Monday 23 February 2015

Apabila anak-anak menangis di tempat awam

Salam,

Cuti CNY baru ni kami sekeluarga ke Segamat Johor kerana adik ipar melangsungkan pertunangan dengan orang sana.  Rombongan dari Sg. Petani je dah 2 kereta dan 1 MPV dan termasuk kami anak beranak 1 kereta.  Perjalananan yang mengambil masa berjam2 tu memang memenatkan.  Kalau orang dewasa pun tak senang duduk dah dalam kereta, apatah lagi budak2 kecik yang tak tahu nak luahkan perasaan iteww.. yang diorang tahu, menangis sekuat2 hati tanpa memikirkan tempat dan masa yang sesuai.  

Apa yang saya nak share kan kat sini ialah cerita perjalanan balik dari Johor ke Kuala Lumpur.  Dengan cuaca yang agak panas, membuatkan Safiyya menangis sekejap2 sepanjang perjalanan.  Walaupun sekejap2 tapi bersungguh dia menangis.  Kemain lagi air mata dia.  Yang abang pulak, smpi bocor2 diapers dia tu sebab banyak sangat minum sepanjang dalam kereta. Rombongan kami berhenti di RnR Ayer Keroh Melaka untuk makan tengah hari.  Sampai je kat situ, Safiyya pun berhenti menangis.  Mungkin kerana dia rasa lega bila dapat keluar dari kereta.  Tapi kejap je oleh kerana cuaca yang agak panas, dia sambung menangis.  Yang si abang pulak, bila dah tengok kami asik mengisahkan adik, dia pun start buat akal. tak mau tukar seluar.  Papa nya pun apa lagi, terus paksa dia mandi sebab dah alang2 nak tukar baju semua.  Pelbagai drama berlaku sebab Danial takmau pakai seluar lain selain Jeans dia tu.  Maka menjerit2 la kedua2 anakku ini.. Tuhan je la yang tahu perasaan kami waktu tu dengan orang ramai yang memandang dengan muka pelbagai sangka.  (ingat kami pukul anak kot).  Ketika itu jgk geng2 rombongan mengerumuni kami untuk cuba membantu menenangkan anak2 kami.  Tapi segala usaha itu nampaknya tidak banyak membantu kerana mengakibatkan kami terus diperhati kerana ramai yang berhimpun di situ dengan jeritan Danial semakin kuat yang sungguh menguji kesabaran.  Dengan rasa sedihnya saya terpaksa merayu untuk mereka terus ke tempat makan dan jangan tunggu di situ.. Tak sampai hati rasanya biarkan diorang lapar sambil menunggu kami yang tak tahu sampai bila anak2 nak tenteram.  Mungkin cara saya agak kasar kerana seperti menolak pertolongan orang nak membantu kurangkan tantrum anak saya tu. Cuma saya perlu ruang untuk bertenang tanpa ada sesiapa yang menunggu.  Kalau ikut hati, nak aje ajak suami terus balik ke KL.  Makan esok je la sebab sedih sangat rasanya hati ni.  Tapi tak elok la buat macam tu sebab kami datang dengan rombongan so balik pun biar la sama2. 

Setelah Danial tenteram dan boleh menerima seluar lain yang saya bagi, baru la kami boleh beransur ke tempat makan.  haaa lega kepala hotak kawe... 

Seperti biasa setiap kali anak saya si Danial ni mengamuk tak tentu pasal, saya cuba sedaya upaya untuk bersabar.  Walaupun hati ni geram sangat tapi saya cuba untuk tidak mengasari dia.  Apa yang selalu saya buat ialah membayangkan muka dia masa dia baru lahir.  Teringat segala wire yang berselirat kat badan dia tu.  Dengan oksigen nya, dengan jarum kat tangan dia yang kecik tu. hmmm insaf insaf. Terus tak jadi marah. Tapi kekadang kena cubit2 manja gak.. ter cubit sebab tak tahan. 

Notakaki:  Sentiasa ingat anak2 itu anugerah dari Allah yang tak ternilai.  Ia menjadi satu amanah kepada kita supaya menjaga dan menyayangi mereka sebaiknya.  Kalau anak2 buat hal tu, anggap la ia satu ujian dari Allah.  so bertabah lah.

No comments:

Post a Comment