Monday, 10 January 2011

Apa nak jadi nih...


Semua orang sibuk cerita pasal AJL 25 yang baru berlangsung malam td. rata2 tak puas hati ttg keputusan juri... hmmm nak buat mcm mana dah keputusan adalah ditangan juri. so kena la terima. kan diorang lebih arif dalam pembuatan lagu, melodi dan apa2 aje yang berkaitan dengan lagu... Jangan marah ye... tapi hari ni saya nak cakap pasal gejala kena simbah asid ni... nape laaa asid ni dah jadi trend utk membalas dendam. Senang betul nak dapat asid ni ye.. ada jual merata2 ke?? kesian pada orang yang kena.. terutama kanak2.. dah la tak bersalah n jadi mangsa pulak... ish ish. sebelum buat tu fikir la dulu.. hmm tapi nak fikir macam mana. bila dah kemarahan menguasai diri, apa pun tak boleh fikir dah. so mcm mana nak fikir.. betul jgk kan. Kat sini saya nak berkongsi cerita ttg "kemarahan"
"Ada seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar dan ketika itu Rasulullah duduk disebelahnya. Nabi diam saja begitu juga Abu Bakar. Selepas itu, Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad lantas berkata "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam dan ketika saya membalas makian itu, tiba2 engkau berlalu pergi."
Rasulullah lantas menjawab : Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.." (sumber http://pakarhowto.com)

Kesimpulannya ketika kita marah ibarat kita dikuasai syaitan... jadi jangan biar ia terjadi kerana buruk padahnya...

No comments:

Post a Comment