Friday, 21 April 2017

Seawal umur berapa kita boleh potty train anak kita

Salam

Hari tu saya ada ajukan soalan ni pada kawan2 di Facebook.  Rata2 yang jawab adalah

Seawal anak tu faham apa yang kita cakap dan boleh bercakap bila mahukan sesuatu. Kira lebih kurang umur 2 tahun laa...

Lagi satu kita sendiri boleh tahu bila anak tu dah bersedia.  

Apapun semua ni atas kesungguhan ibu bapa juga kerana nak Potty train ni perlu kekuatan mental dan fizikal. hehe.  Kain mop tu tak sempat kering la sebab hari2 mengemop lantai.  

Terus terang, saya ni betul-betul tak bersedia untuk potty train seawal umur 2 tahun tapi asyik pening kepala sebab sebab harga diapers bukannya murah pun.  Nak pulak kena beli untuk 2 orang anak.  

Baru2 ni cikgu sekolah Safiyya (Taska Ana Junior) bagitahu yang diorang nak start potty train si fiyya ni.  wahh bagus betul.  Atleast membantu jugak kita dalam bab potty train ni.  Kalau buat sorang2 memang tekanan jugak.  

Dari feedback yang saya dapat, masa awal2 tu ada jugak la terkucir sana sini.  Tapi sekarang dah pandai bagitahu.  Alhamdulillah... Bila kat rumah, saya try jugak untuk sambung training tu cuma sebelah malam saya masih pakaikan.  Diapers free 100% akan betul2 start bila diapers dia kering sampai pagi.  

Sama jugak yang saya buat masa Danial dulu cuma waktu tu memang terlambat sangat.  Lagi 2-3 minggu nak masuk tadika baru nak potty train.  Masa tu umur dia dah nak 4 tahun lebih pun tapi berjaya jugak walau pada awalnya penat sesangat.  

Ok, apa yang perlu kita buat bila nak start potty train anak ni??

1. Beli potty seat.  kalau saya prefer macam dalam gambar ni dari beli yang small toilet bowl tu kerana kita tak perlu cuci bekas tu bila anak kita dah membuang.  Kalau yang ni, flush aje.

2.  Terangkan pada anak dengan bahasa yang mudah dia faham.  Ulang2 sampai dia ingat.  

3.  Setiap 1/2 jam kita tanya "nak kencing ke??"  jangan lupa tau. huhu

4.  Sebagai galakkan, beli kan seluar dalam untuk diorang.  beli yang ada kartun2 tu. 

5.  Dan yang paling penting, jangan marah kalau terkucir.  Nanti dia tak nak dah bagi kerjasama dan mintak pakai diapers balik.  

Kalau betul2 disiplin, 1-2 minggu boleh berjaya.  

Jadi semoga berjaya untuk ibu2 diluar sana... dan saya pun tengah berjuang ni..


Notakaki:  Kalau ada carpet bulu2 tebal yang mahal tu, sila la gulung dulu...

2 comments:

  1. liez potty train qaseh masa umur 3 tahun... tapi malam still pakai pampers...
    yang peliknya, qaseh tak boleh poo poo dekat toilet... dia kata tak kluar... tapi klau pakai pampers menjadi aja... tiap kali nak poo poo memang dia tahu nak g ambik pampers dan pakai...huwaaaaa gi mana nak ajar bab poo poo tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi liez... potty memang amik masa. mula2 target bab buang air kecik dulu. bila dah berjaya baru fokus yg air besar pulak. anak sulung saya dulu pun macam tu. nak uk uk dia mintak pakai diapers. ikutkan aje dulu. tapi dalam masa sama, ulang2 cakap berak kat toilet berak kat toilet berak kat toilet... lama2 dia absorb kata2 kita tu.

      Delete