Salam...
Masuk je bulan May 2016, anak saya Safiyya dah pun mula ke sekolah baru iaitu Taska Ana Junior. Sebelum ni saya hantar dia di AWRA child day care.
Kenapa tukar sekolah, sila rujuk entri sebelum ni >>>>>>>>AWRA
Taska Ana Junior ni pun terletak di SP 9 Bandar Saujana Putra dan apa yang sikit melegakan saya ialah, kuota untuk kemasukan baby masih ada dan ini membolehkan saya menghantar Safiyya dan Shawqi di taska yang sama.
Hari pertama ke sekolah, dah kedengaran raungan yang tak diingini... haihhh safiyya safiyya... Mungkin dia rasa lain kot, tiba2 sekolah lain. Puas dah saya fahamkan dia yang start bulan May dia tak lagi bersekolah ngan bonda Emma dia tu. Tapi apa la yang budak setahun 9 bulan nak faham. Dia sengih je bila saya cerita. Dah macam cakap sorang2.
Ada hari yang dia ok, ada hari yang dia menangis. Adik Shawqi jugak yang cool... Sampai sekolah je terus senyum2... Langsung tak meragam. Alhamdulillah.. lega mama. Tapi kakak Fiyya ni laa yang masih sedih.
Harap cepat la dia sesuaikan diri...
*Gambar2 ni di ambil dari koleksi Taska Ana Junior semasa sambutan Hari Guru.
dan ini pulak abang kawasan balik sekolah... huhu
Shawqi |
Notakaki: Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar saya....
Tadika Kemas Assam Kumbang, Taiping
SK (P) Treacher Methodist, Taiping
SM (P) Treacher Methodist, Taiping
SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh
No comments:
Post a Comment