Thursday, 12 May 2016

Safiyya tidak berAWRA lagi...

Salam...


Hari ni, hari pertama saya masuk office.  kejap je rasa 90 hari cuti berpantang tu.  

Dalam tempoh 90hari ni jugak ada beberapa hal yang berlaku.  Agak sedih, tetapi nak buat macam mana.  Kasih putus di tengah jalan.

-_____-

Taska yang saya hantar anak saya tu akan menamatkan operasi nya atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.  Dapat je surat dari AWRA kata nak tutup, terus susah hati.  Sebab Safiyya dah serasi dan happy belajar kat situ.  Bukan mudah untuk tukar2 mood dia dan belajar kenal orang baru.

Maka bermula laa siri mencari taska baru untuk Safiyya kat Bandar Saujana Putra ni.  

Kalau merujuk pada entry yang lama,  ada 3 taska yang jadi pilihan pada awalnya... 

Jadi untuk memudahkan pencarian, saya memilih Taska Ana Junior yang terletak di SP 9/4. 


 Agak jauh ke dalam.  Oleh kerana taska tersebut masih ada tempat kosong untuk baby bawah 1 tahun maka saya pun kira on saja laa... Maka bersekolah lah 2 beradik itu di sekolah  yang sama... Safiyya and Shawqi.

ehhh tak introduce Shawqi lagi kan... 

Nanti kita kenal2 ek.  tak sempat lagi nak menyusun ayat.. huhu


Notakaki:  Walaupun baru 4bulan anak saya di AWRA, rasa macam dah bertahun kat situ.  Cepat betul dia serasi.  tu yang agak terkesan tu... :(

No comments:

Post a Comment