice try mommy... nnt cuba lagi ye... 

Monday 18 January 2016

Persediaan Sebelum Berpantang...

Salam...

Ramai orang selalu buat persediaan untuk bersalin tapi tak amik berat pasal preparation untuk berpantang.  

Macam saya sendiri, setelah mengalami 2 kali tempoh berpantang, baru nampak apa yang kurang diberi perhatian. 

Bukan senang tau nak ikut semua aturan tu.  Nak pulak kalau kita berpantang tak cukup ilmu dan anak pulak meragam tak kira masa.   Jadi apa dalam bayangan kita selalu nya tak menjadi kenyataan...

Apa yang dalam bayangan tu...???

Alaaa yang dalam drama2 melayu tu laa...

Suami duduk sebelah sambil merangkul bahu isteri yang sedang memangku bayi yang sedang tido.. 
Anak tido elok je kat sebelah dan si ibu duduk berehat sambil berparam pilis sume...
Muka jernih je si ibu bila suami membantu dalam mengurus kan hal rumah tangga...
Malam2 tido lena dan bila baby terbangun dan menangis, bapaknya yang suka rela bangun untuk menenangkan baby tanpa mengganggu isteri yang sedang beradu..

owhhh gitewwww

Dan banyak lagi la kisah2 fairy tales dalam tv tu...

REALITY nyaa.... 

Muka layu je dengan tak cukup tido, tu belum stress sebab susu tak banyak, makan tak terjaga, bengkung ntah ke mana... stokin jgnn cakap laaa... 

Suami pulak jarang nak membantu... asik dengan hp, main facebook, main game...

Pengalaman saya dulu memang haru jugak laa walaupun dijaga oleh mertua... bukan saya kata tak bagus.. cuma saya sendiri tak buat persediaan mental fizikal.  
Mak mertua banyak tolong saya.. 
tolong masakan makanan pantang,  
tolong basuh baju baby dan baju saya, 
tolong mandikan baby, 
tolong tengok2 kan baby bila saya mandi dan makan
tolong sediakan mandian herba masa 3 hari pertama, 
tolong bagi no contact orang urut area sg petani, 
tolong dukung2 baby kalau dia meragam tak tentu hal. 

dan bila berpantang kali kedua, tambah lagi satu tolong iaitu 
tolong tengokkan si Danial tu haa.. 
pastikan dia mandi, makan, dan terjaga elok.  
Kalau biarkan saya sorang hadap sume tu, memang macam hantu kak limah dah saya ni.  

Dalam konon2 sudah membuat persediaan untuk berpantang tu, saya macam tak bersedia dari segi mental... Apa yang saya lebihkan ialah persediaan material... jamunya laa.. kain bengkung nya laa.. kain batik, stokin dan barang2 baby yang dirasakan perlu.  Saya hanya fikir 44 hari tu hanya satu tempoh 44 hari biasa seperti tiada apa yang berubah. Padahal mental, emosi, hormon semua kucar kacir waktu tu.  Time tu, walau sedikit tersalah cakap atau tersalah cuit, pasti mengundang air mata... asik sentap je memanjang.  Orang akan nampak kita macam mengada2 atau buat perangai, tapi benda tu sume tu kita tak sedar.  

Jadi, untuk berpantang kali ni, nak kata saya yakin 100% dengan emosi saya memang tidak laa.. mana la saya tahu apa akan jadi.  Cuma boleh agak dan cuba bersedia dengan keadaan2 yang tidak menentu.  

Buat masa sekarang, plan saya ialah Danial dan Safiyya akan bersekolah seperti biasa... mula2 saya fikir, Safiyya tak perlu ke taska sepanjang cuti bersalin 3 bulan tu.  Tapi bila fikir balik, biar la dia dengan rutin yang dia baru nak biasa tu.  Lagi pun saya tak perlu terkejar2 nak siapkan atau nak tengokkan dia dan dalam masa yang sama nak handle orang baru yang kita baru nak bercinta itu... 

Dalam entry sebelum ni saya ada cerita yang berpantang anak ketiga ni saya tidak lagi berkampung di rumah mertua tetapi memilih untuk terus tinggal di rumah kami.  Untuk itu, saya telah pun mengintai2 Penjaga Pantang yang sesuai dengan budget dan keperluan saya masa berpantang. Atleast, tak perlu la risau hal2 masakan pantang nanti, sape nak mandikan baby sementara saya boleh bangun dengan selesa (sebab czer jugak kali ni...) 

