Friday, 12 February 2016

Senarai barang2 yang wajib di bawa ke hospital bila nak bersalin nanti.

Entry tertangguh.... 12022016

Salam....

Hi... saya masih lagi bersiaran dari HUKM...
Doktor dah pun hint kata boleh keluar petang ni.  Yeayyy. Doakan saya dan baby ok ye.
Sementara baby tido nih meh saya nak share sikit tentang senarai wajib ada bila nak bersalin nanti.  Atau lebih mudah, senarai barang yg wajib di bawa ke hospital. 

Tapi sebelum tu, saya bukan nak share semua. Maksud saya bape helai baju baby, bedak sabun tuala diapers... tu semua ramai yg dah share. Saya cuma nak share barang apa yang jarang2 difikirkan untuk dibawa ke hospital tetapi ia sangat la penting...


Wehhh panjang nye mukadimah...

Khas untuk ibu;

Baju seluar kain batik tu tak payah bawak byk2.  Kalau anda bersalin di hospital kerajaan, dah tentu2 kena pakai uniform pink or purple.. tapi penuhkan beg anda dengan;

1) Minyak panas yang sesuai untuk ibu mengandung. Saya guna minyak herbanika NR

2) Getah rambut yang sesuai utk ikat rambut anda ketat2.  Jgn biar rambut melepas layang bak iklan rebonding atau hantu kak limah. Huhu

3) Nursing bra yg mencukupi. 2-3 helai camtu.  Jangan biar aset anda melepas layang juga.. haha. Kat hospital tu pun dah kira pre confinement. Saya guna genie bra...

4) Stokin paling kurang 2pasang. Lepas keluar OT atau labour room, mintak suami sapu minyak n terus sarung stokin. Jadi xde la kaki tu sejuk je dan pilih lah stokin yang tebal.

5) Beg air panas yg biasa atau elektrik. Sila la jgn lupa benda ni.  Lagi pulak yg bersalin czer. Sambil baring2 tu boleh tuam kat sekitar peha, pinggang, betis, tulang punggung, sekitar perut, tempat luka dan sebagainya.  Ini sangat membantu mengurangkan ketegangan urat lepas bersalin.  Bg yg czer mcm saya ni, haaa elok la ada. Sbb anda tahu la azab saat mula bertatih nak berjalan semula...

6) Makanan kering yg sesuai untuk lepas bersalin.  Kat hospital selalunya diorg akan bagi je makanan ikut menu yg ditetapkan.  Bukan boleh request nak lauk org pantang.  Jadi bekalkan siap2 contohnya ikan bilis sangai...  Sbb ada yang hanya makan nasi kosong sbb tak pasti dgn lauk atau sayur yg sesuai... Macam saya, Bisek Bisek menjadi pilihan.


Rasanya itu saje kot.  Ini berdasarkan pengalaman saya bersalin utk ketiga2 anak.  Lain orang lain keperluan. Harap boleh bagi panduan... 

daaa..

Notakaki: semoga segala kesulitan dipermudahkan....

No comments:

Post a Comment