Tuesday, 13 October 2015

Menabung untuk Pantang

Salam....

Pantang apa pulak ni... huhu... 

Ini cerita berpantang lepas bersalin. 

Kalau ikutkan EDD (estimate due date) saya ialah pada 19 February 2016... Lambat lagi tu... ye, memang lambat lagi.  Tapi setelah berpengalaman 2 kali berpantang, saya rasa persediaan awal sangat lah penting bagi menjamin kualiti masa berpantang tersebut...  Rugi woooo tak pantang betul2.  Saya bukan mak bidan atau tukang urut orang bersalin. Jadi nak cerita terlalu mendalam kepentingan berpantang untuk setiap wanita yang melahirkan ni dan kesan2 kalau langgar pantang tu saya tak pandai sangat..  Cuma boleh share sikit2 dari apa yang saya baca dan alami sendiri. Bab kepentingan dan akibat langgar pantang tu kat entry lain ye...

Untuk berpantang anak ketiga ni, saya dah decide untuk berpantang sendiri... (2 anak sebelum ni berpantang di rumah mertua).  Keputusan ni saya amik bukan kerana tak suka berpantang kat sana (rumah mertua) owh bukan bukan bukan ye...  Ini kerana anak saya yang sulung dah masuk 5 tahun dan start sekolah dah pun.  Kesian pulak tinggalkan dia kat sini (Selangor) dengan papa dia je.  Lagi pulak ini kali yang ketiga, rasanya saya dah boleh berdikari dan sangat segan nak mengharap kat mak mertua je.  Susah senang biar la kami laki bini mengharunginyaa... cewahhhh.  

Tapi adakah bila saya kata nak berpantang sendiri tu saya akan

masak untuk diri sendiri??

urut diri sendiri??

tungku diri sendiri??

mandikan diri sendiri?? hehe mestilah kan.. maksud saya, petik daun2 untuk mandian herba, 

setakat pakai bengkung, sapu krim barut, sapu pilis, sapu minyak tu saya boleh la buat sendiri... 

Jadi apakah kekdahnya berpantang sendiri ni??

Kan sekarang ni banyak individu atau syarikat yang ada buat bisness wanita penjaga pantang atau yang sering kita dengar Confinement Lady.  Tugas CL ni bukan setakat datang urut2, tungku2 je malah lebih dari itu (tengok pakej yang kita ambil laa)  Tapi nak amik pakej2 yang di offer tu bukan la murah.  Kena la keluar duit untuk kesihatan yang berpanjangan.  Pada yang masih berkira2 dan fikir betapa membazirnya keluar duit yang banyak untuk berpantang, mungkin akan berubah fikiran bila badan dah start sakit2 padahal umur masih muda.

Antara yang Confinement Lady (CL) yang menjadi perhatian saya sekarang ni ialah 

Mom Retreat  Home
Ini antara pakej yang ditawarkan

Mula2 saya nak pilih yang Pakej Home Visit tu.  So CL akan datang rumah kita setiap hari mengikut jumlah hari yang kita ambil.  Tapi bila saya tanya balik pada mereka, dia cakap saya akan rugi kat caj perjalanan sebab jarak rumah saya dengan tempat dia tu jauh.  So sangat digalakkan ambil Pakej Home Care Stay In di mana CL akan bermalam di rumah kita dengan syarat di beri satu bilik yang sesuai untuk CL tinggal.  Bila tengok harga dia tu, masih ok lagi dan tak banyak beza dengan pakej ulang alik tu. Kira boleh dipertimbangkan lah.. Rawatan yang disediakan pun menarik malah baby akan diurus juga dan makanan berpantang juga dia masakan.  Ok la tu.. Tapi kita kena ingat, CL ni bukan lah orang gaji yang korang boleh suka2 ati arahkan.. ingat dia bibik ke. Dah tu ada pulak soh CL tu yang berjaga malam jaga baby dia yang dok meraung mintak perhatian mak kandung... huhu. 


