Tuesday 24 March 2015

Projek Minggu ini: Homemade baby puree step by step

Salam....

Seperti biasa, setiap hari minggu saya akan gunakan waktu saya sebaiknya untuk top pop stok frozen puree Safiyya. Ceh ceh... hari tu kata bila buat homemade baby food ni tak yah buat tiap2 minggu.  Memadai la 2-3 minggu sekali kerana sekali buat tu stok dah boleh guna untuk berminggu2.  TAPI... yang saya merajinkan diri tu sebab nya nak kenalkan makanan baru kat Safiyya.  Jadi ada banyak pilihan bila nak buat bubur nasi tu... Sebelum tu saya mintak husband beli labu, sweet potato, mangga, broccoli, pisang, epal, carrot, kentang, jagung dan kacang peas.  Untuk jagung dan kacang peas saya mintak beli yang frozen punya.  Malangnya, husband tak jumpa dan kacang peas dia pegi beli yang dalam tin.. ish ish.. Tapi xpe, sebab yang lain pun dah banyak.  

Ok, saya detailkan cerita si labu ni ye.

1. Bersih labu kuning dengan membuang kulit dan serabut kat tengah tu... saya beli yang half tu.  Macam ni la ropanya bila dah dipotong dan dibersihkan


2. Kukus dan biarkan sejuk dengan sendiri sebelum dikisar


3. Bila dah siap kisar, tuang ke dalam ice cube tray macam dalam gambar bawah ni.  Masa kisar tu, kalau pekat sangat tambah la air masak sedikit dan kisarlah sehingga betul2 halus.


4. Sebelum masuk kan ke tempat beku, balut dengan pembalut transparent tu.. alaaa yang orang buat tutup makanan tu... Ini kerana bagi mengelakkan kotoran or apa jua jenis bakteria termasuk dalam puree kita tu. Kalau ice cube tray anda dah ada penutup, ok sangat la tu.. takyah balut dah..


5.  Masukkan dalam peti sejuk kat tempat beku... Biarkan betul2 beku baru boleh dikeluarkan.. Macam ice cube tu...


6.  Bila dah beku, keluarkan puree dari bekas dan masukkan kedalam bekas plastik seperti dalam gambar kat bawah ni. Jangan lupa labelkan ye.. Nanti confuse sebab bentuk semua sama je.. Ceh ceh... saya sendiri tak label sebab boleh cam lagi sayur apa bila tengok color.  Masalah nya bila ada 2 - 3 jenis sayur hijau dalam stok... jenuh nak bau pulak.

Ni rupa puree yang dah beku... bukakan balutan plastik dan keluar cube2 puree

Masukkan dalam plastik yang ada zip lock tu.  Asingkan ikut jenis puree
Tadaaaa... dah siap.  Masukkan dalam peti ais bahagian beku balik.
Notakaki: Saya guna plastik untuk simpan puree sebab nak jimat ruang.. Maklumlaa peti ais kecik.. huhu

No comments:

Post a Comment