Tuesday, 9 February 2016

Masanya sudah tiba...

Salam...

Dannn tiba lah sangat yang mendebarkan itu...

Sebelum asar tadi saya dah pun menyerah diri ke HUKM kerana esok adalah tarikh yg dijadualkan csect utk kesekian kalinya... uhhhh

Sepatutnya 12hb tp terpaksa dianjak kehadapan kerana jumaat ni ada 6 kes.  So bertabah je la ye

Lambat ke cepat ke tetap kena jugak

So apa ada hal....

Mujur mak n abah (mertua) datang nak tolong2 kami utk minggu pertama ni.  Boleh kata kritikal la awal2 ni. Lagi pulak org lepas czer pergerakkan terbatas.  Dah tu lagi sgt bersyukur sbb sudi jagakan 2org buah hati saya yg masih perlu perhatian tu sementara saya masih di hospital.

Banyak sangat saya terhutang budi dengan diorg.  Hanya Allah je yang mampu membalasnya.  Lagi rasa lega sebab suami tak la serabut sangat dan merasa la dia air tangan mak sehari dua ni.

Cumaa.... dalam hati ni hanya Allah je yang tahu bila meninggalkan anak yg tak sihat utk dijaga oleh org lain.  Dah nak seminggu Safiyya demam sbb tumbuh gigi.  Makan tak lalu. Asyik nangis dan serba tak kena.  Rasa sayu je tinggal dia tadi.  Nasib la tido. Kalau tidak mmg papa dia tak boleh kemana2 la... typikal anak papa.

Mama saya masih di Taiping dan akan dtg kesini 12hb ni.  Kan ari tu kata bersalin 12hb. Adik sy dah pun ambik cuti tarikh tersebut dan susah nak tukar.  Kesian mama.  Impian dia nak tgu saya lepas bersalin masih tidak kesampaian.  Semua cucu2 yg lahir sebelum ni pun mama xsempat nak tgu dihospital.  Ada je halnya.. apa nak buat.  Tgu adik2 yg lain kawin ler gayanya.  

Notakaki: YaAllah... permudahkanlah dan jgn dipersulitkan...

Esok jumpa baby S...

No comments:

Post a Comment