Sejak dari awal mengandung sehingga lah hari ni, saya tidak lagi tidur di atas katil. Ini semua gara2 dak Safiyya ni tidur lasak. Setelah 2 kali jatuh katil, jadi dengan rela hatinya saya tidur di bawah beralaskan tilam nipis.
Mula2 tu mmg ok laa. Dengan tilam yang luas tu, Safiyya bebas nak pusing or golek macam mana pun dan saya tak perlu risau.
Tapi bila perut semakin membesar, tilam yang nipis membuatkan badan saya sakit2. Setiap kali bangun pagi, saya kena mengesot dan merangkak terlebih dahulu supaya dapat berdiri dengan betul. Terasa sangat bisa2 kat kaki.
Saya ada terbaca yang posisi tidur yang selesa untuk orang mengandung ialah tidur mengiring. Tapi oleh kerana saya hari2 tidur posisi yang sama membuatkan sebelah kaki saya menjadi sangat sakit. Lagi pulak saya masih menyusukan Safiyya. Jadi memang tak boleh elak la keadaan tu. Mungkin juga kerana tilam yang digunakan adalah tidak sesuai dan sangat2 tak support badan saya yang membesar ni. adehhh rindunya nak tidur peluk bantal atas tilam empuk.. huhu
Bagi mengurangkan rasa sakit tu, saya minta husband untuk menyapu minyak herbanika NR dari pinggang sampai la ke kaki... Rasa hangat tu membantu saya tidur. Kira selesa sikit laa dari dibiar sejuk2 macam tu.
Husband dah suruh saya tidur atas katil dan biarkan Safiyya tidur di bawah seorang. Tapi dak tecik ni boleh tahu je kalau mama dia takde sebelah. Boleh pulak dia bangun nangis2 cari t*t*k sakti... hehe... Kenapa saya kata ia sakti sebab dia mampu tenteramkan anak saya... boleh pulak camtu.. haha.
Kat sini saya nak share sikit antara tips untuk wanita mengandung untuk tidur selesa... walapun saya tak boleh ikut 100% saranan dia tu, tapi apa salahnya saya share. Kot2 ada yang mencari2 kekdahnya...
1. Tempat tidur tu kena la selesa...
-Macam saya sekarang ni memang tak selesa la sangat kerana tilam yang digunakan tak sesuai. Tapi penggunaan bantal untuk support badan tu memang penting supaya tak lenguh sangat bila mengiring tu. Kalau rajin pasang la aroma terapi yang mendamaikan...
2. Mandi air panas tak pun berendam
-Saya memang hari2 mandi air panas sebab tak tahan sejuk. huhu. Tapi membantu melegakan urat saraf yang tegang tu. Kalau rumah anda ada bath tap, berendam je terus. Tapi xyah la lama2 sangat kang tertidur pulak dalam bilik air tu..
3. Tidur dengan posisi mengiring
- Ini bukan saranan kosong semata2 tapi membantu pengaliran darah dalam badan. Bila darah mengalir elok, baru la cukup oksigen pada baby. Kalau tidur terlentang ia akan memberi tekanan pada usus dan salur darah yang mengganggu pengaliran darah kembali ke jantung. Tetapi, kalau tiba2 terbangun tengah2 malam dan mendapati anda tertidur telentang, jangan panik tapi betulkan sahaja posisi ke tidur ke mengiring sebelah kiri.
4. Banyak guna bantal
- Macam saya bgtahu tadi, penggunaan bantal yang banyak dan selesa amat penting untuk menyokong badan terutama di bahagian belakang dan juga di bawah perut. Selain itu, kepitkan bantal di celah peha bagi mendapat keselesaan yang optimum. Kalau banyak duit, boleh la beli maternity pillow. Rasanya ada jual di kedai2 baby. Tapi harganya agak mahal laa...
5. Urut2 sikit sebelum tidur
- Minta tolong suami sapukan minyak yang hangat. Macam saya sendiri guna Minyak Herbanika NR. Tangan suami yang gagah perkasa tu, mampu memberi rasa selesa pada badan walaupun dia tak urut beria. Cukup la sapu2 di bahagian pinggang, peha dan kaki...
Sumber: Facebook
Notakaki: Tengah melatih Safiyya supaya dapat tidur sendiri tanpa ehem sakti tu...
No comments:
Post a Comment