Tuesday 16 December 2014

Cerita syok sendiri...

Salam...

Hari minggu baru ni aktiviti kami sekeluarga agak pack. Ada 2 jemputan kenduri dalam satu hari.  Kedua2nya kenduri Aqiqah.  Tapi mujurlah masa jamuan tu tak sama.  Satu makan tengahhari, satu lagi makan petang. Dan kebetulan Acu (adik saya) ada kat rumah saya sebab nak pegi kenduri kawin kawan dia kat Uniten.  So sebelum pegi ke Semenyih, kami hantar dia dulu.  

Kenduri kat Semenyih ni rumah sepupu saya.  Dia buat aqiqah untuk anak bongsu dia yang umur lebih kurang Safiyya je.  Lauk memang sangat sedap (dalam hati, menyesal amik sikit) di tambah pula dengan perut yang lapar.. Memang syok la makan. 

Muka teruja tengok buai yang cantik itu.
Gambar makanan memang takde sebab makruh amik gambar makanan ketika LAPAR.. haha (ingat makhruh sebab apa la) ... Dari ko amik gambar sebelum makan, baiklah baca doa makan kan.. Lepas dah selesai kat situ, kami bergegas pulak ke Puchong, rumah kawan husband.  Tapi sebelum tu singgah amik Acu dulu.  Ni kenduri 2 in 1.  Aqiqah + Birthday party.  Jadi meriah la dengan budak2 kat rumah tu. Walaupun ia kategori makan petang, nasi juga disediakan dan istimewanya ada daging kambing panggang kuah blackpepper.  Sememangnya itu favorite saya. huhu... Husband siap ehem2 takut saya lupa diri bila makan.  Anak kan susu badan.  kang cirit birit pulak sebab mak dia makan banyak sangat blackpepper yang hot itu. 

Ok tutup cerita makanan, balik je dari Puchong, kami singgah jap kat IOI City Mall yang terletak berhampiran Putrajaya.  Alaaa yang tepi highway SKVE tu... Ini first time kami pegi sejak opening dia 22 November dulu.  Sangat besar dan tersangat ramai orang.  Orang Putrajaya dah ada option la lepas ni.. Kalau dulu asik pegi Alamanda je. Skang boleh cuci mata kat IOI City Mall.  

Beli apa kat sini?? Mulanya nak jalan2 je dan meninjau kawasan.  Tapi kalau dah kategori mak mak tu, mesti akan terbeli sesuatu untuk anak. Seronok menyinggah kedai baby ni dan husband pulak sibuk mengajak ke Toys R us... Danial relax je lalu depan kedai tu.  Tapi papa dia yang over.  Kan saya cakap dah dulu, sume punca dari papa dia... huhu.  Seperti biasa, patung dinosaur jugak yang Danial beli.  Dah beratus ekor Dinosaur rasanya setakat ni... hmm

Saya pulak beli apa? hmmm sikat.. yaaa sikat.  Sikat baby.  Dalam entry dulu saya cakap baby tak perlu sikat sebab rambut dia bukan banyak pun.. Tapi Safiyya ni makin hari rambut makin panjang dan kalau tak sikat, macam tak terurus pulak..  Maka sikat merupakan item wajib dalam senarai barang keperluan bayi... Selain tu saya beli body suit untuk Safiyya dan t-shirt untuk Danial.

Best berus sikat dia... lembut je... baru la boleh sikat rambut tepi. 
Orang demam yang aktif

Rindunye kat pipi dia

Topi fiyya dah kecik...

No comments:

Post a Comment