Salam...
Dah hari ke-4 pun untuk tahun 2017. Permulaan yang positif untuk tahun baru walaupun disambut dengan bunyi batuk berjemaah... hehe... Takpe2 apa pun bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan di muka bumi bersama orang2 tersayang serta dapat memperbaiki segala kelemahan diri demi kelangsungan hidup. ewaaahh
Bila tahun baru je semua orang akan ada azam baru. Rata2 saya lihat penuh kat timeline facebook tu diorang share azam masing2. Semua orang nak jadi lebih baik. takde yang nak pilih yang tak elok. Apapun usaha dan tawakal tu penting supaya kita sentiasa berada dilandasan yang betul. tak lah kita berangan sorang lepas tu tak buat apa2 untuk capai azam tersebut. lepas tu salahkan orang lain dan banyak lagi lepas tu lepas tu....
Bagi saya sendiri, saya tak pilih untuk share secare detail apa yang saya azam kan. Cukup la saya catatkan dalam diari 2017 sebagai motivasi diri. Ia sebagai penjanjian diri saya dengan diri saya sendiri. ishh complicated betul. hehe... macam tu la saya. miss complicated. Tetapi nak juga bagitahu secara umumnya saya mahu jadi lebih baik dari tahun 2016.. hah klise... :)
Owh yaa nak selit sikit cerita tahun lepas (bulan lepas actually)
Saya ada masuk satu pertandingan selfie. as far as i know, selfie bermaksud ambil gambar sendiri atau definisi selfie yang lebih tepat ialah
Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, like dan sebagainya.
Sumber: Apa Maksud Perkataan Selfie Dan Keburukan Tabiat | melvister.com
Sebenarnya saya ni bukan type of selfie punya orang. susah nak tengok saya post gambar selfie. tetapi sebab saje suka2 nak try nasib, saya pun masuk. Saya tengok ramai yang cuba nasib sebab bukan susah pun syarat dia. Hantar gambar berselfie dengan produk tersebut. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah. so ok la kan. selain tu ada juga kategori gambar selfie paling kreatif.
Bila dah umum pemenang, ok saya tak menang. hehe
Pertama sekali tahniah kepada pemenang kerana anda seorang yang bertuah serta tahniah juga pada yang menang kategori kreatif.
cuma... gambar tu bukan gambar selfie... sebab dia guna photog.
ok ok positif.. mungkin dia guna tripod and timer :)
Notakaki: Azam tahun baru saya ialah nak berselfie.
No comments:
Post a Comment