Tuesday, 29 December 2015

Cerita hari pertama Danial ke sekolah...

Salam...

Sama jugak dengan si adik, 28 December 2015 bermula la episod Danial ke sekolah.  Seperti yang saya maklumkan dalam entry sebelum ni, kami pilih Tadika ABS Bandar Saujana Putra - Excel Kids Aula. 

 Nak gerak bangun pagi memang liat sikit... mesti menangis sebab mengantuk... hmm nak kena ajar tido awal ni.  Baru la cergas sikit pagi2

Saya ingat Danial ok bila 1st day tu... Rupanya tidak.. Meraung jugak la kat pintu tu sebab nak ikut kami balik.  Masa kat rumah dia ok lagi dan nampak bersemangat nak pegi sekolah.  Tapi agaknya masa sampai tu dia rasa segan kot sebab semua budak kat dalam tu dah berkawan dan dia macam asing je.  Tu yang meraung tu.  Sempat la saya pujuk sekejap dan terus serah pada cikgu.  Lagi lama saya kat situ, lagi susah cikgu2.  Jadi kena percaya pada kepakaran diorang untuk handle situasi macam tu.  Bukannya baru hari pertama bukak tadika.  

Seperti yang diharapkan, Danial menangis kejap je.  Lepas tu dia dah boleh join aktiviti yang ada.  Walaupun malu2 tapi boleh la dengar arahan.  Ni pun cikgu dia bagitahu masa saya whatsapp untuk tanya tentang Danial.  haa lega... 

Muka malu malu...

Kenapa saya pilih Tadika ABS ni untuk Danial.  

Dalam banyak2 preschool yang ada kat BSP ni, saya boleh pulak pilih sekolah ni. Selain orang kata jodoh, saya suka dengan konsep ABS ni.  

Kalau nak cerita panjang lebar tentang konsep, memang akan berjela la entry ni. So saya akan update kemudian ye. 

Bagi yang nak tahu tentang detail yuran tadika ABS ni nanti saya habaq kemudian naa... Sabtu 2 January ni ada open day.  so tunggu.... 


Notakaki:  Mencari sekolah tadika ni pun kena buat betul2..,. jangan asal boleh je. tetapi biar lah berpadan dengan budget masing2... 

No comments:

Post a Comment