Tuesday 17 February 2015

Cara mudah untuk merancang penyediaan frozen puree

Salam...

Makanan pertama yang saya bagi Safiyya ialah Apple puree. Respond Safiyya dengan first solid food nye tu...hmmm boleh kata ok laa.  Mulanya macam dia tak suka apple tu sebab menolak dengan lidah puree yang saya suapkan tu.  Berbeza dengan abang dia dulu yang sentiasa positif dengan segala makanan yang saya bagi.. dia nganga je bila saya suap.  huhu. Ini menyebabkan saya fikir dia bukan jenis pemakan.  Tapi bila dah berhari2 suap Safiyya dengan makanan, dia dah boleh terima.  

Ada 3 benda dalam fikiran saya bila dia tolak makanan tu.  samada;
Pertama, dia tak suka dengan rasanya.  ATAU
Kedua, dia terkejut sebab sesuatu yang lebih pejal dalam mulut dia. ATAU
Ketiga, dia tak reti nak telan makanan tu lantas mengeluarkan lidah.

Tapi bila saya perhati balik, sebenarnya Safiyya lebih kepada tak reti nak telan.



Nak warmup balik segala aktiviti buat homemade baby food 3 tahun dulu memang perlu ketabahan yang tinggi.  Ini kerana saya kena pastikan hari minggu segala puree dah tersedia dibekukan bagi memudahkan penyediaan makanan pada hari keje.  Jadi tak perlu la saya baru nak blend segala benda di subuh yang hening iteww... (Marah jiran2 sebab buat bising).  Bila setiap kali buat puree, saya akan, buatkan untuk 2-3 minggu punya stok.  

Cara mudah untuk merancang penyediaan frozen puree

1.  Beli 2 -3 jenis sayur @ buah dalam kuantiti yang diperlukan (agak2 untuk stok 2-3 minggu) - pastikan sayur @ buah yang bersesuaian dengan umur bayi anda. (Rujuk sini)

2. Bersihkan dan potong kecik2.  Steam kan mengikut jenis sayur @ buah.  Kalau steamer anda besar, lagi bagus sebab boleh steam banyak2.  Steamer saya kecik jadi perlu buat banyak kali. (little bean food processor.)



3. Bila dah siap steam tu, blend sayur @ buah mengikut jenis dan masukkan ke dalam ice cube tray yang ada tutup.  Kalau takde tutup, guna plastik macam kat gambar bawah ni
Carrot


4. Masukkan dalam peti ais untuk dibekukan.  Bila dah beku, keluarkan dari tray dan simpan dalam bekas lain. Sila label setiap bekas tu.  contoh: Carrot (February 2015).  Ia boleh tahan 1 - 2bulan.  kalau disimpan di tempat yang beku.

5.  Haa mudah je pun. Setiap kali mak mak semua masak bubur nasi, agak2 dah masak tu, campakkan 2 -3 ketul ice cube (frozen puree) dalam bubur tu.  boleh campur2 pelbagai jenis sayur kalau nak.  Tapi kalau baby anda baru di peringkat nak memperkenalkan makanan tersebut (6bulan), jangan dicampur pulak.  Kang alergic, tak tau mana satu penyebabnya.

Tugasan ini hanya anda perlu buat 2 @ 3 minggu sekali je atau bila frozen tu dah abis.  Kan dah menjimatkan masa.  Kalau nak tahu cara mudah buat bubur nasi, sila ke sini ye.

Notakaki: Kenapa saya gunakan slow cooker untuk masak bubur nasi, sebab nya di sini..  slow cooker

No comments:

Post a Comment