Wednesday, 11 March 2015

Ketinggalan Zaman kalau bawak bekal makanan ke office

Salam...

Sejak si Safiyya ni dah start solid food, saya mula merajinkan diri untuk menyediakan bekal makanan untuk Danial dan papa diorang jugak. Besar jugak hikmahnya kan kalau menjerumuskan diri buat homemade solid food ni untuk baby ni. Selain menyediakan yang terbaik untuk makanan pertama dak Safiyya ni, dapat jugaklah menjimatkan duit belanja suami.  huhu cam poyo pulak ayat last ni. kui kui kui

Sejak Danial dah boleh makan family food, saya jarang (sila baca maaaalaaassss - nak sebut pun malu) sediakan bekal untuk dia. sebabnya makcik pengasuh memang akan sediakan makanan untuk budak2 bawah jagaan dia.  (semakin bertambah2 la virus M saya).  Tapi sejak adik dia dah start solid, saya pun buatkan bekalan breakfast untuk dia jugak.. Nanti ingat saya tak sayang kat dia pulak. iskkk... Bukan susah pun.  Paling mudah sapu roti dengan Nutella.. zap zap zap tadaaaa dah siap.  Kalau rajin sikit buatkan pasta with bolognese sauce. Itu memang favorite dia. Apa yang penting: segala bawang kena blend hancur dulu. 

Jadi dah alang2 buat untuk anak2, saya pun sediakan jugak untuk suami.  Sejak2 office dia dah berpindah ke KL ni dan ini sedikit sebanyak telah menambah sedikit perbelanjaan kami, membuatkan saya lebih gigih menyediakan bekal. Dengan harapan ini mampu menjimatkan kos untuk breakfast dia dan juga saya. 

Feedback dari suami

"Sayang: rasa mcm citer shah rukh khan tue..
Sayang: ari2 p reja bini buat bekai
Sayang: last2 jadi penari
Ayumie: haha
Ayumie: dah tu u nak macam mana
Ayumie: sib baik tak bagi mangkuk tingkat
Sayang: hahahaha.. saja jaa..
Last message received on 11/03 at 14:19 "

Notakaki: Hari2 pesan jangan tinggal tupperware kat office... yang dulu punya batch abis sume tak dapat dikesan.

No comments:

Post a Comment