Wednesday, 11 November 2015

Tahun ke -5 Perkahwinan 'Expect Less Hurt Less'

Salam....

12 November ni genap 5 tahun perkahwinan saya dengan suami.  Seperti apa yang saya dapat dari sumber2 bacaan tentang alam perkahwinan, 5 tahun pertama ialah tahun yang sangat menguji kedua pasangan suami isteri.  Memang separuh tahun pertama tu boleh kata honeymoon phase laa.. Tapi lepas dari tu, kita akan mula berdepan realiti sebenar.  Bila kata realiti tu, bukan la bermakna semuanya negatif.  Semua bergantung pada setiap individu apabila berdepan dengan dugaan.  Kalau tak tahan, memang  boleh kecundang.  

Saya ada kenal seseorang yang terlalu mengharap kesempurnaan dalam perkahwinan.  Sehingga kini dia masih belum berkahwin (umur belum kritikal pun) kerana belum berjumpa dengan lelaki yang mempunyai ciri2 yang dia nak.. Ciri2 yang bagi saya agak mustahil untuk seorang manusia untuk ada semua.  Tapi mungkin ada... huhu.  

Bila kita mula melangkah ke alam rumah tangga, semua akan mengharap kehidupan kita hari2 dipenuhi lagu cinta dan bunga-bungaan.  Saya pun sama.. huhu.. Heyyy wake up.  Orang asing yang kita setuju untuk jadi suami kita tu, sah sah mempunyai latar belakang  yang berbeza dengan kita.  Walau sama2 ada ijazah, 
walau sama2 dibesarkan di satu negeri, 
walau sama2 anak sulung, 
walau sama2 bekerja atau belajar di tempat yang sama, 
belum tentu kita kenal dia 100%.  Bila dah tinggal sebumbung, baru tahu langit tinggi atau rendah.  Baru la teringat kat mak ngan abah yang dulu korang tak rindu macam sekarang ni. hehe... 

Bila berlaku konflik, tepuk dada tanya la iman.  bukan ke dia yang kita sayang dulu, bukan ke dia yang kita puja dulu, bukan ke dia yang kita tunggu2 untuk ajak dating dulu.  Lagi2 orang perempuan ni emosi dia melebih2 akal.  Asal gaduh je mula terasa hidup sendiri lagi bagus dari berlaki.  haha...  Mujur la kuasa cerai bukan kat tangan isteri.  

Saya dah pun sampai ke tahun yang kelima itu.  5 tahun kahwin, 2 orang anak... ni pun nak masuk lagi sorang bulan February 2016 nanti.   Rasanya saya bukan la orang yang layak bagi nasihat dalam perkahwinan.. Mentang2 dah 5 tahun ye... huhu.  Orang sebaya saya ni ada yang dah 10 tahun kahwin pun tak sibuk tulis nasihat perkahwinan kat blog. heheh... Bukan apa, setiap orang tu lain pengalaman dia dalam mengharungi alam rumahtangga.  Takkan ada yang sama dan cara menangani pun takkan sama.  Cuma saya teringin nak share apa yang saya rasa... 

Expect Less Hurt Less
Google

Kalau dulu, saya bayangkan suami akan menjadi seperti suami contoh yang banyak orang share kat facebook tu.  
Suami dia romantik la, 
suami dia ajak tengok wayang laa, 
suami dia bagi hadiah kereta la, 
suami dia ringan tulang laa... 
haihh tu yang bahaya facebook tu.. Tapi bila fikir balik, tak semua yang diorang share tu indah 100%.  Sebabnya kalau dia nak share pun mesti dah pilih yang terbaik punya untuk dikongsi.  so yang tak baik tu dia je tahu.. Orang yang menengok dah jealous ni.  Kalau yang ok, boleh la mendoakan orang tu, tapi dapat pulak member yang tak boleh tengok orang lebih, memang dapat bahan la.. hmmm

Jadi kita sebagai manusia yang tak lepas dari kesilapan, kena la selalu muhasabah diri.  Kalau kita nak pasangan kita baik, kita kena jadi baik dulu. Jaga hubungan dengan Allah dulu dan InsyaAllah hubungan dengan manusia pun akan baik2 aja.  Tapi kalau masih tak, berdoa la banyak2 ye.  

Jangan nak harap bulan bintang kalau kita pun setakat batu tepi jalan.  Apa kata sama2 gilap diri masing2 untuk jadi bulan dan bintang yang menyinari alam rumahtangga sendiri.  Lagi satu yang penting, jangan terlalu mengharap kesempurnaan nanti diri sendiri yang sakit. 

OK lahhh sempena anniversary yang ke5 ni, saya mengharapkan agar hubungan saya dan suami semakin erat dan semakin matang.  love u yangg.. 


Notakaki:  Sebab panggilan saya kepada suami adalah Yang dan suami pun panggil saya Yang, maka kedua2 anak kami pun panggil kami Yang.  

No comments:

Post a Comment