Tuesday, 24 March 2015

Masak Bubur Nasi Baby semudah A B C D E

Salam

Saya masak bubur nasi untuk Safiyya setiap hari.  Bunyi nya macam renyah tapi percaya lah sebab ia tidak seteruk yang disangka.  Kalau kita bersedia dari awal, semuanya menjadi mudah. 

Cara-caranya ialah;

1.  Tuang air masak ke dalam periuk (untuk baby saya dah biasa masak guna air masak)

2. Masukkan 2- 3 sudu *beras yang telah dibasuh dan dikisar ke dalam air tadi (ini kadar 2 kali makan untuk baby 6-7 bulan)

3. Campak seketul halia dan biarkan masak sekejap

4.  Oleh kerana beras yang digunakan sudah dikisar halus, maka bubur nasi akan lebih cepat masak.  Jadi jangan biarkan lama sangat. Cepat2 la kacau sebab nnt kering pulak

5. Bila beras dah menjadi bubur, campakkan 2-3 *cube puree pilihan hati seperti gambar di bawah ni.

Kacau sampai puree2 tu sebati dengan bubur nasi
Haaa siap pun untuk 2 kali makan. Satu hantar rumah pengasuh, satu lagi simpan dalam peti ais.. (untuk makan malam)
Tempoh masak: kurang 15 minit

Jadi, apa yang bestnya masak bubur nasi cara ni??

- Anda tidak perlu lagi potong sayur, potong ayam dan buat sup di pagi2 hari, 

- Tiada lagi bunyi bising blender yang mengejutkan baby anda yang sedang nyenyak tido

-Tidak perlu bangun sebelum ayam bangun hanya kerana nak masak bubur nasi cara lama...


Cara buat *beras yang telah dibasuh dan dikisar   dan Cara buat *cube puree

 Notakaki: Setiap kali masak bubur, kita boleh campur pelbagai jenis sayur dalam satu bubur.  Jadi sediakan pelbagai jenis frozen puree dalam peti sejuk.  Owh yaa... pastikan baby anda sesuai dengan makanan tu dulu dengan menggunakan prinsip 4 days rule.

No comments:

Post a Comment