Salam...
Setelah berhempas pulak memikirkan Penjaga Pantang mana nak ambil, last2 saya decide untuk pilih Natalis Beauty.
Mula2 dulu Blessed Beauty Confinement memang menjadi pilihan utama sebab saya guna barang NR dan diorang pun memang konsultan produk NR. haa kan mudah tu. Tapi oleh kerana lokasi rumah saya tidak berada dalam senarai mereka dan hanya pakej ulang alik sahaja yang ada, maka saya pun pilih la Natalis Beauty.
Untuk berpantang nanti saya pilih pakej ni
Saya pilih 21 Hari dan bayarannya seperti yang tertera... |
Booking dah buat dan Deposit pun dah bayar. Dalam entry ni saya tak dapat la nak cerita lagi kualiti servis yang diberikan oleh Natalis ni. Kan pantang nya bulan 2 nanti. so kena la tunggu habis pantang baru boleh review. Apapun seperti biasa, bahan mentah untuk masakan pantang, herba2 or jamu2 dan juga kain bengkung tu kita kena la sediakan. Jangan la dah dekat sangat nak bersalin baru nak beli sekali harung. Beli la sikit2 supaya tak terkejut sangat poket kita tu. huhu.
Banyakkan belanja nak berpantang ni. Hmmm.... Jangan ingat untuk belanja bersalin je ribu ribu tapi berpantang hanya cincai2... Apa pun kepercayaan seseorang itu kepada amalan berpantang ni hanya terserah kepada tuan badan. Kalau rasa macam semua aturan tu ketinggalan zaman, buat la ala moden. Tapi yang masih percaya keberkesanannya, boleh la melabur sikit supaya apa yang kita percaya kan itu berbaloi.
ehh serius laa.. sebab saya ada je kenal orang yang tak beberapa gemar herba or jamu ni. Semua telan ubat moden. Sebagai kawan, saya tak boleh la nak paksa dia ikut cara saya. Asalkan dia tahu apa yang dia buat dan orang sekeliling tak perlu nak perlekehkan kefahaman dia.
Raikan Perbezaan... Hidup aman bahagia!!!
Daaa
Owh yaa... siapa2 yang ingin mengetahui lebih lanjut pakej2 yang ditawarkan oleh Natalis, boleh la ke facebook mereka....
Owh yaa... siapa2 yang ingin mengetahui lebih lanjut pakej2 yang ditawarkan oleh Natalis, boleh la ke facebook mereka....
Notakaki: Saya pun bukan la ketat sangat amalan berpantang. Tapi masih percaya tradisi turun temurun ni.
salam. Saya pun tengah poning cari penjaga pantang ni. And tengah consider Natalis atau blessed beauty centre juga kebetulan tu yang terserempak your blog.. hehe. Awak dah deliver and start pantang ke belum lagi?
ReplyDeletewsalam... belum bersalin lagi... due pertengahan february... tu laaa memang pening nak cari penjaga pantang ni. kena padan ngan situasi kita sendiri... pantang sorang ke, budget byk mana, nak ulang alik ke stay in ke... bila dah berkenan di hati, budget pulak lari.huhu...
DeleteSalam... review berkenaan servis Natalis tu saya dah update... sila ke
Deletehttp://ayumieka.blogspot.my/2016/06/perkhidmatan-penjagaan-ibu-berpantang.html
Salam..nk tnya ok ke natalis beauty? Tlg comment skit. Tima kasih
ReplyDeleteWsalam... saya belum bersalin lagi... tapi due dah dekat dah... february ni je... awak punya due bila? kalau dah start pantang nanti saya akan review... buat masa sekarang ni saya boleh kata deal dengan owner natalis tu ok laa... feedback cepat dan detail.
DeleteSalam... review berkenaan servis Natalis tu saya dah update... sila ke
Deletehttp://ayumieka.blogspot.my/2016/06/perkhidmatan-penjagaan-ibu-berpantang.html
Assalamualaikum.
ReplyDeleteNak tny. Dah bersalin ke? Mcmana dgn servis natalis? Nk tau jgk..😊
Assalamualaikum.
ReplyDeleteNak tny. Dah bersalin ke? Mcmana dgn servis natalis? Nk tau jgk..😊
Wsalam... dah bersalin dah 10feb ari tu. Dah start pun servis CL dgn natalis. Ada seminggu je lagi nak abis. Hmmm so far alhamdulillah. Berbaloi la dgn apa yg kita laburkan. Semua urusan berkaitan hal aturan pantang, urusan baby dan keje2 rumah kita dah xperlu risau. Semua dijaga dgn baik. Urut pun best. Pendek kata CL yg dihantar tu berpengalaman. Lagi satu CL pun jenis yg xberkira...rajin je dia melayan anak2 yg lain.
DeleteSalam... review berkenaan servis Natalis tu saya dah update... sila ke
Deletehttp://ayumieka.blogspot.my/2016/06/perkhidmatan-penjagaan-ibu-berpantang.html
Hi dear saya nak tanya..cl dari natalis itu ok ker... masak untuk you and jaga u masa pantang?
ReplyDeleteSalam... sorry sebab baru reply... ni review ttg Natalis
Deletehttp://ayumieka.blogspot.my/2016/06/perkhidmatan-penjagaan-ibu-berpantang.html
Tentang bab masakan tu ok... u boleh request nak lauk apa. As long as yg sesuai dgn org pantang. Boleh buat kawan CL natalis ni. Lagi satu boleh mintak tolong masakan lauk lain utk anak2 yg dah besar n suami.
SAYA BERMINAT.DUE BLN 7 NANTI..BARU CONTACT NATALIS..HARAP X PENUH ORG LAGI..
ReplyDeleteTahniah... rasanya awal dah awak request ni. Mesti dapat punya.. semoga selamat semuanya... tahniah lagi sekali.
Deleteassalam. bertungku CL buat seluruh badan atau di perut je?
ReplyDeleteWsalam... bertungku tu CL buat satu badan. kalau czer, kat perut tu dia tak tekan kuat laa
Delete