Wednesday, 13 May 2015

Minum susu untuk tambah susu

Salam...

Sejak akhir2 ni penghasilan susu semakin merudum.  

Bila dah keje, sume bergantung pada kekerapan kita mengempam susu. kalau malas, susu pun malas.
Selain tu, banyak sebab kenapa susu badan dah tak semeriah awal2 selepas bersalin dulu.  Selain tak kerap pump, faktor pemakanan jugak banyak memainkan peranan.  Mungkin kerana dah 9bulan bersalin, saya dah tak berapa nak jaga makan.  Suka2 hati je minum air sejuk. huhu. teringin sangat...

Saya pun bagitau la husband yang susu makin takde.  Tiba2 dia belikan saya ni

Enfamama A+ Maternal & Lactating Formula (untuk ibu mengandung dan menyusukan anak)
Jadi mula laa rutin saya minum satu gelas susu setiap hari... Husband saya cakap, baru la baby dapat nutrient DHA dan dot dot dot..... Semua yang salesgirl aeonbig tu cakap dia sampaikan kat saya balik.. haha...

ok ok... nak minum la ni...










Kalau la dia tahu yang balance susu masa mengandung ari tu ada separuh tin lagi... hmmmm


Dah rosak pun susunya... haihh... lama sangat dalam laci.
Tambahan:- nak review sikit susu EnfaMama A+ ni.  susu ni sedap.  minum dia tak muak pun.  kalau nak sedap sila bancuh guna shaker dengan menggunakan air masak suhu bilik.  sebab saya kalau minuman yang bersusu ni tak suka minum panas2 kecuali minum milo. 

tips bagi yang tak suka minum susu tu.  sila sematkan dalam fikiran yang susu ni untuk kebaikan anak jadi automatik hati kita akan terima. Lagi satu, jangan la bancuh gelas besar.  Buat dalam mug kecik je. 2 -3 kali teguk dah habis.  so tak la terseksa sangat.  owh yaa. jangan risau ye sebab susu ni tak menggemukkan sebab dia tak manis sangat.  selamat bersusu... huhu

Notakaki: Bila dah tak mengandung, susu ni sedap pulak.  Masa mengandung dulu nak bau pun tak lalu.

No comments:

Post a Comment