Confinement Lady kedua yang dalam pertimbangan ialah 

Blessed Beauty Confinement (BBC)

Ini memang saya nanti2 kan tapi masalahnya sekarang ni hanya untuk kawasan Shah Alam dan Subang.  Untuk berpantang kali ni saya akan berpindah ke Bandar Saujana Putra... BSP tu kat mana?? alaaa yang sebelah highway nak ke Putra Height tu... Memang agak pening la nak explain kat orang mana letaknya BSP sebab tu kawasan baru.  Saya pun tak fasih lagi area tu.  Harap2 BBC boleh consider la ek sebab sangat dekat dengan Shah Alam.  Saya dah pun tanya pakej yang ditawarkan.  Memang mahal sedikit dari CL2 yang saya dok survey tapi kena la dengan pakej dia tu... siap ada free penutup pantang lagi... itu sudah menarik.  Lagipulak caj perjalanan sumenya dah termasuk.  so ok la tu dan saya tak perlu sediakan bilik untuk CL bermalam. 


Confinement Lady yang ketiga pulak ialah




Untuk CL ni ada dua pakej yang menjadi perhatian saya... yang pink tu ekonomi dan yang biru tu kira full laa.. Keduanya masih boleh dipertimbangkan dan sangat menarik.... Dah pun contact Puan Suzie (owner Natalis Beauty)... tapi saya masih belum buat keputusan lagi... huhu  Owh yaa, Natalis Beauty ni pun stay in jugak. 

Diingatkan pada semua yang tercari2 CL ni perlu la menempah sekurang2nya 3bulan sebelum EDD bagi mengelakkan slot yang anda nak tu dah penuh.  So melepas.. dan saya juga akan membuat keputusan secepat mungkin. Sebab tu yang survery awal2 ni.  Ni pun cemas takut dah penuh bulan feb nanti

So, mana satu CL yang saya akan pilih??? yeahhhh nanti saya akan kaborkan kemudian ye.  Sebab masih dalam peringkat buat budget... huhu

Apa yang perlu skang ni ialah mula la menabung. Nak menabung macam mana? ok, ini cara saya... 

Tabung Si Hijau


 
Notakaki:  Segala yang hijau dalam beg duit akan diasingkan.  Jangan usik... haippp

6 comments:

  1. Saya pun akan bersalin 20feb di bsp...saya sedang cari pengasuh area tu..puan ada kenal sesiapa tak..huhu..

    aishah.zarzali@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus terang saya tak kenal mana2 pengasuh. Anak2 saya pun saya hantar ke taska. Mula2 mmg nak cari pengasuh sebab dah terbiasa masa duduk kat cheras. tapi bila pindah sini rasa susah pulak nak cari sebab tempat baru. jadi saya hantar kat Taska Ana Junior SP10 (cawangan). HQ dia kat SP9. Puan Aishah tinggal SP mana?

      Delete
    2. Saya tinggal sp8..betullah..susah sungguh cari pengasuh kawasan ni.akhirnya saya daftar anak kat taska al fath sp10 jugak.taska ni boleh terima last minit macam saya.sbb 1nov ni nak mula kerja dengkil dah

      Delete
    3. Saya tinggal sp8..betullah..susah sungguh cari pengasuh kawasan ni.akhirnya saya daftar anak kat taska al fath sp10 jugak.taska ni boleh terima last minit macam saya.sbb 1nov ni nak mula kerja dengkil dah

      Delete
    4. baguslaa kalau dah register. sebab sekarang kena booking cepat2 sebab tempat terhad. taska al fath dekat je dengan rumah saya... taska tu ok... owner dia pun bagus. masa mula2 pindah dulu, taska ni tak bukak lagi.

      Delete
  2. Saya pun akan bersalin 20feb di bsp...saya sedang cari pengasuh area tu..puan ada kenal sesiapa tak..huhu..

    aishah.zarzali@gmail.com

    ReplyDelete