Wednesday 23 September 2015

Cara-cara nak pakai seluar favorite walaupun tengah mengandung

Salam....

Bila mengandung ni semuanya best.  Walaupun loya, pening, tak larat, sumenya tetap best bila kita mula memikirkan rahmat yang Allah bagi bila kita ikhlas harung semua kesakitan dan ketidakselesaan tu..

Cuma orang perempuan ni bila masuk bab baju or seluar je, dia tiba2 nak stress.  Lagi lagi kalau baju or seluar dah tak muat sebab perut makin membesar.  Banyak duit nak dibelanjakan untuk membeli maternity blouse and pants tu.  Lagi pulak, kebanyakan baju mengandung yang dijual tu boleh kata harganya agak mahal dan rata2 sesuai bila perut dah besar betul..

Jadi macammana pulak bagi yang baru nak nampak baby bump tu?? 

Macam mana pulak bagi yang sume seluar dia jenis ngam2 badan dia dan dah tak muat nak cangkuk or butangkan??

sudahnya selamat tinggal seluar kesayangan...

Betul la kan... orang perempuan jugak yang paham masalah orang perempuan.  Kenapa saya cakap macam tu? Kerana pereka benda tu adalah orang perempuan.  Maka dengan itu banyak la benda tu terjual kat pasaran khusus untuk orang mengandung.

Benda?? benda apa tu?
Love your Bump Belly Belt by Fertile Mind

Motif utama saya beli belly belt by Fertile Mind ini ialah, maternity pants saya terhad dan saya tak mau bazirkan duit beli banyak2 maternity pants.  Dengan belly belt ni saya boleh pakai mana2 seluar yang saya ada.  Tak kisah la seluar tu guna cangkuk ke butang ke, semua boleh sebab kedua2 jenis penyambung ni disediakan.  Ini kerana konsep dia  "One size fits all".  

Ada 2 set.  Butang dan Cangkuk, Pendek dan Panjang.. (lagi satu saya tertinggal kat seluar yang saya cuba semalam... haihhhh)
  So saya tolong google untuk dapatkan complete set dia...

Haa camni la set dia
Cara2nya ialah sambungkan belly belt tu di antara cangkuk or butang seluar korang tu...

tadaaa
#inibukanperutsaya (sumber google images)

Bila perut dah makin besar, kita boleh beralih pada belly belt yang panjang tu dan kain pelapik jugak disediakan.  Hanya sisipkan pada pelapik tu dan cangkuk atau butangkan pada seluar atau skirt atau kain yang kita pakai.  Kain pelapik tu ada 3 color, hitam, putih dan biru.

Ni lah kain pelapik dia tu... (hitam putih dan biru)

Sisipkan belly belt pada kain pelapik tu bagi menutup bahagian yang terdedah
Mudahkan....

Bak kata innovator dia

" keep wearing the clothes you love throughout your pregnancy"... Christine K

Owhhh yaaa nak beli kat mana... Saya beli secara online kat Fabulous Mom.  Kat online shop lain pun ada juga... tapi rasa nya Fabulous Mom tu yang paling murah RM 63.92...as far as i know lah.. kedai lain sume RM 70 keatas....

Kalau nak tengok cara2 nak pakai boleh refer kat video bawah ni...







sumber youtube

No comments:

Post a Comment