Bab Penjaga Pantang tu, ramai je dah pm saya tanya feedback tentang Natalis Beauty yang saya pilih tu... Memang saya tak boleh bagi apa2 review sebab saya belum pun bersalin dan tentu2 saya belum lagi merasa sentuhan berpantang dengan team mereka...  Kalau setakat nak tahu harga dan detail dia tu boleh la saya bagi. huhu

Jadi apa kesimpulan entry ni... Macam mana nak berpantang dengan happy??

Antara yang boleh dilakukan ialah,


  • Cari la seseorang yang boleh diajak berbual... kalau ada mak lagi, sila la call dia hari2... (kalau mak tinggal asing laa).  
  • Bagi yang tiada mak tu, cari la kawan yang boleh kita meluah rasa.  Jangan pendam sorang2.
  • Mama saya selalu pesan, waktu berpantang tu badan kita lemah. Jadi zikir la apa yg kita tahu or hafal. Ayat qursi  dan surah2 pendek tu sila lah baca. 
  • Jangan beratkan fikiran untuk menyapu sampah, kemas rumah,  basuh baju, buang sampah, kemas dapur tu sume... mintak je tolong kat suami.  Tapi kalau suami pun tak terbuat sebab kena handle anak2  yang lain, hire la part time maid tu... mintak datang seminggu sekali...
  • Kalau nak mudah lagi, upah la penjaga pantang... make sure anda sume survey dulu ye... 




Owh yaaa... untuk berpantang kali ni saya gunakan sepenuhnya set penjagaaan NR.  tak sabar nak rasa guna NR sepenuhnya... Review dari geng2 NR ni macam dashyat je... apa pun istiqamah tu yang penting.. sebagus mana pun produk tu, kalau kita tak guna dengan betul dan mengikut aturan, tak menjadi jugak... so rugi la duit yang dilaburkan iteww... bukan murah tau....  ni pun ada lagi yang tak habis beli... huhu...

Notakaki: masih menunggu tarikh bersalin... mintak2 la lepas CNY atau sebelum tu... 

'On That Day' kat Facebook menyentap pagiku...

Salam...

Ini cerita pagi tadi...

Kan kat facebook sekarang ni setiap hari dia akan imbas balik gambar apa yang kita pernah upload, status yang penah kita update, dengan sape kita friend pada tarikh tu ... alaaa macam "Hari Ini Dalam Sejarah"

Pagi2 tadi saya pun belek kejap facebook kat hp... dan keluarlaa gambar yang pernah di upload 5 - 6 tahun dulu pada tarikh hari ini...

Cerita dia bukan pasal gambar tu...

Tapi bila saya tekan "See More", facebook akan senaraikan segala aktiviti saya pada tarikh tersebut dalam tahun2 yang berbeza...

Dan ternampak la ada sorang ni yang tulis di wall saya..

Mula2 rasa nak tergelak... tapi tiba2 rasa satu macam pulak...

Ye laaa... orang mudah benar menilai kita dari cara kita berpakaian...

Dia tak tanya pun kita ada event apa ke, keje apa ke... terus terjah je

Padahal waktu tu adalah ketika saya mengendalikan satu event tempat kerja lama... dan memang dah rutin setiap tahun boss saya ni suka bertema... jadi sebagai staff, saya kena patuh pada tema tersebut... tapi tak dinafikan laa mmg over sikit baju nya... apa nak buat... muda belia... haha...

eh eh.. tak payah la uollss nak cari gambar2 tu... berzaman2 dah delete...  bila dah tekad untuk berubah, semua gambar2 yang kurang sesuai untuk tatapan umum sume dah remove.

Notakaki: Maaf la hormon sentap menjadi2 pulak dihujung trimester nih.

Thursday 14 January 2016

Babak akhir ubah dan suai rumah baru

Salam...

kan ari dah janji nak tunjuk dapur kan kan


Ni la dia proses memasang dapur yang dah pun berakhir semalam...



Bila dah pasang cabinet, baru la boleh kemas barang2 dalam kotak.

