Salam
Siapa yang ada masalah liang pori yang membesar akibat kulit berminyak dan kotoran yang tersumbat sekian lama.
Mary Jardin mempunyai satu Clay Mask yang sangat best dalam mencuci jauh ke dalam kulit wajah anda. Mari kita berkenalan lebih rapat dengan sihitam manis ni.. hehe
Detox Clay Mask Premium Ingredients |
Detox Clay Mask ni adalah Masker tanah liat yang asasnya dari Bentonite Clay, French Green Clay dan Activated Charcoal.
Face Mask merupakan regim penjagaan kulit muka yang sihat secara mingguan.
Kita boleh menggunakannya seminggu sekali atau lebih bergantung kepada keadaan kulit masing-masing .
Lelaki mahupun perempuan keduanya boleh mendapat manfaat dengan penggunaan masker.
Nak tahu kenapa ? Kenalah teruskan bacaan
5 sebab kenapa anda perlu menggunakan Detox Clay Mask sekarang .
1) Relaksasi
Face Mask bukan sekadar menawarkan penambahbaikan secara menyeluruh pada penampilan kulit anda, ia juga boleh jadi agen 'terapuitik senyap'.
Dengan menambah sedikit wangian dari pati minyak beraroma seperti Pudina ataupun air mawar (boleh juga letak Face Oil Mary Jardin yang wangi tuu) boleh menaikkan semangat anda dengan rangsangan deria bau tersebut.
Menggunakan Face Mask boleh dianggap sebagai rawatan yang MEWAH , namun tak perlu berhabis ke spa mahal kerana anda boleh menikmatinya dirumah !
Yeay jimat !!
2)Pembersihan yang mendalam
Selain pembersihan harian yang kita lakukan dengan pencuci muka untuk menanggalkan habuk,minyak,makeup dan kotoran dari permukaan kulit, adakah anda tahu Face Mask menaikkan lagi level perbersihan kulit muka ?
Hanya Facial Mask yang baik akan membantu menarik keluar kotoran yang tersumbat disebalik lapisan atas epidermis kulit kita.
Perubahan pada liang pori dapat dilihat dan dirasa selepas penggunaan kali pertama !
3)Membersihkan pori tersumbat
Memakai Mask yang mengandungi Bentonite Clay membantu untuk membuang kotoran dan menyerap minyak berlebihan. Ia juga membantu untuk membuang sel kulit mati yang terkumpul dipermukaan kulit serta membersihkan pori yang tersumbat !
Punca utama jerawat senang nak tumbuh bila pori kita tersumbat yang mana ianya menjadi habitat bakteria bermaharajalela...
Jadi dengan menggunakan Clay Mask kulit akan lebih bersih dan tiada pori tersumbat.
Inilah SEBAB UTAMA kenapa anda perlu mula menggunakan Detox Clay Mask Mary Jardin !
4)Muka lebih berseri
Penggunakan Masker akan bantu merangsang aliran darah.
Bermula dari proses menyapu Masker dengan urutan lembut dimuka,pengeringan mask,Mask hampir keras dan termasuklah proses nak menanggalkan Mask menyebabkan perkembangan saluran darah diwajah.
Hal inilah yang memberi efek secara menyeluruh pada tona kulit.
Anda akan dapat kesan kulit lebih lembut dan licin serta akan kelihatan lebih berseri dan segar selepas pemakaian mask
5)Membantu penjagaan kulit wajah secara holistik
Masker sebenarnya membantu produk penjagaan kulit muka yang lain bertindak lebih efektif.
Kalau anda mahu serum/face oil atau apa-apa produk yang anda gunakan menyerap ke kulit dengan lebih cepat dan mendalam anda MESTI ada Face Mask.
Dengan penggunaan Detox Clay Mask dengan kerap anda akan dapati toner/pelembap/krim dan produk penjagaan lainnya akan bertindak dengan lebih baik dan semestinya kesan yang anda inginkan akan tercapai dalam tempoh yang lebih pantas.
Woww begitulah panjang lebar penerangan mengenai Detox Clay Mask dari Mary Jardin ni
Pelbagai manfaat dalam satu botol. Best kan??
Kiri - model Detox Clay Mask Kanan - model bedak sejuk |
Notakaki: Jadikan Detox Claymask rutin mingguan anda. Kulit cantik poket terpelihara.
No comments:
Post a Comment