Thursday 22 May 2014

Update MGTT yang kedua

info: MGTT tu yang test minum air gula tu...


Refer balik entry yang lalu Masalah ketika mengandung - Diabetis saya ada cerita tentang pengalaman minum air gula dan semalam saya ada check up.  Result untuk test tu ialah

Sebelum minum air gula = 3.5
Selepas minum air gula = 4.8

ehhh rendah sangat pulak yang sebelum tu... tapi ok la kan.. kalau bacaan nya tinggi, lagi teruk saya kena bebel...

Sebelum ni pun saya ada cerita tentang masalah berat badan yang naik mendadak sampai 4kg dalam tempoh sebulan. dan yang surprise nya masa checkup semalam berat saya hanya mampu naik 0.5kg... dari 74.5kg naik ke 75kg. ehhh pelik betul.. tapi saya memang berdiet pun.  tension tau bila kena bebel ni. Tapi bila cerita kat mama, dia cakap biar naik dari turun.. jangan diet sangat sbb nanti pembesaran baby ada masalah.  haaa risau pulak hati ni.. Makan salah tak makan salah... hmmmm nasib nasib.



 

Thursday 15 May 2014

Perlunya Thermometer ada kat rumah. Tapi jenis mana yang sesuai??

Salam...


Masa zaman takde anak dulu (sebelum kahwin) saya tak terfikir pun thermometer ni sangat penting dan mesti ada kat rumah.  Kalau sakit pegi je klinik dan doktor yang akan check semua... Tapi skang ni kalau tersalah letak or tertinggal kat kampung, mesti jadi kelam kabut.  nak pulak badan anak tetiba panas.  Sebab sebelum pegi klinik, saya mesti check dulu suhunya sebab nak pastikan tak terlalu panas dan boleh surut kalau makan ubat. 

Masa mula2 dulu saya beli yang jenis ni:

The First Years
Mula2 ingat dah ok la dan fikir asalkan boleh check suhu baby.  Tapi rupanya tidak. Susah nak dapat suhu yang tepat sebab kena kepit kat ketiak or lengan. ingat baby tu nak bagi ke kita usik dia lama2 macam tu.  Nasib baik la harga nya agak murah.

Kemudian saya beli yang jenis ni pulak:

Guardian (ada gambar Doraemon lagi...)
Kali ni saya beli jenis ni.  Sangat la mudah dan ada dua cara nak check. Kalau bukak tutup yang atas sekali, kita boleh halakan pada dahi. dan kalau bukak tutup yang seterusnya boleh check ke dalam telinga baby.  Kedua2nya memberi bacaaan yang tepat.  siap tolong cakap lagi berapa suhu dia dan kalau demam skrin tu tukar color merah. Cuma yang tak bestnya thermometer ni guna bateri jam. alaaa yang bulat leper tu.  dah la bateri jenis ni cepat abis dan mahal pulak tu. Harga thermometer kalau tak silap RM99. 

Akhirnya saya beralih kepada yang ini pulak

Medisana
Kali ni memang sangat2 puas hati. Dah la bacaannya tepat malah penggunaanya pun mudah. Hanya perlu halakan muncung depan tu kat dahi baby dan bila dia dah beepp tu akan dapat la bacaannya. Thermometer ni ada 2 fungsi. Boleh sukat suhu badan dan suhu persekitaran (air ke...) Bateri pun guna yang biasa je. So tak la mahal sangat kalau nak menggantinya. Sama jugak macam brand Guardian tadi, kalau demam skrin bertukar kepada color merah. Kalau tak, dia color hijau. Harga ~ RM200

Kat mana nak beli??? Mana2 farmasi. Sila tanya orang jual tu brand mana yang recommended... Tapi bagi saya, puas hati sangat dengan Medisana ni. 

Nota: sorry la sebab gambar tak berapa memuaskan...

Mama saya yang garang (dolu dolu)

Salam...

Selamat Hari Ibu... Dalam orang dok sibuk sambut hari ibu, saya pun sibuk2 jugak buat entri ni.  Walaupun terlambat sikit tapi berjaya juga untuk di 'publish' kan.  Bila bercerita tentang hal ibu saya atau seseorang yang saya panggil mama, apa yang saya boleh ingat dari kecik sampai la dah kahwin ni, mama saya seorang yang garang serta hati kering. huhu... Cuma la ni tak la garang macam saya dolu dolu. ye laa mungkin faktor usia dan kami semua pun dah besor besor. 

Bila saya cakap pasal garang ni, mama saya memang tak penah kasi muka punya.  Hanger tu siap la hinggap kat kaki kalau buat hal. Bergaduh ke, buat sepah ke dan segala aktiviti yang kurang menyenangkan. Seingat saya, saya memang tak rapat langsung dengan mama.  Maksud saya macam nak bercerita masalah ke, nak sembang2 masalah peribadi ke, luahan perasaan ke.  Memang tak de laa.  Hubungan kami semakin menjauh walaupun sebumbung.  Berbeza hubungan mama dengan adik perempuan saya.  Diorang boleh bersembang, boleh bergaduh, boleh bermanja2 dan tarik2 muka. Mungkin muka seiras kot yang buat diorang sentiasa 'Panas' .