Ni nak cari sudu,
Nak cari pinggan,
Rasa macam nak bergaduh...

Padahal dah label semua kotak dan plastik hitam.. tapi masih tak jumpa... haihhh ajaib betul.  Bukan apa, bila dah banyak2 kotak macam tu, mmg mencabar minda jugak laa....

Tapi bila dah siap, tiba2 area wet kitchen tu jadi gelap... huhu...  Masa xde cabinet nampak la luas sikit, tapi bila dah pasang, kalau nak berselisih tu, 'sila bagi laluan'.... hehe.. Mujur kami pilih color putih.

Menurut pakar, putih ni color sepanjang zaman... Tak kira anda berada abad keberapa, ia tetap relevan untuk pilihan perabut...
Kalau pilih color oren ke, merah hitam ke, lagi la nak pitam dibuatnya...

Tukang yang datang pasang tu offer kalau nak tambah lampu kat cabinet tu diorang charge RM300... Oleh kerana, budget dah agak lintang pukang, husband cakap "nanti dulu laa.." dan sebagai isteri solehah, saya setuju aje... :p

Ini lah hasilnya...
Masih belum berkemas... 
view dari pintu ke wet kitchen...

pintu hujung tu ke dry kitchen... 



Itu bab dapur...

Masa tempah kitchen cabinet, ada promotion PWP camtu... tambah duit sikit dapat TV cabinet... so dah alang2 menyeluk pekasam, husband pun setuju aje...

Nin dia....



Nampak kecik pulak tv titewww


Kerja memasang kedua2 benda ni habis pukul 9.00 malam.. lebih kurang laaa... letih tengok rumah berhabuk balik walau tak seteruk hari tu... Lepas tu baru la boleh makan, baru la boleh kemas2 apa yang patut...

Rasanya hari minggu ni akan diperuntukkan untuk mengemas segala barang untuk di simpan dalam kitchen cabinet itewww...

Notakaki:  Selesai sementara bab rumah.... perabot2 lain tu pakai apa yang ada dulu... amik masa la nak penuh satu rumah... so bersyukur dengan apa yang ada...

Wednesday 13 January 2016

Jom ubah dan suai rumah baru

Salam...

Semalam, selesai jugak kerja2 tambahan kat rumah baru kami ni.
Akhirnya kitchen cabinet terpasang jua... haaa lega... boleh la susun2 barang kat dapur tu.

Baru je sabtu lalu rumah kami tunggang langgang sebab kontraktor melakukan kerja2 akhir mereka, tebuk dinding, pasang aircond, pasang langsir, pasang water heater...

Dapur yang tak berapa nak tersusun tu dilanda debu teramat dahsyat sebab lubang untuk hob baru nak di tebuk.   Sakit2 satu badan sebab menyental debu2 iteww... Mujur laki kami rajin... cewahhh... saya hanya buat apa yang termampu dengan keadaan yang sarat ini.

untuk itu, biar la gambar berbicara...

Awal kejadian... huhu. (sumber dari group fb... kalau pemilik asal tak benarkan saya letak gambar ni, sila maklumkan ye...)




Proses besarkan dapur sedang dijalankan... (haaa ni baru rumah sendiri...)







wet kitchen

dari luar (tepi rumah)
Plaster ceilling @ ruang tamu





Tinted pastu Grill pulak







Untuk tingkap dapur sahaja guna tinted jenis ni...




Bila dah pindah, ini la rupanya...







Tanam rumput siap2..




Cat mengecat bilik baru nak start....

2nd bedroom
Danial pilih sendiri langsir dia...

Mainan yang belum bersusun... 

1st bedroom

masterbedroom




Dan ni pulak ruang tamu...


Untuk kitchen cabinet tu saya sambung dalam entry lain ek... dah panjang sangat ni...

Notakaki: rumah masih bergaung...

Daily Log Book, Cara komunikasi terbaik Cikgu dan Ibu bapa

Salam....

Sambungan dari entry AWRA Child Care Centre, hari ni saya nak cerita sikit tentang penggunaan Daily Log Book oleh taska tersebut.

Ini lah rupanya Buku Log tersebut....



