Wednesday 29 November 2017

Kisah sebenar disebalik Pendaftaran Tahun 1 Danial

Salam,

Hari tu dah janji kan nak cerita perihal pendaftaran sekolah kebangsaan yang penuh kesalan.. 

haha.. 

dramatik sungguh. 😎😎

Saya guna ganti nama kami la ye.  Sebab hal2 pendaftaran ni melibatkan suami saya jugak.  Ini kerana suami buatkan pendaftaran online tu kerana saya tengah berpantang anak ketiga.  Jadi memang tidak la saya membelek laptop kat rumah.  Belek baby je.  

Husband pun buat la semua hal online tu dan sebelum hantar ke sekolah saya pun semak la dulu draft yang dah di print tu termasuklah menyediakan segala dokumen yang berkaitan.  Segala urusan online husband buat kat office dan saya langsung tak semak kalau ada2 maklumat yang tertinggal.  Alaaa simple je kan semua dah ada kat situ dan ikut aje step yang disediakan.  

Sebelum saya teruskan cerita saya, mari saya kongsi cara2 membuat pendaftaran tahun satu secara online.  Ini pun baru je saya google. keh.keh.keh

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE

1. Isi Borang Online 
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my
2. Cetak Borang 
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan 
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan: 
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat - Asal & Salinan
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti) - Asal & Salinan
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga - Asal & Salinan
5) Surat nikah / surat cerai - Salinan
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
7) Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi - Asal

4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu  biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Sekiranya terdapat pindaan, ibu bapa boleh membuat kemaskini dan hanya 3 kali sahaja dibenarkan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.


Nampak mudahkan..
Ye memang mudah pun tapi kena pastikan setiap modul yang diperlukan itu dilengkap selengkapnya.  Kenapa saya kata lengkap selengkapnya?  Sebab husband saya dah termiss satu modul dan telah menjadi asbab pemilihan sekolah yang dipohon ditolak macam tu je.  Yes. kena REJECT.
Ni rupa modul yang diperlukan tu;

Dalam 5 modul yang sistem sediakan tu, kami dah termiss maklumat kesihatan.  tu je salah dia.  Hanya kerana tidak lengkapkan maklumat tu, dalam status pendaftaran kami dianggap tidak membenarkan anak divaksin dan anak tersebut tidak pernah divaksin.  Tiba2 jadi antivaksin. 😴😴
Padahal setiap imunisasi untuk Danial memang lengkap siap tambah Pneumucoccal lagi. 
Ini rupa borang yang ada dalam maklumat kesihatan tu;


Sadiskan.  Rasa nak patah balik je pada masa tu dan isi semula borang pendaftaran.  Lebih menerukkan keadaan ialah perasaan ralat tu tak boleh pendam macam tu je kerana kami mendaftar tahun 1 untuk Danial masa umur dia 5 tahun yakni 2 tahun awal.  Punya la nak pastikan dapat sekolah tu sebab Bandar Saujana Putra ni takde sekolah rendah dan tu jugak sekolah baru.  Jadi Sekolah Kebangsaan Putra Height merupakan sekolah yang paling hampir dengan BSP iaitu jaraknya adalah 11.5 km manakala sekolah yang ditempatkan adalah 16km jauhnya dari rumah.  Walaupun tak banyak  beza, perasaan best tu tetap tak boleh tipu.  Lagi la dengan confident saya dah bagitau ramai jugak la yang anak saya akan bersekolah di SK Putra Height.  hahahah... eksyen lagi. 
Ni saya share borang persetujuan yang kami tak hantar masa pendaftaran sekolah tu.  Kan lepas isi online kena printkan... lepas tu hantar yang cetakan tu ke sekolah yang dipilih bersama dokumen2 yang telah ditetapkan.  Bila fikir2 balik, kenapa laaa kerani sekolah tu tak maklumkan yang dokumen tak lengkap.  aduhhh.. ok ok tak nak salahkan orang.  Mungkin dia anggap kami akan membuat kemaskini selepas tu dengan menghantar borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi
Ini rupanya;
Borang Persetujuan