Masa kecik2 dulu, (waktu tu kami baru 3 beradik - 2lelaki 1perempuan) saya fikir mama hanya sayang kat anak lelaki. Kalau ada perbalahan je, adik saya sentiasa menang. mungkin sebab dia adik kot tapi dia tu lelaki, kalau dia buli saya, sakit tau. Umur kami beza 3 tahun dan dengan badan dia yang besor itu, saya ni senang2 je dia kenakan. haihh nasib nasib.  Bila adik yang bongsu (perempuan) lahir, saya punya la syok sebab dah ada geng.  Tapi nampaknya mama memang menumpu sepenuh perhatian kat dia. dia la yang paling comel (kononnya... ) ADEK tolong jangan perasan ye. haha. dan ini buat saya berjauh hati dan terus bawa diri.  Maksud saya tu, buat hal sendiri laa... (bukan lari rumah tau).  

Bila dah masuk alam remaja, saya lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga.  Boleh katakan ilmu akil baligh ni saya dapat dari kawan. ish ish pasal period laa... datang bulan tu. Macam mana nak pakai pad, nak pakai berapa lapis, bila kena tukar, bila period selalu datang, macam mana nak kira kitaran haid, semua kawan yang bagitahu.  Mama memang tak pernah bercerita tentang hal ni.. ntahlaa.. cuma mama tolong beli pad je. Kesian kan.. Sampai bila patut pakai bra pun kawan yang advise...

Start dari form 4 saya dah masuk asrama... waktu ni, baru saya rasa macam rindu kat mama.  Tapi tak kuat sangat laa... Cuti hujung minggu kalau balik taiping, saya dengan mama masih KAKU. tak reti nak sembang apa.  Cuma yang saya ingat bila saya dah habis SPM dan saya betul2 keluar dari negeri Perak tu... (belajar kat Johor) baru saya rasa hubungan kami ada perubahan.  Saya kerap telefon mama (guna public phone)... waktu tu tahun 1998 dan mana ada handphone lagi.. kalau ada pun orang kaya je. Mama pun waktu tu dah boleh la bersembang lebih sikit walaupun dalam phone sebab bila berjumpa, masih kekok nak bersembang. pelik pelik.  Dengan adek, bukan main lagi diorang tuh. Sampaikan kalau ada apa2 yang mama nak cakap hal saya, dia akan sampaikan melalui adek. Padahal bukan tak boleh bagitau terus. 

Hmm tu la serba sedikit halnya tentang mama saya.  Saya tak pernah tengok dia menangis, saya tak pernah rasa dia pujuk saya, Saya tak pernah dengar dia luahkan apa2 kat saya.  Tapi ni semua cerita dulu... Sejak saya saya dah berkeluarga, hubungan kami dah semakin rapat.  Mama banyak bagi nasihat, kitorang boleh duduk bersembang, dan kalau teringin nak makan apa, saya tak segan2 nak request dan insya Allah mama akan masakan walaupun dia bukannya sihat sangat. Lagi laa saya tengah mengandung skang ni. Hikmah disebalik semua ni ialah, saya jadi seorang yang patuh arahan dia. Susah saya nak melawan. Walaupun dulu saya selalu jauh hati, tapi sekarang ni sekelumit dendam pun takde. Malah bertambah sayang tu lagi ada. Saya tetap bersyukur saya masih ada mama yang boleh doakan saya. yang pernah ajar saya solat dan sangat menitik beratkan hal solat walaupun saya dah kahwin.. itu laa nasihat yang tak pernah dia lupa kalau jumpa atau phone call.  "Ayu, jangan tinggal solat" dan yang paling saya ingat, mama tak pernah pulak berleter sebab saya tak kahwin2... (saya kan kahwin lambat).  Orang lain pulak lebih susah hati sampai nak bawak saya pergi mandi bunga. dan yang paling buat saya sayang ialah, bila dah kahwin mama tak pulak sibuk tanya dah lekat ke belum.  Tapi orang lain pulak yang "ambil berat" terlebih.  Apapun saya tetap bersyukur sebab diberi peluang untuk bergelar mama juga. 

Lain2 perkara pasal mama, hmmm mama sangat takut pada ulat2, or serangga yang terbang. kucing dan boleh kata semua binatang laa... oleh sebab itu lah, kami adik beradik tak pernah bela binatang masa kecik dulu... Tapi dah degil kan, ada juga anak kucing yang kami seludup bawak masuk rumah... sampaila suatu masa tu, mama dah surrender dan tak marah lagi.. so kami pun bela la kucing2 tu. selain kucing sendiri ada 2 ekor, ada jugak kucing jiran2 yang suka masuk rumah.  nak tumpang makan ler teww... dan yang paling tak bestnya, dia suka benor lepak n tido atas katil mama.  amboii berani dia ye.. nak dijadikan cerita, kucing tu pegi berak atas katil.  Punya la cemas saya dan adek (farah). Lagi 1/2 jam mama nak sampai rumah (balik keje).  Dengan begegasnya kami pun cuci comforter tu bagi menghilangkan rupa, bau serta rasa... ehhh... 
Bila mama sampai je rumah, mama nampak comforter tu sidai kat pagar.  Saya pun terus cover line cakap tadi minum milo kat katil pastu tertumpah.... tu yang basuh tu.  Mama diam je n terus masuk bilik.. Lepas tu mama cakap.  "Betul ke milo tumpah ni... (kami dah berpeluh sejuk)... Kalau milo tumpah buat apa sembur perfume segala bagai... ke kucing berak?"