Buku Log ini mencatatkan segala aktiviti harian anak yang di hantar ke taska tersebut.  
Selain itu, terdapat juga ruangan di mana ibu atau bapa perlu mengisinya setiap hari sebagai catatan ringkas sebelum di hantar ke taska...



Contohnya berapa helai baju atau berapa diapers yang dibekalkan setiap hari ke taska.  

Ini sebagai bukti bagi mengelakkan kehilangan baju atau salah guna diapers anak anda... Contohnya satu hari anda bekalkan 6 diapers, dan cikgu akan mencatat berapa kali ia ditukar dan ia akan reflect kepada baki diapers tersebut.
Nampak macam agak leceh sebab setiap malam anda kena curi masa untuk check buku ni. Tetapi macam saya, ia sesuatu yang menyeronokkan sebab boleh tahu apa yang Safiyya buat kat taska... 

tido siang berapa jam, minum susu berapa kali, breakfast, lunch makan apa, sume saya boleh tahu.  

Jadi tak perlu la cikgu2 kat situ nak update pakai mulut je kat ibu bapa setiap petang atau ketika mengambil anak masing2.  


Menurut AWRA, ibu bapa diwajibkan membeli buku tersebut (disediakan oleh pihak taska) di mana ia merupakan kaedah interaksi yang amat berkesan di antara ibu bapa dan pihak AWRA.  Log harian ini perlu dikemaskini setiap hari oleh ibu bapa dan juga pihak AWRA.  So kalau demam ke, jatuh ke sila la declare kat buku tersebut.  Kalau ada lebam atau luka2 sila tanda kat rajah yang disediakan.  

Bagi saya ini merupakan satu kaedah yang sangat bagus dan melatih saya untuk sentiasa memantau hal ehwal anak saya setiap hari.

Sekiranya kaedah ini juga diguna pakai di taska2 lain, nasihat saya sila la rajin update buku log ni ye.  Jangan malas. ini bagi mengelakkan salah faham di kemudian hari dan sekirannya berlaku sesuatu yang tak diingini, atleast ada sumber rujukan.  

Dan paling best ialah hasil kerja anak anda juga akan dilampirkan sekali... Rasa nak tergelak pun ada tengok hasil tangan si Safiyya ni.  hehe...



Segala aktiviti ini adalah wajib dilakukan oleh taska tersebut kerana ia terlibat dengan aktiviti yang telah ditetapkan oleh PERMATA.  Ia meliputi 6 bidang perkembangan iaitu;


  • Perkembangan fizikal
  • Perkembangan Sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
  • Perkembangan Deria dan pemahaman dunia persekitaran
  • Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
  • Perkembangan Awal matematik dan pemikiran logik
  • Perkembangan Kreativiti dan Estetika


Ibu bapa juga wajib hadir sekiranya ada sesi perjumpaan dengan pihak AWRA.  Ia lebih kurang 2-4 kali setahun untuk berbincang mengenai perkembangan anak masing2.  

Bagus jugak ek hantar taska ni... dari anak kita tu makan tido menyusu je, elok jugak ada aktiviti2 ni... atleast nak sekolah esok tak la kekok sangat.  
#teringinnakhomeschooling

So far baru 2 minggu lebih Safiyya sekolah kat AWRA dan tengok dia pun pandai bawak diri.  huhu. Walaupun pada awalnya saya terlalu underestimate sebab kemanjaan dia tu tapi nampaknya hari2 kelakuan baik (refer kat log book).  Boleh kata takde masalah apa2 lagi berkaitan anak saya nih.. Alhamdulillah... lega sikit. 


Notakaki: Hari2 tak sabar tengok log book dia... huhu

Friday 8 January 2016

Nona Roguy bukan hanya untuk wanita berpantang

Salam...

Bila sebut Nona Roguy je ia bukan lah suatu produk herba yang asing bagi kita kat Malaysia ni... Cuma sekarang dah tukar dengan nama lebih ringkas iaitu NR... Saya ni pun kalau tak kerana nak survey barang nak berpantang sejak anak pertama, tak tahu nya pasal Nona Roguy dah tukar nama.  huhu...

