Wednesday 18 February 2015

Yang mana satu patut kita kenalkan dulu pada baby - Sayur atau Buah

Salam...

Kalau baby kita dah mencecah umur 6 bulan, mesti akan terfikir apa yang patut kita kenalkan dulu sebagai makanan pertamanya.  Ada yang bagi buah, ada yang memilih sayur.  Sebenarnya tak ada apa beza pun sama ada sayur ataupun buah.  Keduanya tidak mengganggu sistem penghadaman.  Tetapi menurut sesetengah pakar, lebih bagus kalau kita kenalkan buah kerana rasanya manis.  Senang la baby tu nak terima bila kita suap kat dia.  Pendapat lagi satu pulak, yang kata lebih bagus kenalkan sayur tu kata 'buah kan dah manis, so kenalkan sesuatu yang lain rasanya... - sayur lebih kepada tawar or pahit2 sedap.  Kalau dah pahit pun dia telan, lagi la kalau bagi yang manis... moral of the story, pahit manis kutelan jua... kih kih kih

Apa yang lebih penting sebagai mak mak ni, kena lebih tabah bila suap makanan kat anak.  Adakalanya kita kena bagi 10 kali percubaan bila memperkenalkan makanan yang baru. Jangan la baru sekali kenalkan dan bila baby reject, dah putus asa dan kata baby tak suka.  Padahal baby tu mungkin terkejut sebab first time dia rasa benda tu.  Lama2 bagi dia suka laa.. tapi kalau dah 10kali reject tu, toksah la bagi lagi. 

Sumber:  credit to Baby Center



No comments:

Post a Comment