Friday, 20 January 2017

Cabaran ibu bekerja yang nak mula bisnes online.

Salam

Bisness online ni bukan la benda baru kat negara kita ni.  Ada orang jadi jutawan dah pun dan ada orang yang berangan nak jadi jutawan tapi tak start2 pun bisnessnya... haha.. tu la saya.

Bisness online ni bukanlah mudah seperti yang orang sangkakan.  Ibarat kita bukak kedai 24 jam tanpa henti.  Ada je yang message malam2 dan kita ni pun ada commitment lain yang perlu dibereskan.  Tapi bila kita dah pun berada dalam 'laluan' tu kita kena cepat2 biasakan diri kita.  Jangan sampai pelanggan marah kerana tertunggu2 respon dari kita dan jangan sampai anak2 dan suami pulak menjeruk rasa sebab kita asyik pegang phone.  PERSEFAHAMAN sangat penting. 

Bila saya kata benda ni bukan mudah, bukan la ia susah selamanya.  Banyak dah teknik yang boleh kita belajar dalam memasarkan produk atau servis kita secara online. Ada tahap beginner, ada juga yang tersangat advance.  Bila dah advance tu, yurannya mesti la mahal tetapi berbaloi dengan apa yang peniaga akan dapat kembali.  


Masa anak sorang dulu, saya penah buat bisness online menjual baju melayu budak.  Sambutan dia tu boleh laa dan sesuai jugak dengan effort dan modal saya waktu tu.  Takde basic pun nak meniaga masa tu dan main hentam je.  Saje nak cari pengalaman dan Alhamdulillah teruk2 pun bergerak jugak la stok2 baju yang ada.  Bila dah lama stop saya teringin balik nak buat.  Bagi saya, kalau dengan usaha yang sedikit tu pun ada orang beli, ini kan pulak saya bagi habis2an.  Cuma bila fikir balik, ada masa ke saya nanti.  Terus terang saya cakap rutin harian saya memang ketat.  Menguruskan 3 orang anak yang masih kecil menuntut kesabaran yang tinggi dan penattttt.  Dah tu macam mana pulak nak melayan sosial media yang merupakan sumber rezeki saya.  

Bila fikir2 balik, saya rasa ni semua alasan.  Saya perlu buat sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga.  Sebab tu la saya buat keputusan untuk mula berniaga kembali.  Walaupun masih sangsi dengan situasinya nanti, saya sangat berharap dapat memberi komitment yang sehabis baik.  takkan nak tunggu semua anak dah kahwin baru nak kata saya ada banyak masa.  Orang lain boleh buat, saya pun boleh buat.  kan...

Jadi apa bisnes yang digembar gembur kan tu?? 

Bersempena dengan azam tahun 2017 ni yang nak amalkan hidup sihat serta mencari pendapatan tambahan, saya memilih untuk berniaga  atau lebih mudah lagi jadi agent produk penjagaan kulit yang berasaskan bahan semulajadi.  Ini produknya

Mary Jardin


Nantikan update seterusnya tentang solusi masalah kulit wanita.  Yang pasti ia natural & organic. ;) 

Saya Ayu. Agent MJ cantik anda

Notakaki:  Allahumma yassir wala tu'asir.  Rabbi tammin bilkhoir. Birohmatikaya arhamar rohimin.
(Ya Allah permudahkanlah.  Jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan.  Amin. )


No comments:

Post a Comment