Friday, 16 October 2015

Berpantang Sendiri

Salam


Sekarang ni kandungan baru nak masuk 21weeks.  Tapi dalam kepala dah ligat memikirkan kekdah nak berpantang bulan February 2016 nanti. Selain buat persediaan untuk menyambut kelahiran anak, persiapan untuk berpantang pun sama pentingnya juga.  Sebabnya bila badan kita sihat, baru la anak terjaga elok.  Ni asik sakit je macam mana nak jaga keluarga... Bab mencari Penjaga Pantang saya dah cerita pada entry sebelum ni... Bila tengok balik  memang betul pun ia bukan la murah.  Tapi sebetulnya itu adalah hanya pelaburan kecil untuk kesihatan kita yang berpanjangan.  

Entry kali ni saya nak cerita tentang persediaan lain atau lebih tepat selepas pakej dengan CL dah habis dan meneruskan rejim untuk berpantang sendiri ni.  Bukan mudah sebenarnya. Dengan nak menguruskan anak yang sedia ada.  Menguruskan hal rumahtangga lagi.  Jadi bantuan suami tu penting.  Harap dapat kerjasama la dari dia.  Takkan nak mengharap mak dia lagi.. udah udah la tu kan.. bila nak dewasanya.. huhu. 

Kat sini saya sediakan draf jadual berpantang saya nanti.  Ini baru draft je dan banyak benda nak kena refer dan sesuaikan dengan keadaan.  Dengan Safiyya yang masih kecil (18bulan-umur dia bila dapat adik nanti), nak menguruskan hal2 rumah yang lain.  Apapun jadual ni sebagai guideline agar sentiasa bersemangat nak berpantang sepantang pantangnya... tudiaaaa


Hari pertama hingga hari kelima  
-  Berpantang di hospital (apasal lama sangat?? sebab saya dijadualkan untuk bersalin ceaser) 

Hari ke6 hinga hari ke19 
- Diuruskan oleh Confinement Lady (saya amik pakej 14 hari)

Hari ke20 hingga hari ke44 
- Berpantang Sendiri hanya sendiri dan tiada pembantu (25 days to go...)

saya anggap waktu tu saya dah cukup biasa dengan keadaan (uruskan baby dan Safiyya dalam 1masa)

7am 

- Bangun dan susukan baby. 
- Buat susu Safiyya siap2
- Husband hantar Danial pegi sekolah

8am 

- Mandi dan mandikan Safiyya
- Breakfast  
- Makan ubat hospital @ Air herba/jamu yang sesuai (ubat hospital dengan herba atau jamu kena jarakan masa pengambilan.)   
- Susukan baby dan terus mandikan dia

9am 

- Susukan dan Tidurkan baby
- Pakai segala param, pilis, krim barut, bengkung, ikat rambut

10am  

- Siapkan barang untuk masak tengah hari.  Kalau boleh masak yang simple2 dan makesure dah kumpul resepi2 berpantang
Ini antara buku yang ada kat pasaran dan berbaloi untuk beli
 - Susukan baby
- Minum pagi (alas perut sebelum lunch)
- Rehat sambil buat kerja2 rumah yang ringan

12pm 

- Lunch 
- Susukan baby dan buat susu Safiyya (tidurkan skali)
- Rehat sambil betulkan bengkung ke, sapu minyak panas lagi...
- Tidur sekejap

4pm    

- Minum petang 
- Siapkan untuk makan malam (lagi simple dari lunch tadi)

5pm    

- Mandi kan baby
- Susukan dan tidurkan baby
- Mandi dan ulang rutin param, pilis, krim baru, bengkung, ikat rambut

6.30 pm - 7pm 

- Dinner 
- Rehat
- Danial and Husband dah ada kat rumah...  :)

10pm 

- Supper 
- Tidur
      
Berpantang kali ni saya rancang nak ambil Rawatan Penutup Pantang.  Selalunya ia dilakukan 3hari terakhir dalam tempoh berpantang. hari ke 42- hari ke 44).  Penjelasan lebih lanjut mengenai penutup pantang ni saya buat kat entry lain ye...

Jadual berpantang ni masih diperingkat rancangan awal.  Masih banyak perlu dikaji dan diambil kira.  Walaupun saya mungkin tidak dapat mengikut 100% jadual ni, tapi atleast ia boleh bagi guideline utk saya atau sesiapa saja yang sama situasinya dengan saya. 

Owhh yaa.. dalam jadual ni juga saya tak nyatakan produk apa yang saya bakal amik kerana seperti yang saya cakap ini baru perancangan.  Tapi rasanya saya memang nak sambung ambil produk NR jugak kerana ia dah pun lengkap dan tak perlu tambahan dengan produk2 yang lain.  Detail mengenai produk tu saya akan ceritakan nanti ye.. wehhh banyaknya hutang entry.. huhu.

Notakaki: kenapa saya highlight kan makan tu?? sebab saya sangat kalah dengan perut kosong... Jadi makan jangan tak makan. 

3 comments: