Salam,
Sejak ada baby ni, boleh kata jarang saya masak kat rumah. (ish ish ish). Boleh bilang bape kali je saya masak untuk lunch + dinner. Tapi sejak Safiyya dah mula solid food ni, saya dah kembali menyerah diri kat dapur. Nak siapkan puree homemade kan... harus laa masuk dapur. Untuk yang dua orang boss lagi tu pun kena la jugak masakkan. Walaupun hanya masak simple2, peristiwa berdarah tetap berlaku.
Terus saya panggil Danial
Saya: Danial.... Tangan mama darah... (sambil tunjuk jari kat dia)
Danial: iskkkkk (buat muka macam tahan sakit)
Saya: Ambil ubat kat mama
Danial: (Dia pun berlari amik minyak dan tolong sapukan kat luka tu) ok tak mama?
Saya: Ok... Thank you Danial... Pegi amik plaster pulak
Danial: Ok. Mama, Danial nak bobohkan (nak letakkan plaster tu)
Saya: Ok, bukak elok2. (sambil perhatikan cara dia koyakan benda tu)
Danial: Nah.. pegi buang dulu. Jangan lari2. (dia bagi kertas pembalut plaster tu kat saya)
Saya: (kihkihkih-tahan gelak) Danial la tolong buang. Mama sakit.
Ini hasilnya...
Adoiii komot2 plaster tu... haihhh
Notakaki: Anak ni, apa yang kita pernah cakap kat dia, boleh pulak ulang sebijik2 ayat tu... hmmm kena hati2 apa sahaja yang kita cakap. copycat.
No comments:
Post a Comment