Wednesday 29 August 2012

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali saya samaada secara peribadi ataupun hanya di alam maya... Walaupun syawal sudah pun 11 hari, masih terasa-rasa mood hari raya... cewahhh ni sume alasan kat boss untuk bermalasan kat office.. oh tidakkk... kalau dulu masa kecik2 bagi saya hari raya hanya diraikan pada cuti hari raya itu sendiri... seminggu je pulun raya... tapi sejak dah besar ni n sejak dah berhijrah ke kuala lumpur ni, definisi raya tu dah berubah... betul laa orang kata, orang KL ni kalau beraya sampai sebulan... tak pecaya?? tunggula setiap hujung minggu, tengok saje jalan raya yang tersangat jem sebab semuanya nak memenuhi undangan open house sana sini... sana open sini house... hehe..

Kalau tak cukup bulan syawal, sampai ke zulkaedah diorang buat open house... ye laa dah tak cukup ari minggu nak buat.. semua adik beradik pun buat, so kena la tunggu turn.  kang takde orang datang pulak kan..Memang seronok laa kalau dapat sesekali berkumpul rumah kawan2 or sedara mara yang buat makan2 ni.. tapi jangan la datang hanya kerana makan2 tu.. kalau yang tak buat open house tak nak pulak diorang nak menziarah... tak baik tau... nnt hilang keberkatan syawal tu sendiri...

Ok laa sebelum terlanjur kata atau perbuatan, selamat beraya la kita ye.. hati2 dijalan raya... sila print map siap2 ye kat google map sebelum pegi open house.. hehe kang tersesat je kejenya.. alaa orang sekarang dah canggih. boleh kata semua ada gps... kita je takde.. semua ikut gerak ati.. haha... 

Pinjam kat www.wanwma.com

SELAMAT HARI RAYA...

No comments:

Post a Comment