Friday 14 March 2014

Bercerai susu... akhirnya :)

Kisah bercerai susu ni dah pun saya sentuh dalam entry yang lalu dan entry ini juga.  Semua tu proses dalam memastikan Danial tidak lagi bergantung kepada susu badan untuk tidur.  Memang agak payah nak hentikan kebiasaan itu dan bukan boleh dibuat secara serta merta.  Mula2 tu kurang kan susu badan pada waktu siang dengan banyakan susu formula. Lagipun waktu ni dia leka buat benda lain so tak la ingat sangat. Tapi kalau waktu malam, tahu je dia nak mencari sumber kehidupan untuk tido.  Macam dah tak boleh tido tanpa benda tu. haihhh... Tetapi sejak saya mengandung ni dan umur Danial pun dah hampir 2 tahun 5 bulan, proses bercerai susu sangat la giat dilakukan.  Kalau ikut nasihat doktor, takde apa mudarat pun pada bayi dalam kandungan tapi letih kat mama nya la. Masa awal2 tu memang saya ok lagi. tapi sejak dah masuk 2nd trimester ni, makin sakit pulak. Rasa kulit2 disekitar tu makin sensitif dan sangat menyakitkan apabila disentuh. apatah lagi kalau menyusu... hmmm

So hari2 la saya cerita n bagitahu Danial yang dia dah besar, minum guna botol je. Susu ni untuk adik sambil suruh dia pegang perut saya. Ntah la dia paham ke idak. Tapi muka kerut2. huhu. Setiap kali dia merayu nak menyusu tu saya akan cuba ingatkan yang susu ni adik punya.. Lama2 tu pandai la dia tido sendiri... Memang letih jugak la kan nak dodoi kan dia supaya tido.  tepuk2 laa garu2 laa... Kadang2 tu ada jugak menguji kesabaran bila dia bangun ditengah malam kerana nak menyusu. Bila buatkan susu formula, lagi dia meraung tak mau. Adehhh sabar je la. Puas la pujuk2 n dodoi2 balik untuk sambung tido... 

Dalam hati ni kesian dan rasa nak bagi je. Tapi kalau bagi, memang takkan berhenti la. so kena sabar banyak2. Sebab budak2 ni nak test je. kot2 la tangisan dan raungan mereka itu boleh dapatkan apa yang mereka nak. hmmm dah tau dah akal tu... 

Jadi, bagi ibu2 yang masih berusaha untuk bercerai susu tu, teruskan usaha ye.. jgn putus asa.


No comments:

Post a Comment