Salam...
Best
Itu je perkataan yang saya mampu zahirkan bila dah habis baca Diagnosis 2.
Bagi yang tak tahu.
Diagnosis2 merupakan sebuah buku yang diilhamkan oleh Dr. Anwar Fazal bersama #teamdiagnosis2 yang terdiri daripada para doktor yang terkenal.
Bermula dengan Diagnosis (Bestseller Book 2014 PBAKL, MPH, Kinokunya) Dr. Anwar Fazal meneruskan dengan sequel nya DIAgnosis 2.
Nak cerita detail pasal isi kandungan buku ni tak aci la kan. Sape nak tahu, kena beli dan baca sendiri. Bila dah baca sila ambil pengajaran untuk setiap bab yang ada. Semuanya berkisar tentang kehidupan kita. Keinsafan akan terbit kalau anda betul2 menghayatinya. Kerjaya yang memerlukan mereka pakai whitecoat ni bukan semata untuk kemegahan tetapi tak terkira pengorbanan yang harus dilakukan.
Saya bagi 5 bintang.... *****
"Kenapa manusia selalu tak jujur dengan cinta?""Biasa. Tiada bezanya dengan kita dan Pencipta""Tahu diri hamba tetapi masih terus galak melakukan dosa"
MENANTI SUPERMAN
Saya ada satu tanggapan ni. Jangan kecik ati ek... Bagi saya, doktor ni ada satu level ego yang tak boleh dibatasi oleh para pesakit. Hanya dalam tv je para doktor boleh dimarahi pesakit dan realitinya sila jangan argue dengan doktor ye. Tapi bila baca buku ni, saya sedar yang doktor ni pun manusia biasa jugak. Ada emosi. Ada hati. Ada jiwa. Tak semua doktor tu sombong dan mereka ada perasaan jugak. huhu.
Notakaki: Kalau tak kerana bersalin, paling last saya dimasukkan ke hospital ada pada tahun 1986. masa tu umur baru 6 tahun dan saya kena langgar ngan motor. huhu.
No comments:
Post a Comment