Salam...
Saya ada terbaca satu cerita mengenai luahan seseorang kat satu page di Facebook. Page tu menghimpunkan soalan2 berkenaan dengan kehamilan dan perkembangan bayi. Ada seorang penanya soalan ni. Dia membuat meluahkan rasa tak puas hati berkenaan pengasuh anaknya yang merahsiakan tentang kecederaan pada mata anaknya. Setelah ditanya pada keesokkan harinya, barulah pengasuh tu nak cerita. Baik punya cover ngan bedak tebal2 supaya kesan kecederaan tu tak kelihatan ketika dia mengambil anak pada petang tersebut.
Ok, berbalik pada luahan tersebut. Menurut penanya soalan itu, dia agak kecewa + terkilan apabila ada orang memberi feedback kepada luahannya dengan menyalahkan nya kembali kerana tidak mahu menjaga anak sendiri dan sanggup menghantar kepada orang untuk dijaga lantas mendedahkan anak kepada risiko kemalangan. eh eh suka hati je cakap. Kalau nak jadi hal tu, ngan ibu bapa kandung pun boleh berlaku macam2. Bagi orang tu lagi, seorang ibu mesti mengutamakan anak dan tidak keluar bekerja. Jaga anak sendiri bagi mengelakkan risiko apabila dijaga oleh orang yang baru dikenali.
Memang betul apa yang dikatakan oleh orang yang bagi feedback tu. tapi dia tak boleh la terus menyalahkan si ibu dalam kes ni. Ada banyak sebab kena seorang isteri/ibu perlu keluar bekerja bagi menampung keperluan keluarga. Takde sape pun rela sepenuh hati bagi orang lain jaga anak walaupun nenek dan atuk budak tu. Kalau boleh nak anak tu membesar depan mata. Mungkin si ibu tadi ada commitment yang perlu dilunaskan. Gaji suami tak cukup dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Lagi la kalau dah beli rumah, nak bayar kereta, nak bayar api air. semua tu perlu untuk teruskan kehidupan. Ada perkara yang perlu dikorbankan tapi apa yang penting, keperluan anak tidak diabaikan dan tidak diserahkan bulat2 pada orang lain. Orang akan tahu menghukum sahaja tanpa menyelami keadaan kita.
Terus terang saya kata, sejak dah jadi mak mak ni, keinginan untuk menjaga sendiri anak itu semakin meluap2 atau dengan kata mudah. -berhenti kerja-. Kalau boleh satu moment pun dengan anak2, saya tak mau lepaskan. Saya nak jadi orang yang pertama saksikan perkembangan anak2 dan bukan pengasuh yang nampak dulu. (jeles). Tapi tapi tapi apakan daya, masih besar commitment yang perlu saya jaga. Jadi impian tersebut terpaksa saya padamkan buat masa sekarang dan takkan berhenti mengharap ada keajaiban yang berlaku. huaaaa....
Notakaki: saya dibesarkan dalam keluarga yang ibu berkerja. Jadi setiap hari sebelum pergi kesekolah (sekolah sessi petang) saya tak pernah berpeluang bersalaman dengan mama saya. tak pernah melihat mama saya hantar di muka pintu untuk naik bus sekolah. Kalau boleh saya tak mahu persekitaran ni berlaku pada anak2 saya... Ya Allah hanya Kau yang tahu... :(
No comments:
Post a Comment