Salam
Hari ni dah 12 Ramadan pun dan hari ni baru nak cakap Salam Ramadan? hmmm
Tapi rasanya tak terlambat untuk ucapkan sebab kita kan puasa sebulan. So macam mana ibadah puasa pembaca blog ayumieka sekalian? Harap kita semua masih bersemangat untuk menambah baik kualiti puasa tahun ni....
Seperti biasa saya tidak memasak untuk berbuka puasa. Hari2 pegi beli. Tak kisah la kan beli ke masak ke, yang penting puasa tu kan kan.
Jadi untuk hari ni ni saya dah buntu nak makan apa dah. Hari2 makan nasi dan tekak rasa macam mengidam benda lain. hehe... Haa cakap pasal mengidam, hari tu saya mimpi saya mengandung lagi... ye betul.. mengandung anak ke-4. Punya la cemas perasaan ni dan bila terbangun dari tidur, terus istighfar. Saya bukanlaa menolak rezeki, tapi rasa macam tak bersedia lagi pun Shawqi masih baby. Kalau saya mengandung lagi, nasib dia jadi macam piya. Perasaan bersalah tu, ibu2 yang mengandung rapat je akan rasa. Rasa kesian seolah dia akan diabaikan. Tapi tak la saya abaikan langsung piya tu. Cuma dari umur yang terlalu kecil, dah kena belajar beralah. tu yang kesian tu. hmmm
Ok laa. Bulan puasa pun dah nak separuh habis pun dan baru terasa yang baju raya tak beli lagi... alaaa stress la nak cari baju nih. Baju anak2 lagi. hmmm moga rezeki saya dan anda yang membaca post saya ni akan dibuka seluas-luasnya dan berkati setiap pendapatan yang kami raih. Amin.
Notakaki: Tema raya pun tak decide lagi... haihh
No comments:
Post a Comment