Haiii dah kenapa cerita pasal jam ni. Bukan apa, teringat kat husband yang asyik merengek nak jam G-Shock nak jam G-Shock. Dulu sebelum kahwin memang dia pakai jam tangan jenama ni tapi tu dah bertahun2 lamanya dan rekabentuk dan fungsinya pun tak secanggih yang ada kat pasaran sekarang. Maklumlah, G-Shock ni dah lama kat pasaran so banyak la perubahan yang Wowwwww telah dibuat. Bagi yang memang peminat setia jenama ni mesti tau punya.
Kalau bagitahu masa nak kahwin dulu, boleh la jadi hantaran.... kannnn
Kenapa mesti G-Shock ye sayang?? tanya isteri -saya la tu
Sebab dia best... hahaha padan muka saya...
Ok biar saya yang cerita...
G-Shock ni selain fungsi dia sebagai jam, -____- of course la kan....
Ia mampu mencerminkan personaliti dan latar belakang seseorang itu. Kalau anda seorang yang aktif dan lasak, jam tangan G-Shock memang sangat ngam dan tak hairan la kalau ia merupakan jenama jam tangan yang paling digemari oleh remaja aktif.
Ia mampu mencerminkan personaliti dan latar belakang seseorang itu. Kalau anda seorang yang aktif dan lasak, jam tangan G-Shock memang sangat ngam dan tak hairan la kalau ia merupakan jenama jam tangan yang paling digemari oleh remaja aktif.
Siapa yang tak pernah kenal jenama ni?? Saya intro sikit, G-Shock yang ditubuhkan di Jepun sejak berkurun lamanya sehingga kini masih utuh di dalam pasaran dan menjadi pilihan ramai. Cakap je G-Shock pasti rambang mata nak pilih. Dah la kualiti sangat diyakini ada pulak pelbagai warna yang cun dan menarik. So G-Shock bukan la hitam semata2...
Bagi yang prefer jam tangan fully digital, G-Shock ada rangkaiannya. Tak payah fikir lama pukul berapa ek.. Tengok je jam dah tahu... huhu... siap saat lagi
Bagi yang suka koleksi jam tangan kronograf tidak digital, pun pilih la G-Shock. Jam tangan jenis ni takde nombor digital tu atau bahasa rasminya paparan skrin berdigit tetapi hanya jarum yang menunjuk masa.
Dan bagi yang suka ada kedua2nya iaitu ada digital dan ada jarum pun sila la pilih jenama G-Shock. Sangat la style. Tepuk dada tanya selera.
Selain untuk tengok masa, ketiga-tiga jenis jam tangan ni ada kesemua fungsi-fungsi khas yang sama seperti alarm, stopwatch, water resistant dan lain-lain lagi.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Lihat la ni... kacak kan???
Notakaki: Dah merata jam tu dia bawak... tapi serius, memang tahan lasak.
No comments:
Post a Comment