Friday 30 September 2016

Taska Ana Junior Bandar Saujana Putra

Salam...

Hai semua... lama dah nak tulis tentang sekolah Safiyya yang baru ni.  Takde kesempatan nak update sampai bersarang kat draf tu.. hehe... dan akhirnya, hari ni saya nak share sikit dan bagi ibu bapa yang tercari2 taska area SP9 dan SP 10 boleh la pi melawat...


Taska Ana Junior atau TAJ terletak di SP 9/2 Bandar Saujana Putra... 

Kat sini laa saya hantar anak saya Safiyya dan Shawqi.


Masuk bulan ni dah 5 bulan anak2 saya kat situ.  Pada awalnya saya sendiri merasa ragu2 dan risau dengan penerimaan anak saya terutama Safiyya kerana dia sudah pun serasi dan happy dengan sekolah lamanya.  Tapi sangkaan saya meleset kerana, pandai je dia bawak diri tak lama lepas tu.  

Baru 3 bulan di situ, TAJ membuka cawangan baru di SP 10 Bandar Saujana Putra di mana ia lebih dekat dengan rumah saya.  Jadi anak2 TAJ yang tinggal di SP10 termasuk anak2 saya ditukarkan ke cawangan baru.  Owh yaaa tahniah kepada pemilik TAJ dengan pembukaan tersebut dan ini menunjukkan ramai yang berebut2 nak hantar anak mereka di sini. ;) 

Taska Ana Junior tiada apa yang berbeza dengan taska2 lain.  Tetapi program dan sylibus yang diketengahkan memberi tambah nilai kepada anak2 di bawah asuhan mereka.  takde la anak2 kecil ni makan tido tengok tv je kan.  

Selain itu, setiap anak mempunyai log book masing2 bagi memudahkan komunikasi antara guru dan ibu bapa.  segala perihal pembelajaran dan aktiviti di sekolah akan dicatatkan di situ setiap hari termasuklah maklumat penting berkaitan anak yang dihantar sebagai contoh, sihat atau tak, ada sertakan ubat atau tidak, dah mandi ke belum, siapa yang hantar setiap pagi dan kalau kalau ada kecederaan or luka2 di tubuh badan pun kena tulis kat situ..  Lagi satu, TAJ ada uniform mereka sendiri dan jarang taska buat uniform ni melainkan tadika... 



Ok, sekarang cerita bab yuran pulak... boleh kata lebih kurang je dengan taska2 yang lain kat bsp ni.  Bagi yang tak lama lagi nak dapat baby tu boleh la sediakan peruntukkan RM450 setiap bulan kerana rata2 pengusaha taska mengenakan charge yang sama.  

Di TAJ, kalau ada lebih daripada seorang anak yang kita hantar kat situ akan diberi diskaun la sikit... Macam saya ni, Shawqi RM450 dan Safiyya RM400 (1tahun 9bulan - umur dia ketika itu) tetapi hanya perlu membayar RM800 sahaja setiap bulan... Jadi meh kita beranak ramai2 dan hantar anak ramai2 kat TAJ.. huhu...


Ni antara aktiviti Safiyya sepanjang bersekolah di Taska Ana Junior 
(kredit gambar : Facebook Taska Ana Junior)













Notakaki:  Sampai sekarang dak piya ni tak bagi saya ikat rambut dia... tapi kalau cikgu ikat, boleh pulak.. hmmmm budak rambut kenteng ni...

Friday 23 September 2016

Misi Putus Susu Safiyya

Salam...



Safiyya... anak manja papa yang susah untuk saya NO NO kan dia... kalau dia nak tu, mmg dia nak laa... Umur dia dah pun masuk 2 tahun dan sepatutnya tidak lagi menyusu badan.  Tetapi....  tu laaa bukan mudah untuk saya menidakkan kehendak dia kerana dalam masa yang sama saya menyusukan Shawqi.  Kalau adik dia boleh kenapa dia tidak. 


Saya rasa setiap ibu yang menyusukan anak mesti akan hadapi cabaran masing2 bila dah sampai masa nak stop gejala mengempeng ni. Setiap anak tu kena guna cara berbeza dan sudah semestinya hati kena kental.  Lagi pulak perasaan bersalah masih ada bersarang dalam hati.  (Bersalah apa tu nnt saya cerita kat entry lain)


Setiap malam saya wajib tidurkan Shawqi dulu baru la dapat menyusukan Safiyya.  Kalau tak, berebut la 2 beradik ni. Yang adik ni tak padan dgn kecik dah pandai rebut.  Bila nampak kakak dia menyusu, cepat2 dia datang mengendeng dan tarik2 rambut kakak dia yang gulung2 tu.  Kalau tak dapat jugak, start la drama... menangis macam kena cubit.  Maka terpaksa la pujuk si kakak supaya kasi turn kat adik dia pulak. 

 Hmmm tak habis lagi...

 ingat setle macam tu je? 

Owhh tidak.... drama makin rancak bila dua2 menangis dan papa kena campur tangan untuk tenteram kan kakak. 

Macam tu lah hari2 saya dalam menjalankan kewajipan memberi susu badan kepada anak2.  Orang lain sudah semestinya akan tanya:

Tak penat ke??

Susu cukup tak??

Patut laa badan makin kering...

Huhu.... saya cuma boleh cakap, ye memang saya letih dan kadang2 stress sangat.  Tapi tu laaa.. dua2 pun anak.  

Tentang susu cukup ke tidak tu, memang tengah ada problem sekarang ni. Tambahan pulak hari tu breastpump saya rosak dan motor dia jadi slow.  Saya pulak takde backup.  Itu laa satu2nya breastpump yang saya ada sejak anak pertama. Dalam seminggu tu, setiap hari saya hanya dapat kumpul 4oz sahaja.... memang tak cukup.  Kalau tidak sebelum ni 4oz tu satu sesi. Ni 4oz satu hari. 


Terpaksa laa cari kawan2 yg nak letgo pump murah2... (takde budget nak beli baru).  Alhamdulillah, dapat pun pump jenis yang sama dan dia pinjamkan pada saya.  Huhu.. tq friend. You know who you are.  

Akibat dari production yang slow dan saya tiba2 kena jangkitan virus ciritbirit dan muntah, susu terus merudum.  Macam merajuk dah dia.  Jadi sekarang ni kena kerja keras untuk topup balik stok susu yang makin susut.  


Begitu laa serba ringkas breastfeeding journey anak2 saya.  Ni belum cerita setiap bangun ntah berapa kali semata nak susukan anak.  Jadi, bila yang nak putus susunya?? any idea?? 

Ya Allah, permudahkan lah.  Amin


Notakaki:  Ya Latif Ya Latif Ya Latif