Salam...
Semalam masa lunch sembang2 ngan kawan2 kat office, terkeluar la cerita sape perangai laki masing2.. eh eh.. ni bukan sesi membuka aib ke apa. cerita dalam kelambu sila simpan untuk diri sendiri ye tuan2 dan puan2... ni cerita lite-lite je.
"akak kalau bab bill sume serah kat laki bayarkan. dia bayar lambat ke tak bayar ke bayar awal ke sume dia yang tahu.. teruk betul perangai. tahu2 astro kena potong je sbb laki lupa.. hahaha"
"sama laa... mana ada transport nak kuar bayar bill sume. so serah kat laki lagipun dia keje flexi hour. senang nak keluar bila2 pun."
"masa bujang dulu saya tahu je nak urus semua. semua tertib siap simpan resit bila dah bayar. tapi skang ni apa pun tak buat. tapi saya tukang ingatkan laa... kang bergelap malam2. sape susah.
haa itu adalah antara perbualan kami....
Persoalannya kenapa jadi macam tu... mungkin kerana terlalu bergantung pada suami. terus terang saya cakap, saya memang takleh nak kemana2 kalau laki tak ikut. Rasa tak lengkap je hidup ni kalau dia tak ikut. Walaupun keluar dengan ahli keluarga, tetap akan rasa kekok sebab suami je tahu perangai kita dan tahu apa kami perlu bila berjalan dengan 2 orang budak kecik.
Jadi, nak had kan ke tahap kebergantungan kita kat suami??? Terpulang kepada pendapat masing2. Ada orang kata, kalau tak berdikari, nanti kalau jadi apa2, susah nak urus diri. Ye betul pendapat orang tu. tapi saya berserah pada Allah SWT. Off course la kebergantungan kita paling utama ialah pada Allah SWT... Hanya Dia yang tahu apa baik dan buruk untuk kita. Kalau tak, bukan jodoh namanya.. eh ehhhh... Lagipun bukan la saya sampai tak tahu nak buat apa2 dan hanya berharap suami.
Notakaki: Bertemu jodoh melalui laman sosial mukabuku. huhu... :)
No comments:
Post a Comment