Bagi yang akan bersalin dan pernah bersalin mesti tahu yang NR ada mengeluarkan set lengkap untuk wanita lepas bersalin.  Harga nya tak la murah sangat tapi sangat berbaloi kerana ia lengkap dan cukup digunakan sepanjang tempoh berpantang.  Kecuali kalau ada yang malas nak berherba or berjamu ni mesti ada lebih. Tapi boleh jadi jugak tak cukup.  Semua tu bergantung kepada tuan badan itu sendiri.

Bila dah mengandung anak ketiga ni baru saya tahu yang NR ni bukan sahaja tertumpu untuk wanita lepas bersalin je.  Kalau nak maintain kesihatan berpanjangan pun boleh amalkan sebab ia adalah pemakanan herba.  Lain la memang doktor dah sahkan anda tak boleh makan herba langsung.  so try n error la ye. Macam saya yang tengah mengandung ni, air akar herbanika dia tu boleh diamalkan untuk kesegaran badan tapi tak boleh la buat pekat2.  Pastu pulak uncang dia tu boleh recycle sampai dah takde color dah.  so bagi saya jimat laa lagi pulak saya minum air akar tu tiap2 hari. 



Dah habis pantang pun boleh teruskan air herbanika ni sebagai maintanance badan.... huhu.  Boleh dikatakan produk NR ni secara menyeluruh.  Lelaki pun boleh makan jugak dan yang bagusnya, perempuan yang tak kahwin lagi pun dah boleh start pemakanan NR ni... Jangan tunggu dah beranak baru nak mula...
Kenapa?? sebab kita kan setiap bulan datang haid dan haid tu datang dari mana?? kan dari rahim kita... jadi kesihatan rahim akan terpelihara seawal mungkin... 

Selain itu, untuk penjagaan luaran pun tak terkecuali hebat dia.  Sebagai contoh Barra Gel yang dikhaskan untuk cucian intim wanita tu boleh dibuat sabun mandi. pencuci muka, shampoo, mandian bayi serta item popular untuk proses meruang... Apa tu meruang?? Boleh baca kat sini. MERUANG

Dan yang paling best terutama sekali untuk wanita sekalian, barangan NR juga mampu menurunkan serta melangsingkan badan.   Selalunya lepas bersalin berat akan turun tapi sukar nak maintain atas faktor pemakanan dan gaya hidup... Time berpantang kemain lagi jaga makan, urut, param pilis bengkung sume... tapi apa jadi lepas tu kalau sume dah back to normal??  Makan lagi la tak jaga... Badan pun naik balik... :(

Kalau nak menurunkan berat badan, bagi saya takde produk  yang boleh buat magic 3hari consume dah kurus.  Itu sangat merepek.  Semuanya makan masa dan perlu istiqamah.  Selain jaga makan dan ambil pemakanan herba, sebagai wanita perlu la aktif atau kata yang lebih mudah ialah bersenam.  Tak perlu senaman yang terlalu spesifik, tetapi melakukan kerja rumah juga dah boleh membakar kalori...

Apa senarai produk yang boleh kurus tu??
Sila dapatkan khidmat nasihat dari wakil jualan mereka... ini kerana setiap orang tak sama keperluannya.. Lagi pulak bagi mereka yang ada penyakit berkaitan organ kewanitaan... sila pastikan apa yang  boleh dimakan dan apa yang tak boleh.  

Saya sendiri tak sabar nak berpantang guna produk NR nih.  harap2 dapat la hasil yang diidamkan.. Kita orang perempuan ni, jangan fokus nak kurus je lepas bersalin.  Yang lebih penting kestabilan emosi dan kesihatan perlu diutamakan.  Bila dah stabil baru la mudah badan nak turun.  Lagi satu jangan fikir nak "rapat" je... huhu.. apa yang penting kesihatan dalaman wanita dipulihkan terlebih dahulu...


Notakaki:  Setiap produk di pasaran ada kebaikan yang tersendiri.. Kita sebagai pengguna kenalah tahu mana yang sesuai dan terbaik.  Terpengaruh dengan orang tu boleh.  Tapi kalau tak dapat hasil yang memberansangkan tu, jangan marah la ye... sebab setiap orang tak sama. 

Kenapa pilih Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Salam....

Hari ni hari terakhir minggu pertama persekolahan... 

Dan saya masih tak habis lagi dengan entry2 tentang sekolah Danial n Safiyya... huhu

Baru seminggu dan saya masih tengah cuba untuk mengatur masa agar lebih teratur dan tak kelam kabut setiap pagi.

