Salam...
Sabtu lepas 25th May 2015, Saya dan suami join la Twitterthon yang dianjurkan oleh Malaysia Social Media Week (MSMW 2015). Oleh kerana acara itu merupakan fun run, kami pun angkut sekali 2 budak kecik. Tapi pakai stroller la. Dibuatnya Danial tak larat, jenuh nak dukung pulak. Walaupun 5km orang yang dah lama tak lari ni, agak kesemputan la jugak.
Saya cerita sikit tentang Twitterthon ni,
Ni route map dia
Dekat je dengan Palace of Justice Putrajaya |
Ada 5 check point semuanya dan setiap kali sampai kat situ, peserta dikehendaki tweet gambar berserta hashtag yang ditetapkan.. Memang menarik la konsep diorang ni sambil lari sambil tweet. Nama pun fun run, so takde stress nak dapat no 1. Antara hashtag yang masih saya ingat
#petronasprimax
#petronasbrand
#ilovehrdf
#maybankshoefie
#myteksi
#grabcar
#malaysiaairport
#lhdn
#utusantweetNgo
Seperti biasa, semua peserta yang menyudahkan larian akan mendapat sijil dan finisher medal. Selain tu, peserta berpeluang mendapat free gift dari sponsor pagi tu dengan syarat tunjukkan bukti setiap tweet dan hashtag di twitter masing2. hmmmm yang tak bestnya, nape la free gift tu sikit sangat. kesian yang belakang2 ni dapat topi je. oklaaa dari takde kan.
Meh layan gambar2 kami...
Persediaan sebelum tidur |
Sampai sini ngam2 pukul 7... dah cerah dah pun. huhu |
Yeayyy berjaya habiskan larian |
Lari bawak stroller |
#maybankshoefie - Dengan setiap tweet, Maybank akan sumbangkan sepasang kasut kepada mereka yang memerlukan |
Pagi yang mendamaikan.. lari tepi tasik |
#jumpshot jump and snap #petronasbrand #petronasprimax |
#utusantweetNgo |
@myteksi #grabcar |
#malaysiaairport |
Baru lepas conteng muka |
Nak panjat... |
Dah lama tak amik gambar macam ni... :) |
Pose sebelum balik |
Notakaki: Harap boleh join lagi event macam ni tahun depan dan besar juga harapan dapat goodies yang best2 dari sponsor2 MSMW yang best2 itewww...
No comments:
Post a Comment