Salam...
Bulan 10 ni genap umur Danial 4 tahun. Umur yang sangat mentah bagi saya tapi bagi dia semua benda nak nak buat sendiri. (Macam reti sangatttt). Kalau nak pakai baju pun semua ikut taste dia. Lepas mandi dia akan pilih baju dia sendiri. Kadang2 tu baju kat ampaian (yang sudah kering) pun dia sanggup.
Tu baru tentang baju.
Danial suka sangat minum air oren. Kalau boleh dia nak bancuh sendiri air oren sunquick tu. Dah la botol tu berat. Tapi dalam senyap, dia ambil sendiri dan bancuh dalam bekas minuman dia. Kalau saya yang bancuh, dia nak goyang (goncang) sendiri. Kalau saya dah goyang dulu, maka bermula la amukan tanpa henti.
Basuh pinggan pun nak buat sendiri. Kadang2 tu pinggan dia tak kotor pun tapi kemain lagi letak sabun dan basuh dengan air yang banyak. Saya tengok je. Kalau dilarang nanti macam menghalang dia dari belajar sesuatu. Tapi memang kena pantau la.. Kalau tidak, habis lantai basah dengan air yang melimpah2.
Pakai losyen, pakai bedak semua nak buat sendiri. Walaupun saya biar dia pakai sendiri, saya mesti ada hadapan dia. Kalau tak, mesti lantai dilanda banjir bedak. Ada je idea nak buat saya bertambah kerja.
Kalau saya sedang memasak, dia akan ambil kerusi dan berdiri sebelah saya. Kadang2 geram jugak sebab takut kena percikan minyak panas ke, terjatuh ke, tapi dia nak heran apa. Kalau nak tumis bawang ke, mesti dia mintak sikit bawang tu sebab nak letak dalam kuali. Mujur la bawang dah hiris nipis. Sebab biasanya bawang tu dia baling je dalam kuali... haiiihh la Danial..
Memang kena sabar banyak bila berhadapan dengan kerenah dia. Kalau asyik cakap NO je macam discourage dia pulak untuk mencuba. Tapi kalau dibiar, saya pula buat amukan tanpa henti.
Bagi saya, apa yang dia nak buat or nak cuba tu adalah kerana dia meniru apa sahaja perbuatan kita. Selain tu dia nak belajar dan merasai sendiri apa yang orang sekeliling dia buat atau lakukan. Jadi, dari kita marah2 suruh duduk diam2, suruh jangan bising, baiklah kita ajar dia cara yang betul untuk buat sesuatu. Lagipun menyuruh kanak2 lelaki sebesar Danial tu duduk diam macam dah melanggar fitrah dia sebagai kanak2 lelaki yang sememangnya tak boleh duduk diam. huhu... berapa banyak diam daaaaa...
Paksa papa buat peace... |
Notakaki: Melatih diri untuk tidak menjerit atau marah secara melulu pada anak...
No comments:
Post a Comment