Anak baru masuk tadika, mak dah kelam kabut. huhu... belum lagi masuk sekolah kebangsaan... 

Ye laa dari tadika la kita menjinak jinakkan diri utk adapt dengan situasi bila anak dah sekolah betul2 nanti.... kan...

Bercerita tentang anak masuk sekolah ni, ramai je yang up status masing2 kat facebook gambar anak2 1st day at school...

Itu satu golongan.

ada juga golongan yang seolah mengejek ibu bapa yang terlalu nak tayang cerita anak pegi sekolah. 

aduhhh kenapa la diorang ni.  suka hati masing2 la nak tayang ke, nak sorok ke... tu kan anak masing2.

Tapi bagi saya, lebih suka tayang anak kat blog.. haha... rasa macam lebih privacy.. eh eh.. blog tak private macam mana boleh kata privacy... maksud saya ialah, follower kat blog ni lebih kepada orang yang kita tak kenal.   Boleh jadi mereka suka membaca cerita kita kerana perjalanan hidup mereka yang lebih kurang sama atau kita adalah blogger famous amous yang mana setiap entry tu sering mendapat traffic yang tinggi. ( ok, ini bab perasan.. haha)... Tapi kalau facebook tu kebanyakannya adalah kawan yang kita kenal.  Jadi kalau hari2 muka kita je upload gambar, sila hide beramai2 ye... 

psst psst... saya bukan blogger famous...


Ok berbalik kepada tajuk asal...

Kenapa ye saya pilih sekolah ni berbanding sekolah lain??

Meh saya cerita sikit

Tetapi sebelum tu, meh saya terangkan sikit apa makna ABS tu... dulu yang saya tahu ABS adalah singkatan kepada Ainon Business School... haa sape laa yang tak kenal Puan Ainon Mohd pengerusi PTS Media Group iaitu salah satu syarikat penerbitan buku terbesar di Malaysia... sangat memberi inspirasi terutama bagi mereka yang mahu berjinak2 dalam dunia perniagaan.  

Dan sekarang ia dihuraikan kepada:


AKTIF : Mewujudkan suasana seronok melalui Teknik Nabi

BIJAK: Menerapkan kepintaran sosial dan nilai keusahawanan

SANTUN : Melahirkan generasi yang berbahasa dan berbudaya tinggi

Untuk lebih mengenali konsep ABS ni boleh terus ke website TADIKA ABS


Dan di sini saya lampirkan serba sedikit konsep yang diangkat oleh Tadika ABS.

sumber: TADIKA ABS BSP





Perkara yang menguatkan keputusan saya ialah modul keusahawanan tu... Bagi saya ia merupakan konsep yang sangat bagus dan boleh mendidik anak2 agar lebih menghargai wang.  

Kang ada yang kata, dah kecik2 asik fikir berniaga n cari duit dah takmo belajar... aduhhh kalau ada yang fikir macam tu, sila hantuk kepala sendiri kat dinding... 

Konsep macam ni la bagus sebab mereka akan lebih faham yang kat dunia ni semua benda yang kita nak kena la usaha... tapi nak usaha cari duit tu mesti kena dengan gaya... baru la berkat.

Selain itu, kalau nak pilih sekolah yang bersesuaian kena la tahu apa yang sesuai dengan anak kita. Kalau nak fully english, cari la sekolah yang base dia english jgk.. kalau mahu 100% pelajaran Al-Quran, ada je sekolah yang offer konsep macam tu.  Kalau nak anak kita seimbang dunia akhirat pun banyak juga sekolah yang berkonsepkan macam tu.  Kalau nak sekolah ala2 international pun boleh... Jadi pilih la sendiri... 

Dan ini Danial 

moncong je... 

Ni bila suruh senyum...

Masih sugul nak kesekolah... tapi mujur kejap je...  Bila dah masuk kelas, dia ok je... Cuma time nak menghantar tu mesti ada adengan peluk kaki takmo masuk sekolah... hmmmm 

Tapi feedback yang saya dapat, Danial ok je kat sekolah... cuma time hantar tu je dia buat muka.

Notakaki: Kejap je masa berlalu,... tahu2 dah masuk sekolah..