Makin dekat harinya makin berdebar rasa....
Mana tak nya, kalau tarikh sudah diberi siap dan tunggu masa je nak serah perut... huhu
Pada mulanya tarikh yang telah ditetapkan ialah 12hb February dan yang terkini ialah 10hb February... Baru sat ni doktor call cakap nak tukar tarikh sebab tarikh asal tu ada 6 kes...
So pasrah aje laa.. lambat ke cepat ke, tetap sakit... huhu
Pstt psst... barang tak abis kemas lagi nih... adehhh
Setelah mengalami 2 siri beranak czer ni, saya nak buat kesimpulan iaitu:
Antara perkara yang tak sesuai diucap atau dicakap kepada wanita baru lepas bersalin.. especially masa time melawat tu... sila la tahan diri anda ye...
"Untung la czer sebab tak rasa sakit meneran..."
What??? tak sakit?? meh aku toreh perut kau sekarang.. tengok ko sakit ke tidak...
Tolong laaa jangan nak banding2 macam tu... azab dia sama je.. lepas ke sebelum ke, sakit tetap sakit. Dah tu pula ada yang bicara tentang keberkatan....ibu yang bersalin normal lebih pahala dari yang czer... huhu.. malas nak komen panjang2 bab ni. dah tahun 2016 pun tapi kita masih berbalah tentang isu sape lebih pahala...
No. 2
"Susu ko takde kot... baby asik menangis je ni"
Ni lagi satu hal... tolong la bagi support especially kalau orang tu bersalin anak pertama... FYI, perut baby ni kecik je dan susu yang dihisap tu memang dah ikut keperluan perut dia... Menangis tu tak semestinya lapar... tapi banyak sebab. antaranya ialah baby tu rasa takut, nak bonding ngan mak dia, rasa asing sebab baru baru nak lihat dunia... Jadi kesimpulan yang baby tak cukup susu tu tak berapa nak relevan sangat...
dannnnn
No. 1
"Kenapa perut macam orang mengandung lagi"
owhhhh ini saya dah terkena... tolong la jaga mulut tu ye tuan2 dan puan2... emosi wanita baru bersalin ni sangat lah sensitif dan tolong la jangan disentuh bab perubahan bentuk badan dia. Yang kata kenapa perut tak kempis tu mesti banyak tengok drama kat tv... please laaa goncang kepala anda atau tampar pipi anda sekuat mungkin supaya berada di alam realiti...
Mana mungkin perut terus kempis... 40minggu kulit perut menjadi tegang setegangnya kerana menampung baby... takkan la kulit tu boleh pulih sekelip mata... -______-
Notakaki: Masih berdebar nak tunggu 10hb ni... doakan saya ye....
moga dipermudahkn semua sis..in sya Allah bjln dgn lancar ye
ReplyDeleteThanx... ni tgh susah hati sbb anak n suami xsihat. Dgn saya sendiri pun dah rasa lemau. Musim org demam skang. Huhu
Delete