Monday 9 October 2017

Fun Run paling penat dalam sejarah

Salam,

Selesai jugak event Columbia Asia UV Night Run 2017...

pheww 😰 πŸ’ͺ

Acara yang happening dengan crowd yang best malam tu rasa macam nak lagi nak lagi. hehe.  Dengan lebih 2000 orang peserta yang menyertai kempen kesedaran tentang breast cancer menjadi malam tersebut hangat walaupun siang tu hujan renyai2.

Saya taknak olah banyak2 tentang fakta malam tu tapi nak cerita pasal berlari sambil dukung cik piya... boleh bayang ke kome semua.  3KM rasa macam 10km je.  haha.  Sebelum bertolak ke cyberjaya malam tu, saya dah tanya husband takmo bawak stroller ke?  Dia cakap tak payah.  haihh macam tak kenal anak dia si piya tu.  Kalau dah dukung adik, mesti dia pun nak dukung sambil buat lembik badan konon tak larat jalan.  Sudahnya 3km saya dukung dia.  Cuma Danial je yang ikut jalan kaki sama.  Tapi tu laa... esoknya tu dia demam.  huhu.  Masa petang tu dia dah mengadu tak sedap badan, tapi saya ingat karang ok la tu sebab dah bawak berjalan.  Tapi budak adalah budak.  Mana la dia larat nak berlari atau lebih tepat lagi berjalan sejauh 3km tu... Cian anak mama . huhu.

Sudahnya, saya ni satu badan dari atas sampai bawah sakit2 sampai  ke hari ni...

Meh saya nak share sikit kemeriahan malam tu.  

Baru sampai... muka boleh senyum lagi

Konon nak effect kurus...

Neon

Orang tengah warm up, kami sibuk selfie
 
Cik Piya

Selfie kembang kempis hidung. 
Sampai pun ke garisan penamat

Muka seronok dapat air milo.. huhu
Notakaki:  Next time sila bawak stroller ye. heheπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’ž



2 comments:

  1. Wahhh....hebat ayu dengan anak2 πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

    ReplyDelete
    Replies
    1. hebat la sangat... balik rumah je pengsan semua. huhu

      Delete