Wednesday, 11 November 2015

Mama...

Salam...

Kali ni tajuk saya satu perkataan je.  MAMA

Hujung bulan Oktober yang lepas, penyakit mama saya datang balik.  Nak kata penyakit serius sangat tu tak la.. tapi mama adalah pengidap kencing manis yang kena bergantung kepada ubat hospital iaitu ubat makan dan juga insulin.  Oleh kerana terlalu lama bergantung ubat, pada tahun 2011 mama kena menjalani dialisis 3 kali seminggu.  Saya tak tahu macam mana nak explain tapi orang kata, kerana akibat makan ubat dalam tempoh yang lama, akan memberi kesan kepada buah pinggang. Ntah laaa...  Agaknya la kot.  Walau macam manapun, sejak mama jalani dialisis, mama nampak sihat dan berselera.. Buktinya, berat badan semakin naik.  hehe...

Kalau dah mula dialisis ni, memang tak boleh tinggal.  Kalau sekali tu takpe tapi kalau berturut sehingga 2 kali, akan memberi kesan kepada kesihatan.  Dah la kadar gula dalam badan mama suka hati naik dan turun jadi dialisis tu bagi balance balik.  Nak jadi cerita satu hari tu sepatutnya mama kena pegi pusat dialisis, tapi dia cakap tak larat sangat dan rasa lemah. Jadi abah bawak mama ke hospital.  Oleh kerana terlalu lama di sana, lepas dah habis tu mama terus nak balik sebab tak larat sangat nak pegi dialisis. 

Kesannya mama mula meracau, lupa dan merepek.   Yang buat saya lagi terkesan ialah mama call semua anak2 dia hanya untuk dengar suara dan meminta maaf dari kami.  Ya Allahhh.... hanya Dia yang tahu perasaaan saya waktu tu.  Saya masih bertahan lagi dan berdoa mama cepat2 sembuh.  Sebab dulu pernah jadi sekali macam ni dan hanya sehari sahaja keadaan itu berlaku.  

Keesokan harinya, mama dimasukkan ke hospital kerana sukar bernafas dan malam tu adik saya call dan kata mama nak cakap dengan saya.  Saya ingatkan boleh la bersembang biasa rupanya tak... mama menangis2 panggil saya kata dia tak larat sangat dan nak sangat jumpa saya.  DAN malam tu jugak kami balik ke Taiping

Oleh kerana sampai Taiping pun dah pukul 4 pagi, saya hanya pegi melawat mama bila hari dah cerah.  Itupun jenuh ditenteram oleh adik saya yang menjaganya kat ward.  Mama saya seperti orang yang lupa dan berperangai budak2.  Dia mula mengatakan adik saya menipunya kerana saya tak sampai2 ke hospital.  hmmmm 

seawal 7pagi saya sampai ke ward.  terus peluk dan cium mama.  mama terus cakap dia tak larat dah sambil genggam tangan saya.  airmata ni saya tahan je.  ntah la kenapa susah sangat nak nangis depan mama.  Lagi buat saya sedih bila mama terkejut tengok perut saya.  "kenapa perut kamu besar?" 
Waktu tu, memang sedih sangat sebab mama macam tak ingat apa.  Tapi mujur dia masih kenal orang.  

Puas saya suruh mama tidur dan berehat tapi baru beberapa minit dia cuba lelapkan mata, mama akan terjaga dan mengeluh dia tak larat dan banyak la pertanyaan2 yang tak masuk akal.  Mama cakap nurse jahat la, doktor tak suka dia la, nak makan roti tapi tak sedap dan macam2 lagi yang buat saya sangat sangat sedih. Paling buat saya takut bila mama cakap, "ayu, mama nak pegi jauh"... :(

Saya hanya mampu berdoa semoga mama diberi kesihatan yang baik dan Alhamdulillah, 2 hari lepas tu mama dibenarkan pulang.  Bila saya dapat bercakap secara normal balik dengan mama, saya rasa lega sangat.  Rasa mama dah kembali kepada kami.  Syukur pada Allah...

Kalau anda baru je baca entry ni, doakan mama saya dipanjangkan umurnya dan sihat2 aja ye... thank you.





Notakaki:  Rindu mama...

No comments:

Post a Comment