Tuesday, 11 April 2017

Teknik oil cleansing method pada kulit wajah

Salam...

Hari ni kita belajar sikit tentang kaedah oil cleansing pada kulit wajah.  Apa ke benda oil cleansing method tu... OCM tu adalah mencuci muka menggunakan gabungan minyak tertentu.  Selalu kita cuci muka guna cleanser atau sabun yang bersifat air.  Jadi OCM ni guna minyak.

Jom saya explain secara ringkas;

Konsep asas bagi kaedah ini adalah menggunakan minyak untuk mencuci kulit wajah bagi mengeluarkan segala kotoran yang tersumbat di liang pori.  

Untuk OCM ni kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 jenis minyak.  Minyak paling utama ialah Castor Oil yang berfungsi sebagai anti-inflammatory serta bertindak untuk melegakan dan membersih.  Oleh kerana Castor Oil ni terlalu  pekat dan agak kuat kesannya, ia perlu dilarut dengan minyak yang lain untuk mengurangkan kepekatannya.  Ini kerana kalau terlalu pekat akan menjurus kepada kekeringan yang terlampau.  

Antara yang menjadi kesukaan pengamal natural oil remedies ini ialah Sunflower Seed Oil.  Ia mempunyai molekul halus yang terus menyerap jauh kedalam kulit bagi mengeluarkan kotoran yang tersumbat.  Fatty acids yang terkandung dalamnya membantu mengimbangkan kelembapan kulit
Minyak kedua yang dipilih selalunya terpulang kepada pengguna tetapi mestilah memenuhi keperluan kulit.  Ia mestilah dari jenis organic, natural, cold-pressed vegetable, seed atau nuts oils dimana kebanyakan minyak ni mempunyai nutrient, vitamin dan asid lemak dari bahan mineral iaitu memberi manfaat yang tinggi pada  kulit.

Masa yang sesuai untuk melakukan OCM ini ialah waktu malam iaitu sebelum tidur dan tidak perlu dilakukan lagi pada keesokkan paginya.  Ini kerana tujuan deep cleansing adalah untuk membersih serta mengimbangkan minyak semulajadi kulit.  Sekiranya terlalu kerap dilakukan akan menggalakkan penghasilan minyak yang berlebihan maka ia mencacatkan penampilan wajah.  


Apa yang anda perlukan ialah; 

sehelai tuala lembut
campuran minyak pilihan
 air panas

  • Letak sedikit minyak ditapak tangan, dan panaskan dengan cara menggosok tapak tangan

  • Tanpa basahkan kulit wajah ratakan minyak secara keseluruhan. Buat urutan membulat dengan lemah lembut.  Urutan ini akan menyingkirkan makeup, habuk serta kotoran yang melata dikulit wajah.  Jadi dah boleh jimat makeup remover dan cleanser.  Lagi best, waterproof makeup pun boleh dihilangkan.

  • Sambil urut2 tu, beri tumpuan sikit pada kawasan yang bermasalah especially yang ada blackhead dan whitehead.  Tapi jangan urut terlalu kuat ye.  Buat OCM ni kena relax je dan bayang yang indah-indah sahaja.

  • Setelah itu, basahkan tuala bersih dengan air panas (hot, running water).  Kain perlu kepanasan yang cukup untuk melembutkan pori dan menyingkirkan minyak yang berlebihan.  Panas tu jangan la berlebih sangat. Cukup sekadar kulit anda boleh menerimanya.

  • Tekapkan tuala panas tersebut keseluruhan muka dan biarkan sejuk dengan sendiri.  Ulang balik dengan basahkan semula dengan air panas dan tekap muka seketika sehingga sejuk. 


  • Setelah itu, lap muka secara lembut.  Jangan gosok tau… Nanti luka pulak kulit tu.


  • Siap dah pun… muka fresh je rasa.  Sebelum nak makeup tu, titikan sedikit minyak ketapak tangan dan urut keseluruhan wajah… Ramai yang comment, apply minyak sebelum makeup memang cantik hasilnya.. glowing dan tak pecah2…


Ok, kembali kepada persoalan pokok… 

Mana nak dapat jenis minyak-minyak ni? 

Bagaimana nak pastikan minyak tersebut elok serta natural?

Saya sendiri tak tahu nak recommend any shop yang ada jual.  Kalau ada pun online tapi saya tak boleh guarantee.  

Jadi dengan usaha dan kajian yang dibuat oleh Founder Mary Jardin Skin Care, iaitu Dr Maryam Aziz, maka terhasil lah Mary Jardin Face Oil…



Dengan Mary Jardin Face Oil ni, anda tidak lagi susah-susah untuk mengagihkan komposisi dalam setiap campuran minyak anda kerana ia telah diadun dengan 10 kandungan hebat dalam setiap botol… Best kan

Boleh tengok kat LINK ni untuk mengetahui kandungan hebat Face Oil 


Notakaki: Wanginyaaa bau lavendar... anak sape la ni...


No comments:

Post a Comment