Salam...
Semalam, 28 December secara rasminya Safiyya menjadi penghuni AWRA Child Care setelah setahun 4 bulan dok ngan mak tok (pengasuh) dia...
Dak tecik ni dah la manja, kalau ada yang tak bekenan kat hati tu, memang akan nangis sekuat hati laa... Tapi alhamdulillah, masa pertama kali hantar tu terus dia nak kat orang tu.
wahhh lega betul... takde la drama sangat kat pintu taska tu. rasanya dia macam paham je apa yang berlaku.
Paham keadaan mama dia yang sarat ni.
Paham yang dia perlu pegi taska.Paham yang dia tak boleh tinggal rumah mak tok lagi.Paham yang dia akan ada adik tak lama lagi..
Haiii sedih la pulak... dah besar dah fiyya... Mak dia pulak emo lelebih..
Untuk yang tengah survey2 taska area BSP ni... saya serta kan pecahan yuran yang dikenakan oleh AWRA Child Care
Registration Fee : RM 100 (one time)
Yearly Fee : RM 30 (2nd year onwards)
Quarterly Fee (Toiletries) : RM 20Pay in January, April, July & October per child
Daily Log Book : RM 30
Overtime : RM 15 per hour (after 7pm maximum 8 pm)
Monthly Fee: 2 months - 1 year RM 450
1 year RM 400
2 years RM 350
3 years & 4 years RM 300
Jangan risau, taska ni berdaftar dengan JKM dan jumlah baby dan kanak2 yang di bawah jagaan mereka pun mengikut syarat yang dikenakan. Sebab tu yuran dia memang mahal sikit dan anak kita pun insya Allah terjaga rapi. Kang orang kata, baru 2 hari hantar mana tahu ok ke tidak. Ye betul... sebab tu saya tak leh nak cerita hasil nya lagi... cuma boleh sentuh bab2 fakta je...
SP 9 |
Kenapa saya memilih AWRA??
Satu sebabnya ialah dia berdekatan dengan rumah,
Tempoh masa pun lebih lama dari kebanyakan taska yang saya cari iaitu 7am - 7pm (nak elak OT)
Konsep yang teratur siap dengan pembelajaran ikut peringkat umur
Dan paling lain dari kebiasaan AWRA ada Daily Log Book.
Apa tu Daily Log Book? Nanti saya update ye...
Ni Safiyya... 1st day at school... (cikgu dia hantar)
Notakaki: Hari kedua pun smooth je... lega hati mak nak...
No comments:
Post a Comment