Salam...
Safiyya... anak manja papa yang susah untuk saya NO NO kan dia... kalau dia nak tu, mmg dia nak laa... Umur dia dah pun masuk 2 tahun dan sepatutnya tidak lagi menyusu badan. Tetapi.... tu laaa bukan mudah untuk saya menidakkan kehendak dia kerana dalam masa yang sama saya menyusukan Shawqi. Kalau adik dia boleh kenapa dia tidak.
Saya rasa setiap ibu yang menyusukan anak mesti akan hadapi cabaran masing2 bila dah sampai masa nak stop gejala mengempeng ni. Setiap anak tu kena guna cara berbeza dan sudah semestinya hati kena kental. Lagi pulak perasaan bersalah masih ada bersarang dalam hati. (Bersalah apa tu nnt saya cerita kat entry lain)
Setiap malam saya wajib tidurkan Shawqi dulu baru la dapat menyusukan Safiyya. Kalau tak, berebut la 2 beradik ni. Yang adik ni tak padan dgn kecik dah pandai rebut. Bila nampak kakak dia menyusu, cepat2 dia datang mengendeng dan tarik2 rambut kakak dia yang gulung2 tu. Kalau tak dapat jugak, start la drama... menangis macam kena cubit. Maka terpaksa la pujuk si kakak supaya kasi turn kat adik dia pulak.
Hmmm tak habis lagi...
ingat setle macam tu je?
Owhh tidak.... drama makin rancak bila dua2 menangis dan papa kena campur tangan untuk tenteram kan kakak.
Macam tu lah hari2 saya dalam menjalankan kewajipan memberi susu badan kepada anak2. Orang lain sudah semestinya akan tanya:
Tak penat ke??
Susu cukup tak??
Patut laa badan makin kering...
Huhu.... saya cuma boleh cakap, ye memang saya letih dan kadang2 stress sangat. Tapi tu laaa.. dua2 pun anak.
Tentang susu cukup ke tidak tu, memang tengah ada problem sekarang ni. Tambahan pulak hari tu breastpump saya rosak dan motor dia jadi slow. Saya pulak takde backup. Itu laa satu2nya breastpump yang saya ada sejak anak pertama. Dalam seminggu tu, setiap hari saya hanya dapat kumpul 4oz sahaja.... memang tak cukup. Kalau tidak sebelum ni 4oz tu satu sesi. Ni 4oz satu hari.
Terpaksa laa cari kawan2 yg nak letgo pump murah2... (takde budget nak beli baru). Alhamdulillah, dapat pun pump jenis yang sama dan dia pinjamkan pada saya. Huhu.. tq friend. You know who you are.
Akibat dari production yang slow dan saya tiba2 kena jangkitan virus ciritbirit dan muntah, susu terus merudum. Macam merajuk dah dia. Jadi sekarang ni kena kerja keras untuk topup balik stok susu yang makin susut.
Begitu laa serba ringkas breastfeeding journey anak2 saya. Ni belum cerita setiap bangun ntah berapa kali semata nak susukan anak. Jadi, bila yang nak putus susunya?? any idea??
Ya Allah, permudahkan lah. Amin
Notakaki: Ya Latif Ya Latif Ya Latif
No comments:
Post a Comment