Borang ni boleh didownload dalam portal moe tu setelah maklumat kesihatan dilengkapkan. kalau tak isi, memang tak keluar la kat situ.  Agaknya tu la encik husband kita ni tak perasan.  haih laaa... 
Setelah keputusan keluar, nak senyum pun tak boleh.  Mujur boleh buat rayuan dan keputusan rayuan pun tidak memihak kepada kami kerana tempat di SK Putra Height tu dah penuh.  Dari ada 4 kelas Tahun 1 untuk 2018 terus kena bukak lagi satu kelas.  Masa saya call sekolah, orang tu cakap permohonan  yang diterima 500 orang lebih tapi tempat ada 200 lebih je.  💔💔💔💔
Lepas tu baru terasa nak buat rayuan kedua kat PPD Petaling Perdana atas saranan orang sekeliling.  Sayang semuanya sudah terlambat... tiada lagi rayuan kedua.. tapi peluang kedua ada... haaa apa pulak dah tu.
Menurut cik penjaga kaunter PPD tu, dia menasihatkan kami menerima dahulu sekolah yang ditempatkan kerana kesan penangguhan ni akan menjejaskan tempat anak saya di Tahun 1 2018 nanti. Ibarat Danial takde sekolah.  Lagi pulak, trend sekarang ni kebanyakan sekolah buat orentasi dan exam penempatan kelas untuk tahun 1 sebaik sahaja cuti sekolah bermula.  Kalau dah terlepas 2 benda ni lagi kesian kat anak.  Karang sekolah letak je dia kat kelas paling corot.  hmmm 
Kan saya kata ada peluang kedua.  Caranya ialah buat pertukaran sekolah pada pertengahan January 2018 nanti.  
Cara2nya ialah pegi ke pejabat PK HEM dan minta borang pertukaran sekolah 😀.  Isi borang tersebut dan kembalikan hantar ke PPD (buat 4 salinan) berserta dokumen2 berikut
💚 Sijil Kelahiran anak
💚 Kad Pengenalan bapa
💚 Kad Pengenalan ibu
💚 Sijil Nikah
💚 Bil Elektrik / Air / Telefon (mesti atas nama ibu bapa pemohon) / kalau rumah sewa, kena serta salinan perjanjian sewa rumah
Jadi peluang tu masih ada tetapi tetap bergantung kepada kekosongan 😭😭😭😭😭😭😭😭
Dari PPD kami pun terus ke SK Putra Height dan ambil kembali dokumen pendaftaran yang awal2 dulu tu dan hantar ke SK Seksyen 27 (1) sebagai pengesahan pendaftaran sekolah.  
Tahu tak apa yang berlaku... bila dah serah segala dokumen salinan dan asal untuk disemak, kerani tu bagi kat kami satu surat iaitu Surat Orentasi Sekolah... 
Mujur la kami datang hari tu (Jumaat) sebab orentasi tu akan dibuat pada hari Ahad nya.  Alhamdulillah Danial tak terlepas menjalani orentasi.  Punya lega... Tapi yang tak lega adalah seragam sekolah tak beli lagi.... 
Maka esoknya tu berangkatlah kami anak beranak mencari baju sekolah si abang Danial ni.  Baru nak plan ambil cuti untuk beli baju sekolah supaya tak berangkut Safiyya and Shawqi.  Konon nak bawak Danial je supaya boleh fokus sikit nak membeli belah.  Rupanya mengendong anak jugak.  hahaha..  
Begitu lah kisah dan pengajaran disebalik pendaftaran Tahun 1 anak saya.  Bagi ibu bapa yang akan mendaftar sekolah anak tu, pastikan tak jadi macam saya.  Check betul2 dan jangan harap kat suami... hahaha..... maksud saya. semak sama2 jangan biar dia sorang buat.  Orang pompuan ni kan detail sikit.  hihihi. 
Hari Orentasi

Dalam kelas... 

Test baju sekolah.
Owh ya...  bagi yang baru nak tanya ok ke tidak exam Tahun 1 tu... Jawapannya ialah sekolah Danial akan buat exam tu masa minggu pertama persekolahan.  Jadi takde la saya tension sangat sebab tak cukup masa Danial nak buat revision. Sekarang ada sebulan lagi. huhu.  

Lagi satu suka saya nyatakan kat sini, SK S27(1) tu salah sebuah sekolah yang hebat jugak.  Cuma dalam kes saya, tak terfikir sampai kesitu anak saya ditempatkan.  ingatkan dia hantar Alam Megah ke... huhu. 
Notakaki:  Apakah saya akan buat pertukaran sekolah pada pertengahan January nanti.?  Tungguuuuuuu

4 comments:

  1. Allahu.....bertabah lah ayu. Mmg penting cross check sesama ibubapa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul... memang kena check betul2 supaya segala dokumen kita lengkap dan pendaftaran pun lengkap. bila jadi macam kami ni nak marah2 tak guna dah. salam je laa dengan ppd tu..huhu

      Delete
  2. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/buat-sendiri-sirop-obat-batuk-ini-di.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/wedding-cake-tradisi-dalam-pernikahan.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/di-jepang-vending-machine-tawarkan.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih akak, anak saya nak masuk tahun 1 karang. info ini amat membantu!

    ReplyDelete