Selalu sangat bila dah jadi mak ni, kita akan terlebih risau dengan faktor sekeliling bila anak nak main kat luar rumah. Alasan selalu yang kita beri ialah, tak suka anak terdedah pada kotoran. Bila dah kotor, banyak la penyakit datang... itu la sifir pemikiran logic ibu bapa sekarang... hehe.
Honestly saya dulu pun ada perasaan macam tu dan saya hanya tersedar apabila saya menghantar anak saya ke kelas taekwando. Kelas pengenalan dibuat di atas padang rumput sekolahnya. Jadi bila nak start tu, coach suruh beratur dan semua peserta bukak kasut dan terus mengikut arahan seterusnya. Tetapi anak saya berkeras taknak tanggalkan kasut. Dia cakap kotor dan banyak kuman... eh eh macam kenal je ayat tu... haha...
Jadi saya longgarkan sedikit pemikiran saya dengan biasakan dia kepada tanah... berpijak di bumi yang nyata...
Takde la asyik kata NO saje bila anak2 request nak main kat luar rumah.
Sebagai ibu, kita sangat tahu kesihatan luaran yang baik berpunca dari sistem penghadaman yang sihat. Apabila anak sihat, mereka akan melalui hari2nya dengan cergas dan gembira.
Jadi apa cara yang kita ada untuk memastikan anak2 kuat dari dalam?
Magic
Hehe... tapi kita takde magic utk mengawal segalanya. Apa yang boleh ialah kita berusaha memberi yang terbaik untuk anak2 kita.
Pemilihan susu yang tepat sangat membantu. Mempunyai anak2 yang semakin membesar, saya memilih Friso Gold sebagai pelindung kerana ia sangat menjaga sistem penghadaman dengan baik dan seterusnya meningkatkan ketahananan badan.
Tetapi kenapa Friso Gold?
Menampilkan warisan Friso Gold Nature & Science iaitu dihasilkan oleh alam semulajadi, ditambah baik dengan sains. Kombinasi yang hebat bagi memastikan penghasilan susu yang berkualiti. Susu formula Friso Gold diimport terus daripada negara Belanda di mana ladangnya mempunyai persekitaran yang ideal bagi menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Di samping itu, setiap proses diberi penjagaan yang sewajarnya bagi mengekalkan nutrisi kepada anak2 kita.
Bila kita yakin ia dari sumber yang baik, baru lah yakin nak beri kepada anak2. kan...
Macam anak saya Danial dan Safiyya, masing2 mempunyai karektor tersendiri. Tetapi kalau perut mereka tak selesa, ragamnya mesti sama. huhu.
Bila anak meragam, kita yang tak senang duduk.
haihhh
-_____-
Bila jadi macam ni, dalam fikiran dah bayang macam2 makanan sihat untuk diberi kepada anak2.
Persoalannya,
Adakah badan kita dapat menyerap keseluruhan nutrisi yang ada dalam makanan tersebut?
atau;
Apakah makanan yang kita makan tu, masih mengekalkan 100% nutrisi setelah melalui proses memasak dengan suhu yang panas?
Haaa jenuh kan nak fikir... tak pe, mari saya huraikan.
Secara ringkasnya, makanan yang kita masak hari2 tu, akan melalui proses kepanasan yang tinggi. Bila suhu terlalu panas, struktur semulajadi protein akan rosak atau dihapuskan. Kalau nutrisi dah kurang, apa yang kita makan tu, dapat kenyang je laa...
Sebagai contoh, sayur yang dimasak dengan suhu yang tinggi dan lama akan kehilangan hampir semua nutrient berbanding di masak sekejap. Sebab tu mak kita pesan masak sayur tu biar sekejap je. :)
Begitu juga halnya dengan susu formula. Proses biasa penghasilan susu formula akan melibatkan haba yang membawa kepada kemusnahan struktur asal protein. Apabila protein rosak, ia sukar diserap oleh usus dan ini boleh menyebabkan anak2 mengalami masalah penghadaman, kembung perut, sembelit serta perut tidak selesa.
Kesimpulannya, bila suhu panas, protein rosak, maka sukar usus nak serap dan kesudahannya akan terjadi masalah penghadaman
Bila kita dah sedar akan hal ini, apa pilihan yang kita ada untuk memastikan protein susu terpelihara sepenuhnya??
Memperkenalkan Friso Gold yang baru telah dipertingkatkan dengan teknologi LocNutri dimana ia membantu mengekalkan nutrien dalam struktur asal sewaktu proses pengeluaran supaya mudah diserap tubuh dan senang dihadam.
Teknologi LocNutri direka bentuk untuk menangani masalah ini. Teknologi ini menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan agar protein dapat dikekalkan sebaik mungkin dalam struktur asalnya. Nutrien kemudian boleh diserap secara efektif oleh badan.
Atau dengan ayat yang lebih mudah macam dalam gambar atas ni. LocNutri ibarat pelindung yang memelihara nutrisi dari rosak ketika proses penghasilan susu formula.
Secara amnya, protein sangat penting kerana ia memainkan peranan dalam penghasilan otot, kulit serta rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi lantas memastikan anak2 kita sihat serta kuat dari dalam dan juga luar.
Ok, sekarang dah faham kan kaitan sistem penghadaman yang berkaitan langsung dengan kesihatan luaran. Anak-anak yang mempunyai sistem penghadaman yang baik akan meningkatkan ketahanan tubuh badan yang sihat.
Jadi pemilihan Friso Gold sebagai pelindung anak saya adalah tepat malah saya tak perlu overreact bila anak bermain di luar rumah.
Ini kerana sebagai mak apabila kita yakin tubuh badan anak sihat dari dalam dan juga luar tiada lagi perasaan risau untuk biarkan mereka menikmati persekitaran luar rumah serta merasai sendiri alam semulajadi tanpa sekatan.
Anak kecil tetap anak kecil. Biarkan mereka meneroka.
Notakaki: Bukan susu biasa... :)
No comments:
Post a Comment