Wednesday 12 April 2017

Kebaikan Activated Charcoal Pada Kulit

Salam...

Hari ni saya nak share tentang ARANG

Arang bukan sebarang arang tapi ni activated Charcoal yang terbukti memberi manfaat kepada kulit kita.  Bila tengok arang tu mesti teringat ayam panggang.  hmm sedapnyaa...

ok sudah2 tu ingat makanan.

Activated Charcoal ni antara bahan dalam Detox Clay Mask yang juga menyumbang kepada 100% color mask tersebut.

So abaikan colornya yang jelita tu, tapi fikirkan kebaikannya..

Berikut adalah ringkasan serba sedikit tentang bahan tersebut;

Menconteng arang dimuka bukanlah sesuatu yang nampak glamour. 

Tetapi ia terbukti mempunyai kebaikan dari segi kesihatan dan kecantikan apabila digunakan dengan betul dan selamat.

Berikut adalah kebaikan arang kepada kulit wajah anda;

1) Menjadikan liang pori kulit semakin mengecil dan bersih
    ============================================
Liang pori senang dicemari dengan toksin yang tersumbat. Apabila liang pori tidak dibersihkan akan memberi kesan kepada keseluruhan wajah. Activated Charcoal yang terkandung dalam Detox Clay Mask akan bekerja keras untuk menarik segala kotoran yang tersumbat diliang pori dan menjadikan ia semakin tidak kelihatan. Setelah clay mask dibersihkan, ia akan menjadikan kulit lebih fresh.

2) Menentang kulit berminyak
    ======================
Bagi yang menghadapi kulit yang sangat berminyak, jadikan Detox Clay Mask ini sebagai rutin mingguan yang wajib. Tugas Activated Charcoal ialah menarik minyak berlebihan dan menjadikan kulit lembut dan bersih. Tetapi perlu diingatkan, claymask yang berlebihan akan menjadikan kulit terlalu kering. Jadi cukup 1-2 kali seminggu dan kalau kulit anda jenis kering cukup seminggu sekali sahaja.

3) Rawatan Jerawat
    ==============
Kalau tidak mahu menggunakannya sebagai masker, boleh juga digunakan sebagai rawatan jerawat dimana hanya meletakkan claymask di kawasan yang bermasalah sahaja. Ini kerana activated charcoal membantu mengecutkan jerawat.

Apa rasanya bila pakai Detox Clay Mask ni?

Rasa kulit seperti divakum untuk mengeluarkan kotoran dari liang pori.  Sebab tu la Detox Clay Mask ni tak boleh pakai melebihi 15 minit.  Ia akan menjadikan kulit terlampau kering kerana Clay Mask dah tersedut kelembapan semulajadi sekali...

Jadi apa tunggu lagi? Taknak ke keluarkan blackhead dan whitehead yang bermaharajalela tanpa juraian air mata? 
#maryjardinnaturalskincare

Kat mana nak dapat kan Detox Clay Mask ni??

Facebook Mary Jardin Natural Skin Care

atau boleh Whatsapp ke 017-4646225 (ayu)



Notakaki: Hitam-hitam sitampuk manggis... Sungguh pun hitam banyak khasiatnya... hehe... berapa bintang untuk pantun 2 kerat saya nih?

No comments:

Post a Comment