Tahun depan Danial dah 5 tahun. Sejak dia lahir, sampai umur dia 4 tahun bulan Oktober baru ni, Danial langsung tak didedahkan dengan suasana sekolah. Seumur hidup dia, semua di rumah pengasuh. Tapi mujur kat rumah tu ada geng yang dah mula sekolah. Jadi tak la janggal sangat nak cerita apa itu sekolah dan nak explain kat dia yang tahun depan kena masuk sekolah.
Seperti yang dirancang, hujung tahun ni kami akan berpindah ke Bandar Saujana Putra. Suatu kawasan baru dan sangat asing bagi kami walaupun masih dalam Selangor. hehe...
Untuk dapatkan maklumat sekolah2 apa yang ada, saya cuma gunakan bantuan google. Nak pegi survey sendiri satu2 sekolah yang ada, memang makan masa dan lokasi pun jauh dari rumah sewa sekarang. Lepas puas belek satu2 info yang ada dan membuat perbandingan setiap sekolah yang disenarai pendekkan, kami pun memilih
Excel Kids Aula - Tadika ABS yang terletak di SP9/11
Tadika ABS Bandar Saujana Putra |
Sebelum saya nak cerita lebih lanjut tentang Tadika ABS ni, berikut merupakan sekolah-sekolah yang telah disenarai pendekkan.
-Terkini, saya baru tahu ahad lepas (8Nov) yang Alif Ceria ni bukak cawangan kat row rumah saya SP10/4... Memang dekat sangat kalau nak hantar Danial. Tapi dah register pun kat Tadika ABS... so abaikan sahaja..
Masa Operasi: 7am - 6pm
Pendaftaran: RM1180 (banyak pecahan dalam ni, kalau nak tahu lebih lanjut sila hubungi mereka ye)
Monthly: RM420
Daycare: Yes
- Macam goreng pisang panas. Untuk anak2 yang umur Danial (5tahun) tempat dah pun fully booked. Umur 4 tahun dan 6 tahun pun rasanya dah penuh.
Masa Operasi: 7.15am - 6.30pm
Pendaftaran: RM847 (kena confirm balik yuran pendaftaran ni. sebab takut rekod saya dah lama)
Monthly: RM300 (ini pun sila confirm balik.. takut dah naik yurannya..)
Daycare: Yes
- Program dia menarik jugak. Yang ni saya tak betul2 study sangat tapi sama je apa yang di offer oleh tadika2 lain. yang menarik dia ada sediakan kolam mandi utk budak2...
Masa operasi: tak pasti
Pendaftaran: RM1300 (kena confirmkan balik kalau berminat. sebab amount ni pun saya dapat dari kawan husband yang hantar anak dia kat situ setahun yang lalu)
Monthly: RM420
Daycare: Yes
-Boleh kata jauh dari area fasa rumah saya... Hanya menawarkan perkhidmatan pembelajaran tanpa daycare.
Masa Operasi: 8.15am - 11.30am
Pendaftaran: RM685 (mungkin ada beza sikit untuk lelaki dan perempuan)
Monthly: RM150
Daycare: No
Memang well known. kira setaraf smart reader. Khas untuk English program dan rasanya islamic ada sikit ataupun mungkin takde. Oleh kerana dah aim nak cari yang tadika yang base nya islamic program, so Qdees ni automatik terkeluar dari senarai...
Sebab2 kenapa saya tak pilih mereka ialah
1. sebab hanya satu sekolah je perlu saya pilih so dah tentu2 tak boleh pilih semua... keh keh keh apa punya jawapan
2. Sebab monthly fee dia mahal (alif ceria dan arif minda). Danial ada seorang adik lagi yg bakal ke taska... jadi kena la timbang2 yuran bulanan sekolah2 mereka... dan tak lupa jugak adik baru yang bakal keluar february nanti.
3. Sebab tempat untuk 5 tahun dah habis (Sejuta Bintang -LC) -antara yang termurah
4. Sebab hanya menekankan english program semata-mata (Qdees) dan dah tentu2 mahal
5. Sebab tiada daycare -(tadika islam nurhaziq)
Untuk mengetahui lanjut tentang Danial dan ABS nya, nantikan entry akan datang.. huhu
Notakaki: Kelas Taekwando pun dah register.
Sayang tinggal Bandar Saujana Putra ke? Wahhh bolelah kita coffee coffee ni...Tak jauh dari office I ni....
ReplyDeletewaduh waduh... hehe.. ofis kat mana??... ni bandar saujana putra yang kat highway elite tu tau... kalau tengok alamat, daerah jenjarom
DeleteHai sis. Saya pun duduk bsp. Tahun ni baru terkial kial nak cari tadika anak. Nak tanya sis daftar taekwando dekat mana ya
ReplyDeleteHi dila... untuk taekwando saya hantar kat SP1... yang shoplot tu. boleh contact couch rozaidi 012-3422630
Delete