Friday 4 August 2017

Mama... jangan pergi

Salam...

Lama dah post ni terbiar sepi dalam draft folder.  Saya tak de kekuatan nak update apa2 tentang kesihatan mama yang makin menurun.

Ketika saya ambil keputusan untuk meneruskan post ni, condition mama dah semakin menurun.  Keluar masuk hospital dan kemuncaknya apabila mama dimasukkan dalam ICU, Hospital Taiping.  

Setelah keluar dari zon kritikal, mama dimasukkan ke ward biasa tetapi masih dalam pantauan yang ketat.  sehingga lah hari ini, doktor memanggil abah dan adik untuk berbincang mengenai keadaan mama...


[1:49 PM, 8/4/2017] Adek: Condisi mama skrg ni kategori critical..  Kandungan tiroid mama sangat rendah,  dan karbon dioksida tinggi dalam paru2..lebih 65%... Normal kena bawah 45%... Tahap kesedaran mama rendah mungkin di sebabkan kedua2 punca tersebut..  Doctor dah scan otak memang x ada tanda2 kerosakkan di mana2.. Dan tiada jangkitan kuman di dalam badan...  Sekarang ni mama sentiasa pakai mesin nadi...                        

[1:59 PM, 8/4/2017] Adek: Doctor panggil tadi....  Dia nak tahu,  sekiranya jantung mama berhenti, adakah kita mahu melakukan CPR? CPR lepas tu pasang respirator/ventilator/mesin penafasan...  Ada risk seperti tulang rusuk patah sbb mama dah tua tulang rapuh dan menyebabkan tercucuk kat paru2 dan menjadi masalah yg lain....  Mama jugak akan terpaksa bergantung pada mesin. Dan akhirnya terpaksa tebuk tekak masuk tiub sbb x boleh guna mesin sepanjang hayat..  Ini antara risiko yg ada.. So doc nak tahu.. Sama ada nk buar cpr atau biarkan sahaja..


Hari ni Anniversary Mama dan Abah saya... 
Apa perasaan saya?

Ya Allah sesungguhnya saya tak bersedia untuk kehilangan mama... Saya sangat takut dengan keadaan sekarang ni.  Setiap kali saya terbayang wajah mama, hati saya akan remuk sama sekali.  Tak sanggup nak ingat bila mama mengadu kesakitan.  

Ya Allah, hanya Kau yang tahu apa terbaik untuk mama.  Ampunilah segala dosanya... Ringankanlah segala kesakitannya.  Sembuhkan lah dia.  

Ya Allah sesungguhnya terlalu banyak kedukaan yang ditanggungnya.  Hilangkan segala kesedihan dan gantikanlah dengan kegembiraan.  

Ya Allah kasihanilah mama seperti mana dia mengasihaniku sejak lahir...

Ya Allah aku rindu mama...



Mama, ayu sayang mama...



2 comments:

  1. Ayu banyakkan berdoa pafa Allah swt.. Allah tahu apa yang terbaik utk ayu sekeluarga... semoga ayu dan keluarga tabah menghadapi apa jua situasinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Liez. saya nak maklumkan buat pengetahuan sis, mama saya telah pun meninggal dunia pada 10 August 2017 pukul 11.39 malam dan dikebumikan pada 11.30 pagi keesokan harinya.

      Delete