GULPPPPPP.... 

Apapun keadaannya saya tahu mama saya seorang yang sangat tabah.  Dulu saya fikir mama jenis yang tak amik hati (hati kering). Sebab tu dia garang kerana tak mahu tunjuk jiwanya yang sebenarnya lembut dan penuh kasih sayang. Semuanya dia simpan dan tak tunjuk pada kami (saya). Tapi bila dah berusia ni, baru la dia bercerita sikit2 tentang hal2 lama.  Rupanya banyak jugak mama makan hati cuma dipendamkan sahaja.  Hmmm sedih pulak memikirkannya. Saya cuma mampu berdoa semoga mama terus2 diberi rahmat oleh Allah SWT dan dalam usianya yang dah menjangkau hampir 63tahun ni mama akan sentiasa sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang serius.


Love u mama.... love u so much. muahmuah.

Masa nak menunaikan Haji ke Mekah... 2007

Saat2 diijabkabulkan... 2010
Antara yang latest... Kuew tiaw Doli Taiping

Konvo UUM 2005


Friday 9 May 2014

Selera makan ketika mengandung

Salam...

S E L E R A antara perkara yang mungkin remeh bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi orang mengandung. Benda ni bukan lah di buat2 bagi menarik perhatian sesiapa tetapi ia terjadi sendiri.  Segala makanan sedap bagi dia ketika tak mengandung dulu hanya mampu pandang sebelah mata je.  Jadi sekiranya pasangan anda menjadi cerewet makan tetiba, maafkan je laa... dia bukan sengaja nak menyusahkan tetapi memang tekak tak boleh terima... :P

Macam saya, ikan masin menjadi sesuatu yang sangat sedap di kala ini.  Kalau dapat makan ikan masin, bertambah nasi pun saya tak kisah.  Padahal bukan favorite sangat pun.  Tapi ia terjadi sendiri tanpa sebarang paksaan... Makanan manis pulak saya cuba kawal walaupun nafsu makan bergelora nak kannya. Kalau tak dapat kek ke, aiskrim ke saya tak heran sangat walaupun bestnya bila makan. tetapi jangan la tak bagi or halang saya makan coklat.  Boleh menangis wooo...

Itu saje entri kali ni... sebenarnya dalam petang semalam saya teringin nak makan laksa utara... Tapi tak tertunai lagi... haihhh sabar ye baby... 


Note: teringat mama masak ikan talang masin masak lemak... tak cukup nasi katanye... makan ngan roti pun jadi...

Thursday 8 May 2014

Jangan sengaja menakutkan anak

Salam...

Bila kita sengaja menakutkan anak dengan tujuan menghalangnya masuk ke bilik bersendirian atau pegi ke dapur, mungkin kita anggap ia nya hanya perkara remeh.  Kerana perasaan takutkan sesuatu akan terbentuk dalam jiwa kanak2 secara tak sengaja.  Pada awalnya saya fikir anak saya seorang yang tidak mudah takut.  Contohnya apabila saya menutup lampu dan membiarkan dia dalam bilik berseorangan, Danial akan keluar sendiri dari bilik itu tanpa menangis atau menjerit. Bila dah makin besar ni, rupanya dia mudah takut kalau melihat rupa yang pelik2 bila tengok tv.  Sampaikan iklan celcom yang ada zombie tu pun dia takut dan akan menyorok belakang saya.  Nak dijadikan cerita masa kami berkunjung ke rumah mak sedara (kakak mak saya), ramai la cousin2 dia yang majoritinya dah besar dan diorang main hantu2 sambil pakai topeng (ala2 cerita scary movie tu). Bila ada yang cuba mengusik Danial dengan topeng tu, dia menangis bukan main lagi... takut sangat2 la tu...

Di pendekan cerita, malam tu anak saya terjaga pukul 3 pagi dan menangis tak berhenti. Nangis sambil jerit2.. haihhhh jenuh jugak nak memujuk dia.. Husband saya ingat dia tak sihat (hidung tersumbat sebab selesema) tapi sebagai ibu naluri saya tak rasa macam tu sebabnya anak saya ni kalau tak sihat, dia akan jadi budak baik dan sangat la mudah nak mengurusnya. jarang la dia terbangun sebab tak sihat sambil nangis2.  ni memang lain macam.  

Pagi tu saya terus bagitau opah dia yang kebetulan ada di rumah saya.. Mak saya pun cakap dia teringat kat topeng tu. haaa kan betul tekaan saya. sudahnya anak saya demam sepanas panasnya badan dia.  So pengajarannya jangan la takut2 kan budak dengan benda yang bukan2.